jom klik-klik nuffnang

anak-anak

anak-anak

Wednesday, March 17, 2010

ayam panggang madu lagi

huhuhu...dah lamanya tak buat entry..malas benar semenjak dua menjak nih...taktau la apa nak jadi...blog pun dah berabuk bersawang dah..
sejak2 tak sihat ari tu sampai la sekarang macam takde mood je nak update blog...ermm..pengunjung pun dah berkurang dan semakin berkurang la ni....lagi la malas rasa nak update...tapi takpe la...masukkan je la entry masak2 cuti sabtu ahad ari tu....kali ni buat ayam panggang madu lagi tapi guna sekor ayam.......so puas la makan bebudak yang kelaparan sentiasa masa cuti sekolah nih.....

makan dengan sos lada hitam
sesape yang rindu nak tengok muka budak tecik nih...ni la dia ahmad masa umur 5 bulan lebih..ehehe dah pandai main2 dengan abang2 and kakak2...dah pandai angkat bontot kalau orang agah dia...

Friday, March 12, 2010

muffin coklat chips

dah lama dak aina request suruh buat muffin sebab dia nak bawak bekal gi sekolah agama...nak makan dengan kawan2 katanya.....tapi 2,3 ari ni badan rasa tak sihat je....tekak perit...hidung plak asyik berair je...kepala berat...pukul 9.30 abis cite panda man kat 8tv terus ajak si kecik tu tido....ok lah berbalik kepada muffin tadi..(chewah dah macam chef lak ni)
semalam buat jugak la tak sampai ati tengok muka monyok kak aina tuh....sian dia sampai sekolah dah nak cuti baru mak buatkan....
sampai pukul 12 malam baru siap membakarnya...
kali ni gambar disertakan sekali resipi supaya tak tertanya2 pembaca blog sekalian..hehehhe....
resipi ni main salin je dari internet dah tak ingat resipi sape...harap tuan resipi halalkan ya kita publish kat sini.....

ni dah simpan dalam bekas dapatlah dalam 22 biji...cup saiz medium tu...

seperti yang dijanjikan ini lah dia resipinya...

Muffin coklat chips

Bahan2

250 gm tepung gandum
2 s/b serbuk koko
160 g gula halus
1/2 s/t soda bikarbonat
2 s/t baking powder
1 biji telur gred A
1 s/k esen vanilla
90 ml minyak sayur
250 ml susu segar
100 gm coklat chips

Cara2
Ayak bahan-bahan kering iaitu tepung, serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder.
Campurkan bahan yang diayak tadi bersama gula.
Didalam bekas berasingan campurkan minyak sayur, susu segar, esen vanilla dan telur. Kacau sebati, kemudian masukkan bahan kering tadi kedalam campuran bahan basah.
Kacau sebati, kemudian masukkan coklat chips. (Tinggalkan sedikit coklat chips untuk hiasan)
Gaul sebati.
Alas acuan muffin dengan cawan kertas.
Kemudian boleh lah masukkan adunan muffin kedalam cawan kertas tadi sehingga 3/4 penuh.
Tabur sedikit coklat chips diatas untuk hiasan.
Panaskan oven selama 10 minit.
Kemudian boleh lah dibakar muffin tadi dengan suhu 160C selama 20-22 minit bergantung kepada oven.

sekian....selamat mencuba..hehehehe

Thursday, March 11, 2010

drawing again

drawing ni buat saje-saje je.....tapi belum siap lagi nih maleh nak siapkan..so enjoy je lah yang ada ni ye.....nak tulis bebanyak pun cam takde mood je 2 - 3 ari ni nak post entry....mana nak carik mood ni taktau la...huhuhu


Monday, March 8, 2010

masak-masak hari ahad

hari sabtu lagi dah rancang nak masak mee bandung muar...tapi encik hubby lak request nak makan lontong, nasik impit n kuah kacang...so petang tu bergegas la pegi hero beli bahan-bahan nak buat lontong...
tercapai jugak la hasrat hati nak makan lontong pagi ahad tu...resipi tak payah la ye sebab biasa je....

puas la bebudak tu makan bertambah-tambah senang hati maknya tengok hehehe....

petangnya lak masak la jugak mee bandung muar sebab abang request nak makan mee bandung macam kat giant tuh...ari tuh tak puas makan sebab rasa sikit mak punya je....
dak aina pun makan bertambah-tambah dia...selalunya tak pernah selera macam tu sekali...hehehe sedap la tu agaknya....

Friday, March 5, 2010

Resipi Pizza

huhuhu...hari ni baru nak taruk resipi pizza nih...walhal janji dengan hafizsidah nak masukkan petang semalam...maaf la ye sebab bz skit semalam..tak sempat nak taip pepanjang..nak buat entry lelain pun tak sempat...seperti yang dijanjikan tadaaa...harap hafizsidah puas hati la ye...jangan serik datang blog akak...hehehe...selalu je malas nak masukkan resipi...

Pizza

Bahan-bahan

Kulit
500 g tepung gandum (kalau nak guna tepung roti leh jugak)
1 packet yeast mauripan
1 s/k gula
1 s/k garam
1 s/b margerin atau shortening
1 cawan air suam
1/2 cawan minyak

resipi ni untuk 2 keping pizza sederhana

cara-cara

gaul rata semua bahan hingga betul2 lembut
tudung adunan dengan kain lembab atau plastik hingga naik 2 kali ganda
tumbuk-tumbuk adunan untuk keluarkan angin
bahagi adunan kepada beberapa ketulan
bulatkan adunan dan leperkan mengikut besar yang dikehendaki
biar adunan naik sedikit (biar lebih kurang 15 minit)
bakar dalam oven yang telah dipanaskan 180'C selama 10 minit atau lebih
keluarkan dan tabur bahan inti dan topping
bakar lagi hingga keju cair

inti pizza

2 ketul dada ayam/250 g daging kisar
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji capsicum kecil
3 keping nenas
1 cawan cendawan butang (potong nipis)
2 biji tomato
100 g parutan keju mozarella
1 s/b minyak
3 s/b cili sos
1 cawan tomato sos
1 s/k serbuk daun oregano
sedikit garam

cara-cara

potong dadu semua bahan
tumis bawang yang telah dimayang sehingga layu
masukkan ayam dan garam serta daun oregano
masukkan pula cili sos dan tomato sos
kacau hingga pekat
ratakan inti atas kulit pizza
tabur tomato, nenas, capsicum, cendawan dan keju diatas inti tadi
bakar hingga masak

Thursday, March 4, 2010

Resipi Biskut Coklat Chips

seperti yang dijanjikan inilah dia resipi biskut coklat chips...khas untuk hafizsidah dan eyra yang mintak me letakkan disini..
baru ingat resipi ni ambik dari blog kak hanieliza...chef yang terkenal tu...mintak halal ye kak...tapi me dah edit sikit untuk dapatkan bentuk bulat....dan dah tambah benda lain sebagai ganti nestum tuh...kalau nak tengok resipi asli leh tengok kat blog kak hanieliza ye...

Biskut Coklat Chips

Bahan-bahan

250 g butter
160 g gula perang
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla

Bahan B (gaul rata)

230 g tepung gandum (akak tambah sikit supaya senang dibulatkan)
20 g serbuk koko (ayakkan bersama tepung gandum supaya sebati)
100 g coklat chips
50 g coklat chips putih
50 g badam cincang (bakar atau sangai)
50 g cornflakes (dikisar)

Cara-cara

1. Gaul butter dan gula hingga sebati (jangan gaul terlampau lama nanti biskut kembang sangat)
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla...kacau rata.
3. Masukkan bahan B dengan perlahan...gaul sebati dengan senduk kayu.
4. Bulatkan adunan menjadi sebesar guli dan leperkan sedikit.
5. Letakkan adunan didalam loyang dan bakar pada suhu 170'C selama 20-25 minit didalam oven yang telah dipanaskan.
6. Sejukkan kemudian boleh lah disimpan didalam balang kedap udara.

p/s akak letak coklat chips kat atas sebab anak-anak suka macam tu...
suhu dan masa membakar bergantung kepada oven dan oven hendaklah dipanaskan selama 10 minit sebelum mula membakar biskut...

Wednesday, March 3, 2010

gali-gali contest

hehehe...dengar tajuk cam lucu je...terus teringat lagu salleh yaakob dedulu....gali lubang tutup lubang pinjam uwang bayar hutang......
tujuan entry nih bukan nak cite pasal lagu salleh yaakob tuh...ni tajuk contest terbaru kat blog popular tuh..kasehabadi.blogspot.com...
me terpanggil untuk join sesaje la mana tau bak kata tuan empunya blog merasa me pakai telekong mahal sape tau kan...huhuhu...
ni dia syarat2 contest tersebut.....
me copy n paste je dari blognya...


Kasehabadi.blogspot.com kini menganjurkan contest yang diberi nama Gali-Gali Contest.Anda cuma perlu baca dan tinggalkan komen disetiap entry baru.kalau tiada entry baru..makanya anda perlu la gali menggali entry-entry yang lama.Tak perlu jadi followerkalau jadi pun bagus jugak cuma buat entry menggunakan tajuk Gali-Gali Contest dan lekatkan banner diatas beserta backlink contest ini disidebar blog anda bertujuan untuk promosi.Senang kan? mari kita lihat syarat-syarat penyertaan:-

1.Terbuka kepada semua blogger lelaki/perempuan.
2.Mestilah mempunyai blog sendiri dan blog mestilah melebihi usia 1minggu.
3.Setiap Komen mestilah tidak kurang dari 30 patah perkataan.
4.Hanya 1 komen pada setiap Entry(pada yg pernah komen di entry sebelum ni,masih boleh komen kali ke-2)
5.Contest ini bermula dari 03/03/10 dan berakhir pada 31/03/10 pukul 11.59pm.
6.Hadiah akan diberikan kepada 3 Pengkomen paling banyak dan jika penyertaan mendapat sambutan hadiah akan ditambah.
7.Hadiah untuk Gali-Gali Contest ini diterbangkan khas dari Jakarta Indonesia-Telekung Cotton Paris.

Apa tunggu lagi..mai la Gali-Gali !

haa oleh itu apa tunggu lagi mai la kita sesama menggali-gali di blog cikmin....mana tau gali-gali jumpa telekong cotton paris tuh...hehehe

klik ni juga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails