jom klik-klik nuffnang

anak-anak

anak-anak

Thursday, March 25, 2010

Resipi Brownies

semalam ada jugak yang bertanyakan resipi brownies yang me buat tuh...untuk pengetahuan resipi ni me ambik dekat website mana tak ingat dah tapi yang pastinya bukan original dari me lah....so far memang guna resipi nih untuk buat brownies...memang ok rasanya memang chocolatey...
inilah dia resipinya..boleh jugak kalau taknak lapis cheese tu...kosong punya atau kalau nak curah coklat masakan kat atas pun ok...nak tabur kismis..kacang...badam..or apa saja pun ok...

Resipi Brownies

Bahan2

untuk brownies

150 g butter
225 g coklat masakan
220 g gula perang
2 biji telur
1 s/k kecil esen vanilla
100 ml susu segar
220 g tepung gandum
40 g serbuk koko
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat

cara2

Cairkan coklat masakan dan butter didalam bekas secara double boiler, ketepikan.
Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat dalam bekas berasingan.
Pukul gula perang, telur dan esen vanilla menggunakan wisk didalam bekas lain, kemudian masukkan susu segar.(jangan pukul terlalu kuat cukup sekadar bercampur sahaja)
Masukkan pula coklat masakan yang telah dicairkan kedalam campuran telur, kacau sebati.
Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak tadi kedalam campuran coklat dan telur.
Gaul sekadar bercampur sahaja.(tinggalkan sedikit adunan untuk membuat corak diatas lapis cheese nanti.....lebih kurang 2 sudu besar)
Alas acuan 10 x 10 dengan kertas minyak atau kertas biasa yang telah disapu mentega.
Masukkan adunan tadi kedalam oven yang telah dipanaskan.
Bakar selama 55 minit atau sehingga masak.
Setelah masak sejukkan sebentar barulah diletak lapisan cheese.

Bahan2

untuk lapisan cheese

250 g cream cheese
4 s/b gula perang (kalau nak manis boleh tambah)
1 biji telur
1 s/b air perahan limau nipis
2 s/t tepung jagung

cara2

Pukul semua bahan hinggu gebu dan sebati.
Tuang keatas Brownies yang telah masak tadi.
Lorekkan dengan lebihan brownies tadi untuk mendapatkan corak batik.
Bakar selama 15 minit.

tadaaa...kepada hanie sila-sila la ambik resipi dan cuba ye.......semoga berjaya...

9 comments:

  1. ohh..pasni bleh la nk try sekali..

    ReplyDelete
  2. kina ada gambar la kat bawah nu...

    ReplyDelete
  3. salam jumaat shiori. kakchik nak copy la resepi ni. masuk dlm buku resepi. naik rumah baru nanti, banyak yg kakchik nak cuba masak ni.

    ReplyDelete
  4. salam kakchik...ambik la kita panjang2 kan resipi orang ni kan dapat pahala dia...

    ReplyDelete
  5. yeah yeah...weekend nih bole try wat brownies cheese~!! harap2 menjadik lah. hahahaha..~!!

    ReplyDelete
  6. hohoho jawa buat jangan tak buat pastu publish kat blog nak tengok jadik tak...

    ReplyDelete
  7. ohh kak ...time kasih la beratkan Hanie sampai susah2 letak resepi brownies ni..thanx so much yer kak...insyaAllah akan dibuat one day...(org ni malas masak skett...huuu...)

    ReplyDelete

klik ni juga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails