jom klik-klik nuffnang

anak-anak

anak-anak

Sunday, July 31, 2011

MACARON OH MACARON!!!!!

minggu lepas ada masuk teka teka kat blog Cikmin....boleh check entry dia kat sini...so rupa-rupanya kita menang yeah....yeah...hehehe......tak sangka dah lama tak blogwalking and dah lama tak update blog tetiba tergerak hati nak teka n boleh kena lak.....hahaha....terimakasih la pada cikmin....merasa gak macaron dia yang famous seantero blog tuh....nak beli belum mampu lagi.....nanti la..maklum anak2 ramai beli sebekas memang tak cukup......ni pun pesan dengan dorang makan sikit2 hahaha......
memang rezeki anak2.....memula dapat tak menyabar nak makan tapi teringat pesan cikmin suruh simpan dalam fridge dulu so semalam dengan rasminya telah merasmi kan memakannya...huhuhu memang enak memang gorgeuos memang terbaikkkkkkkk....
sesetengah orang kata manis tapi bagi kita takde la manis ok je.....macaron cikmin nih....sedang2 saje...boleh kena dengan selera......memang sedap.......taktau actually rasa macaron nih sebab tak pernah beli tapi yang ni memang sedap........tak dapat nak dibayangkan huhuhu....anda lihat saje gambarnya.....kalau teringin sila2 la order ye kat sini dan boleh rasakan sendiri keenakannya.....








yang paling me suka tentulah yang coklat sebab me memang pengemar coklat tapi yang orange sedap juga, yang putih pun sedap juga....waaa....pendek kata semua sedaplah hahaha.....ada lagi dlm fridge nanti nak buat buka puasa....hmmm.

Wednesday, July 13, 2011

Wordless wednesday???

Hajatnya nak buat Wordless Wednesday tapi takleh la sebab kena letak jugak caption kat gambar nanti orang tertanya2 gak apa kebendanya nih tayang2 gambar hehehe.......hari ahad jalan2 bawak budak kecik nih....sibuk nak bawak beg upin ipin dia tu.....macam dah besar je....hehehe




ni la tujuan sebenarnya....nak beli novel dan buku2 untuk bebudak nih....puasa dah tak lama dah nanti time puasa takde pe nak buat leh baca buku untuk luangkan masa sementara nak tunggu berbuka....
ni novel nih untuk maknya......Apa???novel dah lama??? ye me tahu novel ni cetakan dah lama....tapi sebab yang ni takde lagi dalam koleksi so beli lah...hehehe....salah satu penulis kegemaran....ku...

ni novel baru......anak dara yang suruh beli sibuk nak baca last2 dia bosan sebab tebal sangat...huhuhu

ni novel remaja tuk anak dara tu la........

ni nomik untuk abang amin....

ni buku cerita nih untuk kak aina....dan untuk bacakan kat ahmad time nak tido.....hehehe....

dah habis cerita.....the end....wordless gak la kan...sikit je ayatnya...hahaha

Monday, July 11, 2011

HAMPA VS PUDING KARAMEL

oleh kerana kehampaan tak dapat nak ke putrajaya menengok floria 2011......meh la sesama kita layan buat puding gula hangus atau puding karamel hasil nukilan kak nanirostam yang famous amos tuh.....memang sedap lemak berkrim disukai ramai.....terliur tengok kat rumah si Ai....lama dah ambik resipinya kat rumah kak nani nampak simple je so ambik je tak buat2.....tapi bila tengok entry si Ai kata anak2 dia hari-hari nak tu yang tak teragak2 nak cuba gak.....tapi buat separuh je sebab telur ada 4 bijik je....ni kes maleh nak turun bawoh gi kedai.....so pudingnya kecik jela.......sedap slurppppp..lain kali leh buat lagi.......

 ini belum ditelangkupkan lagi masih dalam periuk kecik..wakaka ni kes takde loyang kecik nak letak dalam kukus......sebab kukus me kecik je heehhe...

 ni dah diterbalikkan huhuhu......tergolap skit kekdahnya gula hangus tuh.....so tak golden ler kalernya......sodap jugak

 cer tengok cer tengok....mengancam tak huhuhu...........sedapnya makan sojuk-sojuk....nyaman je tekak.

 dah potong.......jom makan...

 layan........


licin sekali hadap...leh buat lagi lain kali senang yo buatnya.......kak nani mohon copy paste resipi kat sini ye..

RESEPI PUDING KARAMEL
Langkah 1...
Sediakan periuk pengukus di atas api dapur.
Langkah 2
2 sudu makan gula
Sebji loyang.
Cara-cara...masukkan gula di dalam loyang dan letak loyang di atas api dapur dalam masa lebih kurang 2 minit. Kacau gula sehingga berwarna kuning pekat keemasan. Angkat dan ketepikan.
Langkah 3
7 biji telur grade A.
1 tin susu pekat.
1 tin air (guna tin susu tadi)
1 sudu teh esen vanila (imported)
Cara-cara....dengan menggunakan sudu garpu, pukul telur menggunakan tangan sehingga sebati. Masukkan susu dan air....kacau lagi dan masukkan esen vanila. (Masa mengacau dianggarkan selama 5 minit).Selepas itu tuang bancuhan telur tadi ke dalam loyang yang ada gula hangus tadi dan kukus.Dalam masa 20 minit...angkat dan telangkupkan di atas pinggan besar. Potong dan sejukkan sebelum di makan.

Wednesday, June 29, 2011

Pizza...

Kali ni buat pizza guna resipi dari ros kat sini....terimakasih ye ros...akak mohon CnP kat sini ye......memang sedap lebih lembut rotinya dah lama pun masih lembut lagi...so better stick to this one lain kali....
layan gambar........
dan ini pulak resipinya.....tadaaa......

Pizza
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

*Untuk Doh*
250gram tepung roti
1/3 sudu kecil garam
1 sudu besar skim milk@susu tepung
1 sudu besar gula
1/2 biji telur
1 sudu besar marjerin ( boleh ganti denga butter atau shortening)
110ml susu segar ( atau air suam)
1 1/2 sudu kecil yis

*untuk filling*
sosej yang telah direbus dan dihiris nipis
sedikit lada benggala, nenas dan tomato yang dihiris dadu
sedikit taburan oregano@ dry pasley

* Untuk Toping* - mix cheese@mayonis+sos cili@tomato

Caranya.

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada dua bahagian dan bentukkan bulat seperti base pizza, cucukkan dengan garpu dan biarkan naik sedikit, masa yang diperlukan lebih kurang 30 minit.

5. Sapukan setiap base pizza dengan sos tomato, ratakan ke seluruh doh, tabur kan lada benggala hijau, nenas, tomato dan sosej serta toppingkan dengan mozarela cheese.

6. Akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 16 ke 18 minit atau sehingga permukaan pizza perang., sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, Sesuai untuk sarapan dan hidangan minum petang. Selamat Mencuba.

Friday, June 24, 2011

Bila si Isteri berblog.....si suami dan anak?????

selalu je gi jengok blog si handsome n famous si Ben Ashaari nih..tapi macam malu-malu kucing lak nak join dia punya segmen....sebab kekadang takde idea nak catat...tapi kali ni nak join jugak segmen dia di sini ...nak join jugak tak kira sebab benda nih memang kena dengan me hahahah.....sebelum tu nak ucap salam perkenalan kat blogger famous Ben nih...salam perkenalan Ben silalah baca post akak yang ntah hapa-hapa nih...tidak ada yang benar melainkan yang benar belaka.......

berdasarkan pengalaman sendiri.......
Bila si isteri berblog.....si suami dan anak.......hehehe si suami bekerja dan si anak dah tidur semua......tapi sebenarnya memang banyak cabaran untuk berblog nih bila dah ada suami dan anak.......lagi la kalau nak join event2 yang jauh2 sikit anjuran blogger susah weh.....
sebab tu kekadang berhari-hari jugak blog tak ber"update" maklum lah ada anak kecik....bila kita nak menaip je dia pun sibuk sama mengetuk keyboard nih....maka merudum la mood untuk mengupdate blog hahaha......taknak bohong la kan memang banyak cabarannya.....baru nak bega-bega gambar kang ada la yang sibuk nak beriba lah.....nak susu la....nak minum la.....nak makan la......
tapi cik abang biasanya lebih sporting kalau dia ada kat rumah dia tak kisah pun nak mengadap internet asalkan makan minum pakai tersedia n kerja rumah dah habis........
lagi-lagi wanita berkerjaya macam akak nih mana nak pergi keje nak balik rumah nak kemas nak masak waaaa....penyudahnya masa yang paling afdal untuk update blog ialah tengah malam bila semua dah tido....tapi time tuh mestilah cik abang keje malam hahahah....
itu jelah kot suka duka akak seorang isteri dan seorang blogger..........hehehe..

Makaroni Bakar

Dah lama buat makaroni ni sebenarnya tapi hari ni baru nak taruk gambar hahaha........memang sedap.tambah2 kalau letak cheese banyak lagi la sedapnya....
gambar sebelum bakar dan selepas bakar......ermm..ingat nak wordless friday tapi gambar ada 2-3 keping je so cancel........hahaha ada ke orang buat wordless friday.......ada gak buat kegemaran anak2 kalau2 takut derang tak gemar makaroni bakar nih....biasa la ayam panggang madu......
ingatkan ahli rumah nih tak gemar rupanya hidang je licin.......huhuhu check it out....





klik ni juga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails