jom klik-klik nuffnang

anak-anak

anak-anak

Tuesday, January 11, 2011

Mati akibat kekejaman ibu tiri???


 gambar thanks to infogallery
sedihnya bila tengok berita malam tadi.....huhuhu...kanak2 umur 3 tahun mati akibat 73 kesan kecederaan di muka tangan dan badan akibat didera.......tak nak ulas panjang sebab sedih bila baca kat utusan online.....

terimakasih to utusan online....

Kanak-kanak 3 tahun mati didera


Nor Aqiulla Razali (gambar kecil) yang pengsan diberi bantuan selepas melihat mayat anaknya, Nordiana Qistina Nurafizan dibawa keluar dari Rumah Mayat Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, semalam. – utusan/Nasirruddin Yazid


JOHOR BAHRU 10 Jan. – Sukar untuk digambarkan betapa seksanya penderitaan ditanggung seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang menjadi mangsa dera di Kampung Sungai Tiram di sini.
Hampir keseluruhan tubuhnya penuh dengan 73 kesan lebam dan luka.
Hanya mereka yang tidak berperikemanusiaan sahaja sanggup melakukan kekejaman terhadap kanak-kanak kecil yang tidak berdosa itu.
Berikutan kecederaan itu, kanak- kanak tersebut, Nordiana Qistina Nurafizan, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9 pagi semalam di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.
Bukan hanya Nordiana Qistina, malah adiknya, Danish Irsyad berusia setahun, turut menjadi mangsa kekejaman yang dipercayai dilakukan oleh ibu tirinya. Kanak-kanak itu ini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.
Mangsa merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan tinggal bersama bapanya, Nurafizan Ludin, 29, seorang pekerja kilang manakala ibu tirinya pula seorang suri rumah.
Ibu kandung mangsa, Nor Aquilla Razali, 27, menetap di Pasir Gudang dan bercerai dengan Norafizan sejak setahun lalu.
Nor Aquilla ketika ditemui memberitahu, bekas suaminya itu menghubunginya untuk memaklumkan kematian Nordiana Qistina kira-kira pukul 11 pagi ini.
Wanita itu yang tidak dapat menahan perasaan setelah melihat keadaan mayat anaknya di Bilik Mayat HSI pengsan tiga kali.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat pendarahan dalaman yang serius.
“Punca kematian Nordiana Qistina adalah kerana 73 kesan penderaan di seluruh tubuhnya.
“Melalui bedah siasat, organ dalaman mangsa rosak teruk dan berdarah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Roslan berkata, mangsa dihantar oleh bapanya ke HSI kira-kira pukul 8.25 pagi semalam namun disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Beliau memberitahu, ibu tiri mangsa sedang dicari dan dia berkemungkinan akan ditahan dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Utusan Malaysia difahamkan, bapa mangsa membuat laporan polis mengatakan anaknya itu meninggal dunia kerana lemas ketika mandi dalam sebuah besen di rumahnya.
Jenazah Nordiana Qistina selamat dikebumikan di kampung datuknya di Felda Tenggaroh, Mersing, kira-kira pukul 5 petang tadi.

Monday, January 10, 2011

Go....Go..Girl!!!!Congratulations Ana Raffali


 photo thanks to google/ana maria
Baru habis tengok AJL ke25......tahniah buat si gadis genit bernama Ana Nurhidayah Mohammad Raffali atas kejayaan menjuarai juara lagu ke 25......ini julung2 kali beliau memasuki anugerah ini.....terus menang.....macam yuna tahun lepas la kan..dah rezeki dia kita tumpang seronok jela kan.....hampir tak terkata la dia..
Erm overall persembahan semua mantop-mantop belaka cuma nasib tak menyebelahi mereka.......
Tempat kedua jatuh kepada Black dan MUH-drama king.....suara black memang power tapi sayang tahun nih tak menang seba vocal terbaik jatuh kepada mamat AF yang accident baru nih.....hehehe sape lagi kalau bukan si Hafiz..........tempat ketiga plak dimenangi oleh Hafiz..juga......manakala persembahan terbaik dimenangi oleh Faizal Tahir dengan lagu Hanyut......
Apapun persembahan 3 orang diva semasa menunggu keputusan penuh oleh juri....iaitu Dato' Sharifah Aini, Ziana Zain dan Dato' Siti Nurhaliza...memang power..hehehe.....Pembukaan oleh juara2 lagu yang lama2 pun power...iaitu Franscesca Peter, Nash,M.Nasir.....
Apapun terimakasih pada juri2 antaranya Ketua Juri M. Nasir, Amy Search, Habsah Hassan, Azmeer, Acis dan sorang lagi dah lupa lor...hehehe...
ochestra macam biasa pimpinan Dato' Hj. Ramli M.S.
Inilah dia keputusan penuh juara lagu malam tadi...

Keputusan penuh

Juara - Ana Raffali = Tolong Ingatkan Aku
Pencipta Lagu/Penulis Lirik - Ana Raffali


Tempat Kedua - Black n MUH = Drama King
Pencipta Lagu/Penulis Lirik -Taja/Teja

Tempat Ketiga - Hafiz AF8 = Noktah Cinta
Pencipta Lagu/Penulis Lirik - Ajai/Sheikh Qalam

Persembahan Terbaik - Faizal Tahir = Hanyut
Pencipta Lagu/Penulis Lirik - Audi Mok/Faizal Tahir

Vokal Terbaik - Hafiz AF8 = Noktah Cinta
Pencipta Lagu/Penulis Lirik - Ajai/Sheikh Qalam

Sunday, January 2, 2011

pelakon tiramisu-faizal yusof meninggal dunia

terkejut baca berita metro ahad pagi ni....aktor tiramisu meninggal dunia akibat serangan jantung.....muda lagi baru 33 tahun.....berbakat besar..suka tengok lakonan dia dalam Adamaya dan yang terbaru Tiramisu.....lepas nih dah takde la lakonan dia yang selamber tuh........mesti pelakon tiramisu tuh teringatkan Arwah kan...sebab berlakon buat kali terakhir bersama arwah...apapun alfatihah buat arwah semoga ditempatkan dikalangan orang beriman Amin...sedih bila baca bab dia pesan dengan anak dia rayyan supaya jangan nakal2 dan jaga mama baik2......mungkin arwah masih ada perasaan sayang pada siti nordiana kan...sedih juga bila dengar isteri baru arwah tengah pregnant huhuhu......
sumber metro ahad
KUALA LUMPUR: “Ketika di hospital, Faizal berkali-kali cuba bangun dan berdiri tetapi saya menghalangnya. Kemudian, keadaannya menjadi semakin kritikal hinggalah dia menghembuskan nafas terakhir beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital,” kata Saiful Yusof, 35, abang kepada pelakon popular, Faizal Mohd Yusof, 33, yang meninggal dunia akibat serang jantung di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), jam 1.45 tengah hari tadi.
Pelakon yang popular dengan drama Tiramisu dan Adamaya itu dihantar ke hospital oleh Saiful dan isterinya, Rosmunira Rashid, 27, pagi semalam ketika aktor berkenaan rebah di dalam bilik air di rumahnya selepas mengadu sakit dada.

Dia yang kemudian dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sempat menemui anak pertamanya, Muhammad Rayyan Hakhaie yang berusia dua tahun hasil perkongsian hidup dengan bekas isterinya, Siti Nordiana Alias, 25, sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisi Rosmunira.

Menurut Saiful, doktor mengesahkan arwah mengalami masalah jantung apabila satu saluran pada jantungnya tersumbat.


Sementara itu, Siti Nordiana atau Nana yang ditemui berkata, Faizal menghubunginya beberapa hari lalu untuk bercakap dengan anak mereka, Muhammad Rayyan Nakhaie, 2.
“Saya memasang pembesar suara dan mendengar perbualan mereka. Malah, arwah ada menyebut kepada anak saya supaya jangan nakal dan menyuruhnya menjaga saya.

“Mulanya, saya terfikir akan jadi sesuatu. Namun saya menolak pelbagai perkara negatif kerana tidak mahu menyangka yang bukan-bukan. Namun, Allah lebih menyayanginya,” katanya ketika ditemui di hospital, semalam.

Selepas berpisah dengan Nana, Faizal mendirikan rumah tangga dengan Rosmunira yang kini mengandung lima bulan pada awal tahun lalu.

Turut kelihatan menziarahi Allahyarham di hospital, pelakon Amyza Aznan, Zulkifli Ariffin, Pierre Andre, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Liyana Jasmay dan Tania Hudson.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, Selangor kira-kira jam 10 pagi ini.

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011!!!!!

Selamat tahun baru diucapkan buat semua teman cyber n blogger.......semoga azam kita tahun nih akan tercapai....walaupun banyak yang berlaku sepanjang tahun lepas nih......kebanyakkannya pahit untuk dikenang tapi masih ada kemanisannya.....alhamdulillah semoga tahun baru bakal menjelma bersama sinar baru.Amin..
antara yang berlaku.....sambutan hari lahir Nur Aina Aqilla di ward KK2 HKL.....





akan meninggalkan kenangan buat seumur hidup...huhuhu...
ada juga yang manis....antaranya.....dia dapat anugerah cemerlang dan naik kelas untuk tahun 2...huhuhu.....
ni lah gambar masa dia dapat anugerah cemerlang tuh.hehehe blur je lah..maklum kamera cikai je...

klik ni juga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails