jom klik-klik nuffnang

anak-anak

anak-anak
Showing posts with label masakan. Show all posts
Showing posts with label masakan. Show all posts

Thursday, October 27, 2011

Kek lapis masam manis

Uikksss lama sungguh penyakit malas ni menghuni kat dalam badan nih.....sampai dah dekat 2 minggu lebih tak update blog...entah la kenapa sejak akhir2 nih malas betul nak bukak n update blog...tak macam dulu hari2 kalau boleh perkara pertama buat mestilah bukak blog dan update cerita2 terbaru...huhuhu sekarang kalau boleh hari2 nak wordless....ke hari rabu je boleh hahaha....apa2 je la....yang penting bahagia happy...
so berbalik kepada cerita asal...baru2 ni try buat kek lapis masam manis....and ini la hasilnya...boleh la tapi anak2 tak berapa suka....sebab manis sangat...huhuhu lain kali kalau buat kena kurangkan gula sikit...baru la balance dengan asam manis tu kan....layan gambar....



ni dah potong......





Monday, August 29, 2011

biskut raya ketiga dan puding karamel

Semalam buat biskut raya yang ketiga untuk tahun nih.....rasanya dah takde kot biskut raya hahaha....malam ni cuma nak buat cornflakes madu je dengan anak dara....hmmmm
semalam buat biskut dahlia ni dengan anak bujang sulung dengan anak dara besar...macam2 bentuk dah jadinya...ada yang comel ada yang cute ada yang gemuk ada yang kurus.....hahaha jadi lah ada gak orang tolong kalau tak tak larat nak abiskan 2 adunan tuh....yang penting biskutnya sedap....resipi ambik kat dalam majalah wanita edisi khas syawal.....nanti tepek kemudian....layannn....



pastu untuk berbuka buat puding karamel versi kak nanirostam yang easy peasy tuh...senang je main kacau2 je....resipi dah pernah tepek dulu kat sini.....


Tuesday, August 23, 2011

biskut raya kedua

Semalam sambil2 cuti sebab jaga si Ahmad dapat attack lagi...kena la sedut gas...hari ni nampak dah ok sikit...harap2 Ahmad sihat sebelum hari raya kesian dia.....
so semalam sambil2 tu buat ler biskut raya kegemaran ramai kat rumah nih biskut coklat chips.....buat 2 adunan terus nasib baik senang je buat biskut nih...just gaul2 dah jadik...then sudukan je kat atas dulang dah jadik...dapat la 4 botol kecik...sebotol dah habis...tinggal ler 3 botol untuk raya...layannnn....








resipi ni macam biasa guna resipi chef Hanieliza...thanks akak for the marvelous resipi....dan jugak majalah keluarga keluaran terbaru ni...resipi sebijik cam ka liza punya hehehe.....

Thursday, August 18, 2011

biskut raya pertama

Hari sabtu lepas sempat la menggulung tart dengan anak dara......mak tekan dia gulung...dapat la 2 bekas ni....jem dah buat siap2 masa hari ketiga puasa..hehehe......skang tart ni dah tinggal sebekas je lagi....kena buat lagi la nampaknya....jem pun ada lagi.....layannnnn







Monday, July 11, 2011

HAMPA VS PUDING KARAMEL

oleh kerana kehampaan tak dapat nak ke putrajaya menengok floria 2011......meh la sesama kita layan buat puding gula hangus atau puding karamel hasil nukilan kak nanirostam yang famous amos tuh.....memang sedap lemak berkrim disukai ramai.....terliur tengok kat rumah si Ai....lama dah ambik resipinya kat rumah kak nani nampak simple je so ambik je tak buat2.....tapi bila tengok entry si Ai kata anak2 dia hari-hari nak tu yang tak teragak2 nak cuba gak.....tapi buat separuh je sebab telur ada 4 bijik je....ni kes maleh nak turun bawoh gi kedai.....so pudingnya kecik jela.......sedap slurppppp..lain kali leh buat lagi.......

 ini belum ditelangkupkan lagi masih dalam periuk kecik..wakaka ni kes takde loyang kecik nak letak dalam kukus......sebab kukus me kecik je heehhe...

 ni dah diterbalikkan huhuhu......tergolap skit kekdahnya gula hangus tuh.....so tak golden ler kalernya......sodap jugak

 cer tengok cer tengok....mengancam tak huhuhu...........sedapnya makan sojuk-sojuk....nyaman je tekak.

 dah potong.......jom makan...

 layan........


licin sekali hadap...leh buat lagi lain kali senang yo buatnya.......kak nani mohon copy paste resipi kat sini ye..

RESEPI PUDING KARAMEL
Langkah 1...
Sediakan periuk pengukus di atas api dapur.
Langkah 2
2 sudu makan gula
Sebji loyang.
Cara-cara...masukkan gula di dalam loyang dan letak loyang di atas api dapur dalam masa lebih kurang 2 minit. Kacau gula sehingga berwarna kuning pekat keemasan. Angkat dan ketepikan.
Langkah 3
7 biji telur grade A.
1 tin susu pekat.
1 tin air (guna tin susu tadi)
1 sudu teh esen vanila (imported)
Cara-cara....dengan menggunakan sudu garpu, pukul telur menggunakan tangan sehingga sebati. Masukkan susu dan air....kacau lagi dan masukkan esen vanila. (Masa mengacau dianggarkan selama 5 minit).Selepas itu tuang bancuhan telur tadi ke dalam loyang yang ada gula hangus tadi dan kukus.Dalam masa 20 minit...angkat dan telangkupkan di atas pinggan besar. Potong dan sejukkan sebelum di makan.

Wednesday, June 29, 2011

Pizza...

Kali ni buat pizza guna resipi dari ros kat sini....terimakasih ye ros...akak mohon CnP kat sini ye......memang sedap lebih lembut rotinya dah lama pun masih lembut lagi...so better stick to this one lain kali....
layan gambar........
dan ini pulak resipinya.....tadaaa......

Pizza
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

*Untuk Doh*
250gram tepung roti
1/3 sudu kecil garam
1 sudu besar skim milk@susu tepung
1 sudu besar gula
1/2 biji telur
1 sudu besar marjerin ( boleh ganti denga butter atau shortening)
110ml susu segar ( atau air suam)
1 1/2 sudu kecil yis

*untuk filling*
sosej yang telah direbus dan dihiris nipis
sedikit lada benggala, nenas dan tomato yang dihiris dadu
sedikit taburan oregano@ dry pasley

* Untuk Toping* - mix cheese@mayonis+sos cili@tomato

Caranya.

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada dua bahagian dan bentukkan bulat seperti base pizza, cucukkan dengan garpu dan biarkan naik sedikit, masa yang diperlukan lebih kurang 30 minit.

5. Sapukan setiap base pizza dengan sos tomato, ratakan ke seluruh doh, tabur kan lada benggala hijau, nenas, tomato dan sosej serta toppingkan dengan mozarela cheese.

6. Akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 16 ke 18 minit atau sehingga permukaan pizza perang., sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, Sesuai untuk sarapan dan hidangan minum petang. Selamat Mencuba.

Wednesday, June 22, 2011

Big M dihari bapa

Assalamualaikum.......kepada blog yang dikasihi dan teman2 maya..semua.
huhuhu dah lama betul tak update blog.....memang rindu tapi entahlah...macam mood untuk update blog merudum seketika........tapi lepas nih insya'Allah semoga semangat untuk menulis dan update blog terus ada.......
hari ahad lepas sempena hari bapa.....me ada masak2 skitjust buat chicken chop dengan salad dan kentang goreng......teringin plak bila tengok KFC dok tayang chicken chop dia tu huhuhu....
memang laris sampai kak Aina duk mintak mak buat lagi minggu depannya hehehe
jom layan gambar orang malas hahahaa....



resipi usahlah ditanya cincai je nih....yang lain2 kentang goreng yang segera je hehehe dasar big M......cuma buat salad dan kuah cendawan jah......

Thursday, May 19, 2011

Apam gula hangus

Pagi ni buat Apam gula hangus untuk  sarapan....dah lama dah nak cuba nih tapi asyik bertangguh je....sebenarnya malas tuh nak buat hahaha...bila belek2 resipi semalam...macam senang la pulak nak buat....so cuba jela kan leh jugak bebudak nih ha bawak bekal gi sekolah huhuhu......
takde bekas nak kukus letak je kat dalam acuan tart shell nih...ok jugak cuma nipis sikit lorr...lain kali kena beli acuan apam yang macam mangkuk kecik2 tu kan baru cun.....
ni masih kat dalam pengukus lagik nih baru masak...panas2....

ni lak dah dikeluarkan dari kukus tunggu sejuk dulu baru nak keluarkan dari acuan

ni yang dah dikeluarkan dari acuan...bersedia untuk diletakkan dalam bekas untuk bawak bekal hehehe....


resipi senang je....ambik kat my resipi kalau tak salah laa.......credit to myresipi

APAM GULA HANGUS

Bahan-bahan ( untuk sekeluarga. )

  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 sudu teh soda bikarbonat.
  • 1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara-cara

  1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
  2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
  3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
  5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
  6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.
  7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

Thursday, May 5, 2011

puding roti

hari selasa lepas teringin nak makan puding roti...kebetulan memang cuti hari tu sebab nak hantar bujang kenit pergi klinik untuk injection 1 tahun 6 bulan...no..no...no...ahmad bukan baru nak masuk 1 tahun 1/2 tapi dia dah 1 tahun 7 bulan...ni semua kes takde dos la masa dia cukup 1 tahun 1/2 hari tu...so balik aje dari klinik terus buat puding nih.....senang je nak buat....
urmm...nyaman je anak tekak lepas dah sejukkan dalam peti ais...maka termakbul lah hajat dihati ku....budak2 makan sikit je yang selebihnya maknya yang makan huhuhu...bujang kenit tak gemar sama dengan ayahnya...huhuhu...resipi sama je dengan orang lain buat...cuma tabur kismis bagi nampak menarik sikit...ni semua kes nampak Dr. Nik bawak balik puding roti yang dia beli kat Grand Seasons hotel.....last2 tak sedap huhuhu...sedap lagi yang me buat hehehe...

sekejapan licin....hehehe...mak makan dekat separuh hahaha....terbaiikkkkkkk....

klik ni juga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails