jom klik-klik nuffnang

anak-anak

anak-anak
Showing posts with label misc. Show all posts
Showing posts with label misc. Show all posts

Monday, January 30, 2012

AJL ke-26...Tahniah pada pemenang!!!!

Semalam walaupun badan kurang sihat sejak menjadi pengawas exam profesional lagi then bersambung ke kursus selama 2 hari...semakin bertambah demam nih......
uikss melalut lak nih...sebenarnya nak cite walaupun demam gagahkan jugak tengok AJL 26 malam tadi....tengok sampai ke akhir...lawak la tengok si Hafiz pakai T- shirt dengan Track bottom je huhuhu...apapun tahniah kepada pemenang...gambar kredit to TV3....layannnn...


  persembahan black semasa menyanyikan lagu Allahyarham Dato' Sudirman memang best....






Wednesday, October 12, 2011

Friday, June 24, 2011

Bila si Isteri berblog.....si suami dan anak?????

selalu je gi jengok blog si handsome n famous si Ben Ashaari nih..tapi macam malu-malu kucing lak nak join dia punya segmen....sebab kekadang takde idea nak catat...tapi kali ni nak join jugak segmen dia di sini ...nak join jugak tak kira sebab benda nih memang kena dengan me hahahah.....sebelum tu nak ucap salam perkenalan kat blogger famous Ben nih...salam perkenalan Ben silalah baca post akak yang ntah hapa-hapa nih...tidak ada yang benar melainkan yang benar belaka.......

berdasarkan pengalaman sendiri.......
Bila si isteri berblog.....si suami dan anak.......hehehe si suami bekerja dan si anak dah tidur semua......tapi sebenarnya memang banyak cabaran untuk berblog nih bila dah ada suami dan anak.......lagi la kalau nak join event2 yang jauh2 sikit anjuran blogger susah weh.....
sebab tu kekadang berhari-hari jugak blog tak ber"update" maklum lah ada anak kecik....bila kita nak menaip je dia pun sibuk sama mengetuk keyboard nih....maka merudum la mood untuk mengupdate blog hahaha......taknak bohong la kan memang banyak cabarannya.....baru nak bega-bega gambar kang ada la yang sibuk nak beriba lah.....nak susu la....nak minum la.....nak makan la......
tapi cik abang biasanya lebih sporting kalau dia ada kat rumah dia tak kisah pun nak mengadap internet asalkan makan minum pakai tersedia n kerja rumah dah habis........
lagi-lagi wanita berkerjaya macam akak nih mana nak pergi keje nak balik rumah nak kemas nak masak waaaa....penyudahnya masa yang paling afdal untuk update blog ialah tengah malam bila semua dah tido....tapi time tuh mestilah cik abang keje malam hahahah....
itu jelah kot suka duka akak seorang isteri dan seorang blogger..........hehehe..

Monday, May 30, 2011

Tahniah Salma dan Erra Fazira

Tahniah diucapkan kepada Salma dan mentornya Erra......semoga maju jaya lagi lepas nih.....tahniah juga kepada Shiha dan Kak Pah....tahniah juga kepada pemenang ketiga...Iqa dan Edry.....bestnya Salma menang RM100,000....dan sebuah kereta Chevrolet...huhuhu...kalau me la dapat 100,000...terus gi booking rumah sebijik hehehe.....btw..persembahan dia memang best malam tadi...cuma bagi me dia seperti menjerit pada lagu Listen...beyonce tuh...apapun suara memang power.....persembahan Shiha dgn black memang best...Shiha ni ada package....manis je orangnya.......semoga merekaterus maju jaya.....

picture credit to laman web mentor TV3




Tuesday, March 8, 2011

Happy women's day!!!!

Terbaca status member kat facebook.....betul ke hari ni hari wanita......so kalau betul la....me nak ucapkan..Selamat Hari Wanita kepada semua wanita tak kira yang bergelar ibu atau anak atau nenek...hehehe
kalau lah di hari wanita ni menjadi cuti umum buat semua wanita kan best...boleh la kita wanita2 sedunia merehatkan diri dari bebanan kerja di rumah...bergelumang dengan kain baju tak berbasuh dan bergosok dan berjemur dan.....dan....dan.....yang takkan berkesudahan...kalau lah hari ni me dapat melepak sakan tanpa perlu memikirkan nak masak apa untuk sarapan pagi...nak masak apa untuk tengahari...nak masak apa untuk malam...huhuhu...migraine makcik....
Anyway.....hentikan celoteh.....tingkatkan prestasi....Happy Women's Day...untuk semua yang bergelar wanita.....
nak masak inikah????

atau inikah????


atau inikah????

Peningnya menjadi wanita berkerjaya...hahahaha

Thursday, March 3, 2011

15 tahun menunggu.....akhirnya dia tiba juga!!!!!!

15 tahun bukan masa yang singkat penuh dengan dugaan dan cabaran tapi itulah kata orang sudah tersurat sejak azali apa yang ditakdirkan sudah tertulis kan.......tentunya semua pembaca tertanya2 apa yang berlaku sebenarnya.....apa yang ditunggu......jeng...jeng.jeng....
Ya sebelum tu nak ucapkan tahniah kepada kakak dan abang ipar dengan kelahiran bayi sulung mereka hari isnin lepas melalui pembedahan.......
Untuk pengetahuan semua dah 15 tahun mereka kahwin dan baru inilah dikurniakan cahayamata......begitu lama masa yang diambil......begitu banyak dugaan dan bermacam2 cakap2 orang yang terpaksa ditelan...almaklumlah kan kalau perempuan ni kahwin dah lama tak mengandung2 macam2 la orang mengata...terutamanya dikalangan saudara-mara......tapi takpe lah penantian tu 1 penyiksaan kan......kesabaran itu ada hikmahnya.......Allah menguji orang2 yang sabar.....semoga dengan kelahiran baby ni dapat menepis segala cacian yang diterima selama ini......
Dan inilah dia baby yang bertuah itu.......baby girl yang cute.........nama belum tahu huhuhu.......

Tuesday, January 11, 2011

Mati akibat kekejaman ibu tiri???


 gambar thanks to infogallery
sedihnya bila tengok berita malam tadi.....huhuhu...kanak2 umur 3 tahun mati akibat 73 kesan kecederaan di muka tangan dan badan akibat didera.......tak nak ulas panjang sebab sedih bila baca kat utusan online.....

terimakasih to utusan online....

Kanak-kanak 3 tahun mati didera


Nor Aqiulla Razali (gambar kecil) yang pengsan diberi bantuan selepas melihat mayat anaknya, Nordiana Qistina Nurafizan dibawa keluar dari Rumah Mayat Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, semalam. – utusan/Nasirruddin Yazid


JOHOR BAHRU 10 Jan. – Sukar untuk digambarkan betapa seksanya penderitaan ditanggung seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang menjadi mangsa dera di Kampung Sungai Tiram di sini.
Hampir keseluruhan tubuhnya penuh dengan 73 kesan lebam dan luka.
Hanya mereka yang tidak berperikemanusiaan sahaja sanggup melakukan kekejaman terhadap kanak-kanak kecil yang tidak berdosa itu.
Berikutan kecederaan itu, kanak- kanak tersebut, Nordiana Qistina Nurafizan, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9 pagi semalam di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.
Bukan hanya Nordiana Qistina, malah adiknya, Danish Irsyad berusia setahun, turut menjadi mangsa kekejaman yang dipercayai dilakukan oleh ibu tirinya. Kanak-kanak itu ini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.
Mangsa merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan tinggal bersama bapanya, Nurafizan Ludin, 29, seorang pekerja kilang manakala ibu tirinya pula seorang suri rumah.
Ibu kandung mangsa, Nor Aquilla Razali, 27, menetap di Pasir Gudang dan bercerai dengan Norafizan sejak setahun lalu.
Nor Aquilla ketika ditemui memberitahu, bekas suaminya itu menghubunginya untuk memaklumkan kematian Nordiana Qistina kira-kira pukul 11 pagi ini.
Wanita itu yang tidak dapat menahan perasaan setelah melihat keadaan mayat anaknya di Bilik Mayat HSI pengsan tiga kali.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat pendarahan dalaman yang serius.
“Punca kematian Nordiana Qistina adalah kerana 73 kesan penderaan di seluruh tubuhnya.
“Melalui bedah siasat, organ dalaman mangsa rosak teruk dan berdarah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Roslan berkata, mangsa dihantar oleh bapanya ke HSI kira-kira pukul 8.25 pagi semalam namun disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Beliau memberitahu, ibu tiri mangsa sedang dicari dan dia berkemungkinan akan ditahan dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Utusan Malaysia difahamkan, bapa mangsa membuat laporan polis mengatakan anaknya itu meninggal dunia kerana lemas ketika mandi dalam sebuah besen di rumahnya.
Jenazah Nordiana Qistina selamat dikebumikan di kampung datuknya di Felda Tenggaroh, Mersing, kira-kira pukul 5 petang tadi.

Monday, January 10, 2011

Go....Go..Girl!!!!Congratulations Ana Raffali


 photo thanks to google/ana maria
Baru habis tengok AJL ke25......tahniah buat si gadis genit bernama Ana Nurhidayah Mohammad Raffali atas kejayaan menjuarai juara lagu ke 25......ini julung2 kali beliau memasuki anugerah ini.....terus menang.....macam yuna tahun lepas la kan..dah rezeki dia kita tumpang seronok jela kan.....hampir tak terkata la dia..
Erm overall persembahan semua mantop-mantop belaka cuma nasib tak menyebelahi mereka.......
Tempat kedua jatuh kepada Black dan MUH-drama king.....suara black memang power tapi sayang tahun nih tak menang seba vocal terbaik jatuh kepada mamat AF yang accident baru nih.....hehehe sape lagi kalau bukan si Hafiz..........tempat ketiga plak dimenangi oleh Hafiz..juga......manakala persembahan terbaik dimenangi oleh Faizal Tahir dengan lagu Hanyut......
Apapun persembahan 3 orang diva semasa menunggu keputusan penuh oleh juri....iaitu Dato' Sharifah Aini, Ziana Zain dan Dato' Siti Nurhaliza...memang power..hehehe.....Pembukaan oleh juara2 lagu yang lama2 pun power...iaitu Franscesca Peter, Nash,M.Nasir.....
Apapun terimakasih pada juri2 antaranya Ketua Juri M. Nasir, Amy Search, Habsah Hassan, Azmeer, Acis dan sorang lagi dah lupa lor...hehehe...
ochestra macam biasa pimpinan Dato' Hj. Ramli M.S.
Inilah dia keputusan penuh juara lagu malam tadi...

Keputusan penuh

Juara - Ana Raffali = Tolong Ingatkan Aku
Pencipta Lagu/Penulis Lirik - Ana Raffali


Tempat Kedua - Black n MUH = Drama King
Pencipta Lagu/Penulis Lirik -Taja/Teja

Tempat Ketiga - Hafiz AF8 = Noktah Cinta
Pencipta Lagu/Penulis Lirik - Ajai/Sheikh Qalam

Persembahan Terbaik - Faizal Tahir = Hanyut
Pencipta Lagu/Penulis Lirik - Audi Mok/Faizal Tahir

Vokal Terbaik - Hafiz AF8 = Noktah Cinta
Pencipta Lagu/Penulis Lirik - Ajai/Sheikh Qalam

Sunday, January 2, 2011

pelakon tiramisu-faizal yusof meninggal dunia

terkejut baca berita metro ahad pagi ni....aktor tiramisu meninggal dunia akibat serangan jantung.....muda lagi baru 33 tahun.....berbakat besar..suka tengok lakonan dia dalam Adamaya dan yang terbaru Tiramisu.....lepas nih dah takde la lakonan dia yang selamber tuh........mesti pelakon tiramisu tuh teringatkan Arwah kan...sebab berlakon buat kali terakhir bersama arwah...apapun alfatihah buat arwah semoga ditempatkan dikalangan orang beriman Amin...sedih bila baca bab dia pesan dengan anak dia rayyan supaya jangan nakal2 dan jaga mama baik2......mungkin arwah masih ada perasaan sayang pada siti nordiana kan...sedih juga bila dengar isteri baru arwah tengah pregnant huhuhu......
sumber metro ahad
KUALA LUMPUR: “Ketika di hospital, Faizal berkali-kali cuba bangun dan berdiri tetapi saya menghalangnya. Kemudian, keadaannya menjadi semakin kritikal hinggalah dia menghembuskan nafas terakhir beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital,” kata Saiful Yusof, 35, abang kepada pelakon popular, Faizal Mohd Yusof, 33, yang meninggal dunia akibat serang jantung di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), jam 1.45 tengah hari tadi.
Pelakon yang popular dengan drama Tiramisu dan Adamaya itu dihantar ke hospital oleh Saiful dan isterinya, Rosmunira Rashid, 27, pagi semalam ketika aktor berkenaan rebah di dalam bilik air di rumahnya selepas mengadu sakit dada.

Dia yang kemudian dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sempat menemui anak pertamanya, Muhammad Rayyan Hakhaie yang berusia dua tahun hasil perkongsian hidup dengan bekas isterinya, Siti Nordiana Alias, 25, sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisi Rosmunira.

Menurut Saiful, doktor mengesahkan arwah mengalami masalah jantung apabila satu saluran pada jantungnya tersumbat.


Sementara itu, Siti Nordiana atau Nana yang ditemui berkata, Faizal menghubunginya beberapa hari lalu untuk bercakap dengan anak mereka, Muhammad Rayyan Nakhaie, 2.
“Saya memasang pembesar suara dan mendengar perbualan mereka. Malah, arwah ada menyebut kepada anak saya supaya jangan nakal dan menyuruhnya menjaga saya.

“Mulanya, saya terfikir akan jadi sesuatu. Namun saya menolak pelbagai perkara negatif kerana tidak mahu menyangka yang bukan-bukan. Namun, Allah lebih menyayanginya,” katanya ketika ditemui di hospital, semalam.

Selepas berpisah dengan Nana, Faizal mendirikan rumah tangga dengan Rosmunira yang kini mengandung lima bulan pada awal tahun lalu.

Turut kelihatan menziarahi Allahyarham di hospital, pelakon Amyza Aznan, Zulkifli Ariffin, Pierre Andre, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Liyana Jasmay dan Tania Hudson.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, Selangor kira-kira jam 10 pagi ini.

Thursday, December 30, 2010

PIALA AFF SUZUKI DALAM RANGKULAN!!!!!!

eche che.....bukan main lagi tajuk tak bleh blah.....piala AFF Suzuki memang menjadi idaman Malaysia kan....Piala yang sebelum ini dikenali sebagai piala tiger....barulah akhirnya berada didalam rangkulan.....
Gigih la malam tadi nak nengok fenomena TsuFahmi kat TV1...memang berbaloi la kan menontonnya semalam...akhirnya Malaysia menang jugak dengan aggregate 4-2...walaupun kalah di Stadium Bung Karno tapi sesungguhnya bukan lah memalukan sangat sebab kalah pun dekat sedikit mata sahaja 2-1.....
.....oooh btw hari tu jalan2 ke blog blogger cum model yang famous tuh.....siapa lagi kalau bukan si Hanis Zalikha anak dan maknya sama2 lawa...uuhh lupakan hari tu jalan2 ke blog Hanis Zalikha terjumpa lak blog awek si Khairul Fahmi Che Mat......si jejari runcing yang cute mute tuh.....memang padan la dorang 2 orang tuh macam pinang dibelah 2..hehehe...semoga jodoh berkekalan hingga ke anak cucu...suka gak baca blog awek dia nih....sweet je.....kalau nak terjah sila ke sini ye...http://jejariruncing.blogspot.com/
disini ada sedikit ulasan yang di copy dari harian metro.

Sejarah tercipta


DETIK KERAMAT...Safiq Rahim  (kanan) menjulang   Piala Suzuki AFF 2010 selepas  mengalahkan Indonesia  di Stadium Gelora Bung Karno, semalam.
DETIK KERAMAT...Safiq Rahim (kanan) menjulang Piala Suzuki AFF 2010 selepas mengalahkan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, semalam.
CEKAP...penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan kubunya daripada ditembusi penyerang Indonesia, semalam.
CEKAP...penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan kubunya daripada ditembusi penyerang Indonesia, semalam.

MALAYSIA mengesahkan status sebagai ‘Raja Asia Tenggara’ apabila dinobatkan juara baru Piala Suzuki AFF edisi kelapan apabila menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam.

Kejayaan ini membolehkan Malaysia mencipta sejarah meraih kejuaraan kali pertama Piala AFF Suzuki sepanjang 14 tahun kejohanan ini mula dilangsungkan serta menjadi pasukan keempat bergelar juara selepas Thailand, Singapura dan Vietnam.

Skuad Harimau Malaya yang turun dengan bekalan tiga gol pada aksi perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno nyata tidak gentar dengan sorakan kira-kira 95,000 penyokong Sang Garuda di dalam stadium.

Mereka sebaliknya turun dengan penuh bersemangat dan bijak mengawal permainan bagi mengekalkan kelebihan tiga gol yang dimiliki hasil kemenangan di perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional, Ahad lalu.


Separuh masa pertama memang mendebarkan untuk jutaan rakyat Malaysia apabila Indonesia yang turun untuk mencari jaringan besar melancarkan serangan sejak minit pertama perlawanan lagi dengan sokongan kira-kira 200,000 penyokong di luar dan di dalam stadium.

Gandingan Cristian Gonzales dan Irfan Haarys Bachdim nyata menggugat apabila gandingan dua ''pemain asing' itu kerap kali menguji gawang Malaysia yang dikawal rapi Khairul Fahmi Che Mat.

Serangan bertali arus Indonesia itu akhirnya membuahkan hasil dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil dari Australia, Peter Daniel Green selepas pemain pertahanan kanan, Mohd Sabre Mat Abu tersentuh bola di dalam kotak penalti.
Namun kecemerlangan Khairul Fahmi menafikan gol apabila menangkap kemas sepakan kapten Indonesia, Firman Utina.

Malah penjaga gol dari Kelantan itu berjaya menggagalkan beberapa percubaan lawan di separuh masa kedua walaupun 'diserang dengan laser' oleh penyokong Indonesia ketika bersedia untuk menghadapi sepakan sudut dan percuma pada 10 minit pertama.

Malaysia, turun dengan jersi biru dan berseluar hitam bagaimanapun berjaya bertahan sepanjang 45 minit pertama walaupun hampir keseluruhan permainan dikuasai lawan yang tidak mengenal erti putus asa menyerang Malaysia dengan sekurang-kurang 10 percubaan berbahaya dilancarkan ke kubu negara.

Ia bagaimanapun dinafikan dengan kecekapan Khairul Fahmi serta persefahaman yang tinggi dikalangan pemain pertahanan yang diketuai oleh dua pemain muda, Mohd Muslim Ahmad dan Mohd Fadhli Shas.

Bersambung babak kedua, anak-anak buah Alfred Riedl terus mengasak namun usaha mereka itu memakan diri apabila melalui satu serangan balas Malaysia menjaringkan gol melalui rembatan kencang Mohd Safee Sali pada minit ke-53 untuk gol kelimanya pada kejohanan ini untuk menceriakan kira-kira 500 penyokong Harimau Malaya yang hadir di Jakarta.

Gol itu juga mengesahkan kedudukannya sebagai penjaring terbanyak dengan lima gol meninggalkan ayam tambatan Indonesia Gonzales yang hanya mampu menjaringkan tiga gol.

Semakin terdesak untuk menjaringkan gol, Indonesia melakukan dua pertukaran serentak dengan mengeluarkan pemain berdarah kacukan Indonesia-Belanda, Irfan Haarys Bachdim dengan memasukkan bekas penyerang Selangor, Bambang Pamungkas dan Eka Ramdani yang menggantikan kapten pasukan, Firman Utina.

Ketua jurulatih kebangsaan, K Rajagobal bertindak balas dengan segera apabila mengeluarkan pemain tengah, Amar Rohidan untuk digantikan dengan pemain pertahanan, Mohd Razman Roslan. untuk menambahkan kesukaran Sang Garuda yang perlu mencari sekurang-kurangnya lima gol.

Namun usaha tidak mengenal putus asa akhirnya membuahkan hasil apabila percubaan pemain pertahanan, Mohammad Nasuha pada minit ke-71 menewaskan Khairul Fahmi untuk menggamatkan stadium. dengan sorakan penyokong Sang Garuda serta letusan bom asap.

Muhammad Ridwan menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-87 untuk keputusan 2-1 itu dan kekal sehingga wisel penamat ditiup bagi menobatkan Malaysia sebagai juara baru Piala AFF Suzuki 2010.



credit to harian metro...

Tuesday, November 16, 2010

"Reunion Day"

Hari Sabtu 6 hb november 2010 ari tu (ye ye tau entry nih dah lewat huhuhu...tapi nak gak letak) telah berlangsung reunion IKMPJ batch 88-90......bertempat di Serendah Hulu Selangor...(rumah member)...
memang happening dan meriah...seronok sangat dapat jumpa member2 masa IKM dulu.....maklum la dah 20 tahun tak jumpa.....rindu memasing....
memasing hangkut sekali anak2....dah ada anak dara dan anak bujang hehehe...so pictures says a thousand words....
layan.....
kek ditaja oleh aida royani sinin yang ada kedai kek kat bandar baru selayang.....kek memang terbaik

ni gambar makan time...
ni gambar kaum ibu2 yang masih maintain walau anak dah berderet wakaka.....
ni gambar kaum bapak2 yang tahan nafas takut nampak perut boroi hahaha....
ni gambar mak dan ayah tanpa anak2 huhuhu
ni lak gambar ramai-ramai....dengan anak2
yeah reunion tahun nih berjaya 2 tahun lagik boleh buat lagi hahaha...


Friday, October 29, 2010

Mayat berlipat dalam beg

sedihnya bila tengok buletin utama malam tadi..pasal kes remaja mati disumbat dalam beg nih...tapi tak dengar betul2 ingatkan remaja belasan tahun rupanya remaja awal belasan.....12 atau 13 tahun...huhuhu sedihnya sebaya dengan anak kita kan...kenapa lah ada manusia yang kejam macam nih kat dunia nih....

kredit to harian metro online
AMPANG: Mayat seorang remaja perempuan dipercayai dibunuh ditemui dalam beg pakaian berwarna hitam dengan tubuh dan kakinya dilipat bersama-sama sejumlah pakaian, semalam.
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Ahmad Tajol Ansar Ibrahim am@hmetro.com.my Beg berisi mayat itu ditemui pekerja bengkel berhampiran kawasan semak di tepi parit tidak jauh dari tanah rizab Jabatan Bomba dan Penyelamat di Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang, kira-kira jam 3.30 petang.

Kejadian menyayat hati itu hampir mengulangi insiden sama pada 17 September 2007 lalu apabila mayat Nurin Jazlin Jazimin, 8, turut ditemui mati dibunuh dalam beg pakaian sebelum dibuang di Petaling Jaya.

Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan yang ditemui di lokasi kejadian turut tidak menolak kemungkinan mangsa diculik sebelum dibunuh kejam.

Walaupun tiada sebarang laporan polis berhubung kehilangan remaja perempuan di daerah Ampang, beliau percaya kemungkinan mangsa dibawa dari luar daerah ini sebelum mayatnya dibuang di kawasan berkenaan.

“Oleh itu orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta segera membuat laporan polis,” katanya

Difahamkan, pekerja bengkel terbabit menemui beg berisi mayat itu ketika dia melalui kawasan berkenaan yang terletak tidak jauh dari Rumah Bakti Hulu Klang.

Pekerja terbabit dikatakan menunggang motosikal melintasi jambatan berhampiran sebelum melihat satu beg hitam mencurigakan dibuang di kawasan itu.

Sifat ingin tahu menyebabkan lelaki terbabit cuba mengangkat beg berkenaan, namun mendapati ia terlalu berat dan menyangka beg berkenaan mengandungi wang tunai.

Bagaimanapun, apabila dibuka, dia ternampak kaki manusia terjulur dalam beg berkenaan, menyebabkan dia bertempiaran lari dan membuat laporan polis.

Abdul Jalil berkata, bertindak atas laporan diterima sepasukan anggota unit ronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang segera dihantar ke lokasi kejadian.

“Pemerhatian awal mendapati mangsa remaja perempuan berusia lingkungan 12 hingga 13 tahun. Ketika ditemui mangsa memakai gaun biru dan ditutupi baju lusuh yang turut disumbatkan ke dalam beg itu.

“Pemeriksaan turut mendapati terdapat kesan darah pada pakaian dipakai mangsa,” katanya. Menurutnya, mangsa yang berkulit sawo matang dan berambut lurus paras bahu dipercayai baru dibunuh dan dibuang ke kawasan itu.

“Besar kemungkinan remaja perempuan itu rakyat tempatan, namun siasatan lebih terperinci masih dilakukan. Polis percaya mangsa dibunuh dalam tempoh kurang 24 jam berikutan tubuhnya masih dalam keadaan baik,” katanya.

Menurut Abdul Jalil, siasatan awal unit forensik polis mendapati terdapat kesan lebam pada leher mangsa, namun belum dipastikan sama ada ia kesan cekik atau jerutan.

“Selain itu polis turut menemui satu beg tangan mengandungi nama lelaki, mungkin warga Indonesia berserta nombor telefon. Polis akan menjejak lelaki itu untuk mengetahui kaitannya dengan mangsa,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Ditanya sama ada mangsa turut diperkosa sebelum dibunuh, Abdul Jalil berkata, pihaknya belum dapat memastikannya sehinggalah bedah siasat dijalankan.

“Tiada sebarang dokumen atau pengenalan diri ditemui pada tubuh mangsa. keadaan ini sedikit sebanyak menyukarkan polis untuk menyiasat identiti mangsa berkenaan,” katanya.

p/s Alfatihah untuk mangsa jika dia seorang muslim...semoga Allah melindungi anak2 kita dari manusia kejam seperti ini Aminn..

Saturday, August 21, 2010

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG

dah lama tak bersiaran rasanya...mesti dah rindu kawan2 kat me kan...hahaha...perasan la ni..entah2 takde orang kisah pun...tapi takpe la....nak lepaskan rindu kat blog yang dah berabuk ni...sekadar meluah ketidak puasan hati...hmmmm...
sebelum puasa hari tu kat rumah ni ada sambutan kempen kibar jalur gemilang...jemputannya Tan Sri Dato Koh Su Kun (betul ke eja camni)...tapi me n family tak tunggu pun sampai habis...sebab budak kecik dah penat....overall memang out la sebab makluman takde..aturcara takde...dari pagi sampai petang tunggu Tan Sri rupanya datang pukul 4...perbarisan pun pukul 4...huhuhu tulis aturcara start pukul 8....
pukul 9.30 baru terkial-kial nak hias pentas la apa daa.....hmmm...layan je la gambar2 ni ye...nak ambik gambar pun takde mood huhuhuhu...
ini nyanyian lagu jalur gemilang n negaraku oleh bebudak kat sini ....1 malaysia la kononnya..hehehe

ini pulak masa persembahan dari kaum india...me pun tak tahu apa fesyen tariannya....hahaha layan jela kan...
ni masa pertandingan karaoke....artis undangan konon hahaha...
ni lak pertandingan membina arca jalur gemilang...hanya satu block je ambik bahagian...macam tu dah confirm dia yang menang kakaka.....
ni lak kumpulan untuk buat persembahan bagi kaum china...huhuhu
ini pulak pelawak undangan sathia....dengan pak cu raja lawak....sorang lagi anuar dari raja lawak gak...tak kenal sangat sebab tak tengok raja lawak...hahaha boleh la tahan kan

last but not least gambar budak kecik keboringan sebab dah ngantuk + penat...tak sempat tunggu perbarisan n tan sri kitorang dah blah sebab kelaparan...huhuhu



p/s sila abaikan tarikh di gambar ye...huhuhu...kalau ikut tarikh tu ahmad belum ada lagi hahaha....







Friday, May 28, 2010

Jamu Mak Dara di Kursus Wanita Oh Wanita - kesihatan dan seksual


Hari rabu hari tuh gi kursus tajuk "wanita oh wanita-kesihatan dan seksual...banyak lah info yang me dapat pasal hubungan suami isteri dan macam-macam la...penceramah " tok mat" aka Prof. Dato' Hj. Dr. Mat Saat Baki....hehehe semua orang kenal rasanya...doktor psikologi seksual...heheh..memacam tips yang me dapat....
petangnya lak ada sessi bersama Ibu Halimah aka "Mak Dara"....huhuhu bestnya...siap ada petua macam2...masa anak dara...masa dalam pantang...masa lepas bersalin...macamana jaga suami hehehe...banyak gak tios hehehhe

klik ni juga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails