jom klik-klik nuffnang

anak-anak

anak-anak

Monday, July 11, 2011

HAMPA VS PUDING KARAMEL

oleh kerana kehampaan tak dapat nak ke putrajaya menengok floria 2011......meh la sesama kita layan buat puding gula hangus atau puding karamel hasil nukilan kak nanirostam yang famous amos tuh.....memang sedap lemak berkrim disukai ramai.....terliur tengok kat rumah si Ai....lama dah ambik resipinya kat rumah kak nani nampak simple je so ambik je tak buat2.....tapi bila tengok entry si Ai kata anak2 dia hari-hari nak tu yang tak teragak2 nak cuba gak.....tapi buat separuh je sebab telur ada 4 bijik je....ni kes maleh nak turun bawoh gi kedai.....so pudingnya kecik jela.......sedap slurppppp..lain kali leh buat lagi.......

 ini belum ditelangkupkan lagi masih dalam periuk kecik..wakaka ni kes takde loyang kecik nak letak dalam kukus......sebab kukus me kecik je heehhe...

 ni dah diterbalikkan huhuhu......tergolap skit kekdahnya gula hangus tuh.....so tak golden ler kalernya......sodap jugak

 cer tengok cer tengok....mengancam tak huhuhu...........sedapnya makan sojuk-sojuk....nyaman je tekak.

 dah potong.......jom makan...

 layan........


licin sekali hadap...leh buat lagi lain kali senang yo buatnya.......kak nani mohon copy paste resipi kat sini ye..

RESEPI PUDING KARAMEL
Langkah 1...
Sediakan periuk pengukus di atas api dapur.
Langkah 2
2 sudu makan gula
Sebji loyang.
Cara-cara...masukkan gula di dalam loyang dan letak loyang di atas api dapur dalam masa lebih kurang 2 minit. Kacau gula sehingga berwarna kuning pekat keemasan. Angkat dan ketepikan.
Langkah 3
7 biji telur grade A.
1 tin susu pekat.
1 tin air (guna tin susu tadi)
1 sudu teh esen vanila (imported)
Cara-cara....dengan menggunakan sudu garpu, pukul telur menggunakan tangan sehingga sebati. Masukkan susu dan air....kacau lagi dan masukkan esen vanila. (Masa mengacau dianggarkan selama 5 minit).Selepas itu tuang bancuhan telur tadi ke dalam loyang yang ada gula hangus tadi dan kukus.Dalam masa 20 minit...angkat dan telangkupkan di atas pinggan besar. Potong dan sejukkan sebelum di makan.

5 comments:

  1. nampak sedapnyaaa puding karemal ni... glamour kan resepi kak nani tu... ada ambik juga resepinya... tapi tak sompek nak buatnya... hehe

    ReplyDelete
  2. salam shiori...ada lagi tak?nk tumpang makan la kat sini.nampak sedap!!

    ReplyDelete
  3. wau, sedapnya.. blk kg, mak sop mmg selalu buat :)

    ReplyDelete
  4. 4 bijik pon menjadi! hehehe...

    ReplyDelete
  5. sikit bonar buat puding tu..cukup ker..

    ReplyDelete

klik ni juga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails