jom klik-klik nuffnang

anak-anak

anak-anak

Wednesday, March 31, 2010

Puding Roti berkismis

semalam merealisasikan permintaan anak dara sorang tu kak alia...dah lama dia mintak dari minggu lepas lagi nak bawak bekal pegi sekolah.....
baru semalam sempat nak buat...sebenarnya senang je kan nak buat "bread pudding" nih...tapi masa je takde...maklumlah sejak2 ada dak tecik nih...tak sempat nak menjalankan projek masak memasak yang remeh temeh...semalam sebab dia tido awal sempat la buat...reason jarang buat puding2 nih sebab hubby tak berapa minat........
pagi nih senyum je anak dara tuh leh la kongsi2 makan dengan kawan2....
bread pudding nih me ambik resipi dari kak hanieliza....chef tersohor tuh...terimakasih kak memang sedap menepati citarasa cuma me kurangkan gula skit sebab nak letak kismis macam permintaan anak dara tuh....dan me jugak tak buat kuah kastardnya sebab budak2 tak suka....so enjoy...

dan ini lah dia resipinya

Puding Roti

Bahan2

A

8 keping roti
500 ml susu segar

B

4 s/b gula halus
2 s/b mentega
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
1 s/b tepung jagung

cara2
1. carik-carikkan roti dan rendam didalam susu segar selama 1/2 jam.
2.kacau dan gaul rata bahan B
3.campurkan adunan 1 dan 2 dan masukkan kismis jika suka.
4.bakar dalam oven bersuhu 180C selama 30 minit atau hingga masak.

p/s masa membakar dan suhu bergantung kepada oven...me punya oven guna suhu 170C masak selama 50 minit.

terimakasih kepada kak liza......
selamat mencuba

4 comments:

  1. salam sis..sory xdapatla nak komen kat shoutbox akak..tenet sy ader prob kot..by the way akak memg bestla..cam x cayer jer ader ank limo dah ek..nak try la resipi ni nanti..

    ReplyDelete
  2. i loveeee puding roti my mom masak..tp my mom kukus...penah gak try buat tp brapa menjadik..uhuhuuu

    ReplyDelete
  3. salam sidah...ooo yeke?kalau tenet slow memang takleh bukak kan shoutmix tu

    ReplyDelete
  4. hanie akak suka yang bakar sebab dia ada kerak kerak sikit tu yang best hehehe...try la yang kak lieza punya nih mana tau jadi ke.....akak ada gak resipi puding roti kukus tuh dulu mak mertua akak selalu buat.....rasanya puding roti kak lieza ni leh gak kukus kalau tak salah la

    ReplyDelete

klik ni juga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails