huhuhu...hari ni baru nak taruk resipi pizza nih...walhal janji dengan hafizsidah nak masukkan petang semalam...maaf la ye sebab bz skit semalam..tak sempat nak taip pepanjang..nak buat entry lelain pun tak sempat...seperti yang dijanjikan tadaaa...harap hafizsidah puas hati la ye...jangan serik datang blog akak...hehehe...selalu je malas nak masukkan resipi...
Pizza
Bahan-bahan
Kulit
500 g tepung gandum (kalau nak guna tepung roti leh jugak)
1 packet yeast mauripan
1 s/k gula
1 s/k garam
1 s/b margerin atau shortening
1 cawan air suam
1/2 cawan minyak
resipi ni untuk 2 keping pizza sederhana
cara-cara
gaul rata semua bahan hingga betul2 lembut
tudung adunan dengan kain lembab atau plastik hingga naik 2 kali ganda
tumbuk-tumbuk adunan untuk keluarkan angin
bahagi adunan kepada beberapa ketulan
bulatkan adunan dan leperkan mengikut besar yang dikehendaki
biar adunan naik sedikit (biar lebih kurang 15 minit)
bakar dalam oven yang telah dipanaskan 180'C selama 10 minit atau lebih
keluarkan dan tabur bahan inti dan topping
bakar lagi hingga keju cair
inti pizza
2 ketul dada ayam/250 g daging kisar
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji capsicum kecil
3 keping nenas
1 cawan cendawan butang (potong nipis)
2 biji tomato
100 g parutan keju mozarella
1 s/b minyak
3 s/b cili sos
1 cawan tomato sos
1 s/k serbuk daun oregano
sedikit garam
cara-cara
potong dadu semua bahan
tumis bawang yang telah dimayang sehingga layu
masukkan ayam dan garam serta daun oregano
masukkan pula cili sos dan tomato sos
kacau hingga pekat
ratakan inti atas kulit pizza
tabur tomato, nenas, capsicum, cendawan dan keju diatas inti tadi
bakar hingga masak
wah...banyak sungguh bahan2 nak guna utk wat piza eh.. ingatkan just guna cheese aje dah bole terbentuk sebutir pizza yang menyelerakan XD
ReplyDeletehehehe...mesti la jawa kalau nak sedap kena la ada semua benda tu ye.....cuba la buat...boleh je nak tambah isi apa kita nak...macam...chicken bacon ke...sosej ke...
ReplyDelete