hari sabtu lepas teringin nak makan ayam percik...so buat la ayam percik yang simple je...jadi la puas makan...
ini resipinya
ayam percik
8 ketul kepak ayam (bersih dan toskan airnya)
sedikit garam
sedikit gula
air asam jawa
sedikit kacang tanah
2 cawan santan pekat
bahan kisar
15 tangkai cili kering (kalau nak pedas tambah la ye)
3 batang serai
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
sedikit halba
2 biji buah keras
1 inci halia
cara
1. tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. masukkan garam, gula dan air asam jawa.
3. masukkan ayam, kacang tanah dan santan pekat.
4. masak sehingga kuah agak pekat.
5. kemudian bolehlah dibakar menggunakan oven ataupun arang sehingga sedikit garing.
6. kalau guna oven tak payah bakar lama-lama....sebab ayam dah masak kan.
ini pulak bento bebudak pagi tadi bebola ketam...hehehe
salam shiori.
ReplyDeletekadang-kadang lauk ringkas yg kita masak di rumah tu nikmatnya jauh lebih puas berbanding makan di luar kan?
jimat dan puas hati.