GOODBYE 2009...WELCOME 2010
Hmm....apa nak kata dah penghujung tahun ni...azam tahun 2009 belum tertunai sepenuhnya...siapa lah kita ni..yang serba tak sempurna...yang mampu ditunaikan...tunaikanlah..kan...apa yang pasti azam nak dapat baby baru dah pun tertunai heheheh......
Semoga apa yang kita lakukan sepanjang 2009 mendapat berkat dari yang maha esa...semoga kehidupan kita semua bertambah baik...semoga bertambah ramai lagi kenalan dialam cyber nih heheeheh...apa lagi nih..nak cakap taktau la...
semoga tahun baru 2010..nanti memberi sinar baru dalam kehidupan kita semua
Semoga sambutan tahun baru tahun 2010 tidak lagi tercemar oleh kelakuan anak2 muda kita yang berpesta arak, dadah, seks seperti yg terdengar dan terlihat tahun 2009 lalu...semoga....semoga...semoga...semuanya diberkati olehNya...Aminnnnn...ya rabbal alamin.......
Apa azam tahun baru anda semua?
masa google pasal tahun baru terjumpa ni kat wikipedia....thanks to wikipedia..
HARI TAHUN BARU
Hari Tahun Baru merupakan hari pertama setiap tahun dalam kalendar Gregory, yang jatuh genap seminggu selepas Hari Krismas tahun sebelumnya. Pada zaman moden, Tahun Baru ialah 1 Januari dan dijadikan hari cuti di kebanyakan negara. Tahun baru merupakan hari suci bagi kebanyakan yang masih mengikut kalendar Julian, termasuk pengikut sesetengah gereja Ortodoks Timur, dan disambut pada 14 Januari kalendar gregory kerana perbezaan antara kedua-dua kalendar ini. Tahun Baru biasanya disambut dengan bunga api.
AMALAN MODEN
1 Januari menandakan berakhirnya tempoh mengingati peristiwa-peristiwa tahun yang berlalu, terutamanya di radio, televisyen, dan dalam akhbar, yang biasanya dimulakan selepas hari Krismas. Hasil penerbitan sering mengeluarkan rencana akhir tahun yang mengimbas kembali perubahan yang berlaku sepanjang tahun yang lalu. Topik-topik yang sering dibincangkan termasuk politik, bencana alam, muzik dan seni, dan senarai individu terpenting yang meninggal dunia sepanjang tahun yang lalu. Selalunya ada juga rencana mengenai perubahan yang dirancang atau dijangka pada tahun akan datang, seperti menghuraian undang-undang baru yang selalu berkuat kuasa mulai 1 Januari.
Secara tradisi, hari ini merupakan hari jamuan keagamaan, tetapi sejak 1900-an telah menjadi upacara keraian pada malam 31 Disember, iaitu Malam Tahun Baru. Pertunjukan bunga api sering diadakan pada tengah malam. Bergantung kepada undang-undang sesebuah negara, orang ramai boleh dibenarkan menyala bunga api, meskipun dilarang berbuat demikian pada hari-hari lain.
Membuat azam Tahun Baru menjadi peristiwa yang penting, iaitu apa yang seseorang yang berharap akan tunaikan pada tahun akan datang; antaranya berhenti merokok atau minum arak, mengurangkan berat badan atau meningkatkan kesihatan fizikal.
Di semua negara yang menggunakan kalendar Gregory, kecuali Israel, Hari Tahun Baru ialah cuti umum.
SEJARAH
Hari Tahun Baru asalnya disambut pada 15 Mac dalam kalendar Rom lama, sebelum dibawa ke 1 Januari pada tahun 153 SM, apabila dua orang konsul Rom ketika itu, yang memberi nama mereka pada kalendar itu, dilantik pada tarikh itu atas sebab-sebab ketenteraan.
Kebanyakan negara di Eropah Barat secara rasminya menerima 1 Januari sebagai Tahun Baru lebih kurang sebelum mengamalkan kalendar Gregory. Kadang-kala ini dipanggil Gaya Sunat, kerana tarikh ini pernah dijadikan Kenduri Sunat, iaitu hari yang kelapan apabila dikira mulai 25 Disember.
No comments:
Post a Comment