Hari Satu lepas ada mesyuarat PIBG di SKWM (1)....dari memula anak2 sekolah memang tak lepas dari menghadiri mesyuarat nih...memula dulu je tak pegi sebab dedulu hari sabtu keje so tak berpeluang lah nak hadiri mesyuarat agung nih.....sekarang tak pernah miss la walaupun bosan tapi bagus juga kita hadir sekurang-kurangnya kita tahu apa perkembangan sekolah, apa aktiviti yang dijalankan dan yang pentingnya kita tahu kemana duit PIBG rm15 yang kita bayar tu digunakan hehehehe...ini penting supaya tak sia-sia kita menderma kan.....
Mesyuarat start pukul 9.00 pagi sekali dengan pendaftaran..lupa pulak nak ambik aturcara tu masukkan kat sini supaya kita dapat sama-sama tengok....tapi macam biasa la kata je start pukul 9.00...pukul 9.40 baru la start sebab menunggu kedatangan YBhg. Dato' Ahmad Fauzi Zahari...untuk merasmikan mesyuarat agung kali ini....YBhg. Dato' ni kalau tak salah Naib Ketua Umno bahagian Setiawangsa...kalau salah info nih maaf la...sebab dengar pengacara majlis umumkan macam tu..Dato' ni jugak merangkap Ahli Panel Penasihat DBKL....
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa...ucapan gurubesar, ucapan YDP PIBG dan ucapan YBhg. Dato'.
ini ada la me snap beberapa keping gambar sepanjang majlis berlangsung...nak snap dekat2 cam segan la pulak so inilah hasilnya.
gambar ni ambik masa semua orang belum datang lagi...tengok semua kerusi pun masih kosong je hehehe...
gambar ni pulak masa YBhg Dato' tengah berucap...lawak je Dato' ni.....dimajlis ni juga beliau mendermakan RM3000 untuk PIBG dan menaja jamuan untuk mesyuarat nih...terimakasih Dato' semoga murah rezeki
ini pulak masa penyampaian sijil, hadiah dan saguhati untuk pelajar cemerlang UPSR
dan sepanjang majlis berlangsung ada cabutan bertuah dan me dapat ni hamper untuk ibu2...sebab apa me panggil hamper untuk ibu2 hehehe tengok la sendiri....semua barang keperluan rumah bukan makanan macam hamper2 biasa kita terima...wakakaka...tapi kira ok la dari pulang dengan tangan kosong hehehe...disertakan juga keychain yang tertulis SKWM (1) ni tiap2 tahun dapat.....
nombor bertuahnya ialah 155...hehehe...dan mesyuarat berakhir pada pukul 2.00 petang....
No comments:
Post a Comment