jom klik-klik nuffnang

anak-anak

anak-anak

Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010

GOODBYE 2009...WELCOME 2010

Hmm....apa nak kata dah penghujung tahun ni...azam tahun 2009 belum tertunai sepenuhnya...siapa lah kita ni..yang serba tak sempurna...yang mampu ditunaikan...tunaikanlah..kan...apa yang pasti azam nak dapat baby baru dah pun tertunai heheheh......
Semoga apa yang kita lakukan sepanjang 2009 mendapat berkat dari yang maha esa...semoga kehidupan kita semua bertambah baik...semoga bertambah ramai lagi kenalan dialam cyber nih heheeheh...apa lagi nih..nak cakap taktau la...
semoga tahun baru 2010..nanti memberi sinar baru dalam kehidupan kita semua
Semoga sambutan tahun baru tahun 2010 tidak lagi tercemar oleh kelakuan anak2 muda kita yang berpesta arak, dadah, seks seperti yg terdengar dan terlihat tahun 2009 lalu...semoga....semoga...semoga...semuanya diberkati olehNya...Aminnnnn...ya rabbal alamin.......

Apa azam tahun baru anda semua?

masa google pasal tahun baru terjumpa ni kat wikipedia....thanks to wikipedia..

HARI TAHUN BARU

Hari Tahun Baru merupakan hari pertama setiap tahun dalam kalendar Gregory, yang jatuh genap seminggu selepas Hari Krismas tahun sebelumnya. Pada zaman moden, Tahun Baru ialah 1 Januari dan dijadikan hari cuti di kebanyakan negara. Tahun baru merupakan hari suci bagi kebanyakan yang masih mengikut kalendar Julian, termasuk pengikut sesetengah gereja Ortodoks Timur, dan disambut pada 14 Januari kalendar gregory kerana perbezaan antara kedua-dua kalendar ini. Tahun Baru biasanya disambut dengan bunga api.

AMALAN MODEN

1 Januari menandakan berakhirnya tempoh mengingati peristiwa-peristiwa tahun yang berlalu, terutamanya di radio, televisyen, dan dalam akhbar, yang biasanya dimulakan selepas hari Krismas. Hasil penerbitan sering mengeluarkan rencana akhir tahun yang mengimbas kembali perubahan yang berlaku sepanjang tahun yang lalu. Topik-topik yang sering dibincangkan termasuk politik, bencana alam, muzik dan seni, dan senarai individu terpenting yang meninggal dunia sepanjang tahun yang lalu. Selalunya ada juga rencana mengenai perubahan yang dirancang atau dijangka pada tahun akan datang, seperti menghuraian undang-undang baru yang selalu berkuat kuasa mulai 1 Januari.

Secara tradisi, hari ini merupakan hari jamuan keagamaan, tetapi sejak 1900-an telah menjadi upacara keraian pada malam 31 Disember, iaitu Malam Tahun Baru. Pertunjukan bunga api sering diadakan pada tengah malam. Bergantung kepada undang-undang sesebuah negara, orang ramai boleh dibenarkan menyala bunga api, meskipun dilarang berbuat demikian pada hari-hari lain.

Membuat azam Tahun Baru menjadi peristiwa yang penting, iaitu apa yang seseorang yang berharap akan tunaikan pada tahun akan datang; antaranya berhenti merokok atau minum arak, mengurangkan berat badan atau meningkatkan kesihatan fizikal.

Di semua negara yang menggunakan kalendar Gregory, kecuali Israel, Hari Tahun Baru ialah cuti umum.



SEJARAH

Hari Tahun Baru asalnya disambut pada 15 Mac dalam kalendar Rom lama, sebelum dibawa ke 1 Januari pada tahun 153 SM, apabila dua orang konsul Rom ketika itu, yang memberi nama mereka pada kalendar itu, dilantik pada tarikh itu atas sebab-sebab ketenteraan.

Kebanyakan negara di Eropah Barat secara rasminya menerima 1 Januari sebagai Tahun Baru lebih kurang sebelum mengamalkan kalendar Gregory. Kadang-kala ini dipanggil Gaya Sunat, kerana tarikh ini pernah dijadikan Kenduri Sunat, iaitu hari yang kelapan apabila dikira mulai 25 Disember.

Wednesday, December 30, 2009

jalan-jalan cari makan

terliur tengok iklan pizza kat tv tu....ari ahad lepas gi la makan pizza kat pizzahut...puas la makan...tapi malangnya waitress tu tertinggal satu menu....bread stick dia lupa nak bagi...takpe la janji dapat makan pizza baru tu...yang ada cornflakes tu...hmmm lupa lak apa namanya.....
gambar pizza takde sebab sampai je terus ngap sebab masing-masing dah kelaparan sebab penat jalan2 kat giant gi beli barang sekolah....jom....pizza
layannnn.......











Tuesday, December 29, 2009

mandi-manda kat desa water park




hari sabtu lepas sempena cuti2 dan cuti sekolah bawak la anak-anak mandi kat desa water park....
pergi lepas zohor...dalam 1.40 macam tu....bawak la bekal..me just masak spaghetti je malas nak masak....
nak jadikan cite...kami tersesat sampai ke serdang...tapi boleh la dimaafkan sebab first time pergi ni........puncanya sebab hubby ingat on the way ke serdang sebenarnya dia disepanjang lebuh raya kl-seremban...hohoho...co-pilot yg tak cekap adesss.....
last-last sampai sana pukul 3.30...sian anak2 dah penat round dunia baru sampai....masing2 memula excited dah macam nak nangis je....
sampai2 lak tak boleh bawak bekal ke dalam...so tanya anak2 nak makan dulu ke?...dorang semua nak mandi dulu...sebab nanti kejap je dapat mandi..water park tutup pukul 6 tapi boleh mandi2 sampai pukul 5.30 saja.....
bayaran masuk dewasa RM20....kanak2 bawah 12 tahun RM14...boleh la puas jugak anak2 mandi....so layannnnn...gambar..kat bawah nih.....



anak dara kecik dalam changing room



kakak alia


kak aina



adik ahmad n hubby



abang amin



abang firdaus



kembar tak seiras hehehehe.....



ni si kecik marah sebab tak dapat mandi hehehe...



me n my kids




















Monday, December 28, 2009

dapat pc baru

ari khamis minggu lepas kitorang dapat pc baru......jadi le walaupun jenama lenovo....ok la beso skit nak nengok gambo kat monitor ni...takla sakit mata...suka...suka....

bye bye pc lama.....



welcome pc baru

Sunday, December 27, 2009

jalan2 ke palace of the golden horses



ari tu kami sekeluarga berpeluang ke palace of the golden horses...atas sebab masuk Narsqo punya program...kami dijemput untuk datang ke sini..ada hotel tour, free medical check-out..pastu kitorang jalan2 la kat keliling untuk ambik gambar kenang2an.....inilah antara gambar yg dapat kami snap pada hari tersebut....

gambar ni paling suka...nampak cantik sangat..anak dara 2 orang ni nak tangkap belon...






















Saturday, December 26, 2009

roti kismis

ini la dia percubaan pertama buat roti kismis...jadi ke tak.....tak tau la...macamana ada rupa roti kismis dok? ye..puan..puan...pakar roti sekalian macamana? lulus tak....roti ni uli pakai tangan je....resipi ambik kat myresipi..kalau tak salah resipi roti strawberry...tapi dah tuko jadi roti kismis lak...nantila ada masa me taip resipinya...kat sini ok...masa nak masukkan telur dlm adunan jumpa lak telur yg ada 2 kuning telurnya.....



takde acuan so letak je dalam acuan kek n muffin

before






after





Friday, December 25, 2009

detective conan edogawa

ada sesape yag minat anime tak?....huhuhu...dah tua bangka tapi masih minat anime....salah satu yg me minat detective conan....ada collection komiknya...dari no.1 sampai 64....tengah tunggu yg latest tapi belum sampai kot...

ini me lukis masa frust tak dapat tengok TV seriesnya sebab TV3 siar masa time keje..huhuhu..maklumlah skang kan cuti sekolah jadi banyak anime n kartun disiarkan time weekday...
so layan.....colour still use photoshop...photoshop make things easy....chewaah promote lak nih...

before colour (guna pensil 2B)



after colour (guna Photoshop) huhuhu masih lemah lagi nih...kena belajar banyak dgn cik abang nih...





Thursday, December 24, 2009

birthday kak aina, kak alia & abang amin

sambut birthday sekali hari tu....1 hb disember...malas nak buat kek banyak2...baru nak masuk entry....
yang penting ada kek n hadiah...dah cukup seronok bebudak tuh..janji ada hadiah ok je....

p/s: kak aina nak kek ulat bulu...macam yang dia tengok kat C4 ari tu..hih mana la mak nak carik ulat bulu ni...bantai je la taruk choco jelly yg bulat2 tuh susun2 atas tu...then taruk buttercream untuk buat bulu2nya...jadik la..ok la tu dia suka...

ini le rupa kek nya setelah dideko oleh maknya yg tak pro nih....



pasang lilin



after

Wednesday, December 23, 2009

masak-masak

ayam panggang ni buat masa hari ahad lepas....maklumlah cuti2 sekolah nih macam2 permintaan dari anak2...asyik lapar je memanjang...ayam ni kami makan dengan nasi putih je...sambil tu buat sambal sotong...tapi sambalnya tak sempat nak ambik gambar....so layan...resipi kalau tak salah ambik kat myresipi....kalau nak resipi gi sana la ye malas nak taip.....hehehehe.....so layannnnn.....

ni ayam masa dalam oven lagi



ni ayam dah sedia untuk dingap

Tuesday, December 22, 2009

potret again

potret ni lukis tahun lepas untuk adik angkat...memula beria-ria suruh buat pastu bila dah siap taknak lak datang ambik...hmm..manusia ni memang selalu nak free je kan? kalau kata kena bayar je terus tak jadi ambik....mana ada benda free kat dunia kan? itu belum kira kos kertas, colour, pensil dan kepenatan kita melukisnya....apa-apa je la....
layaaannnnn......

Monday, December 21, 2009

ahmad...

inilah dia baby yang bertuah tu...senang sungguh dia lahir tapi orang lain yg menyusahkan keadaan...
ini masa baru lahir......



ini pulak masa sebulan



ini masa 2 bulan



and this is the latest pic of him

Friday, December 18, 2009

sambungan

yeah....continue the ngeri's experience...
bila me suruh hubby buka seluar terus Dr.M.O. tu kata.."jangan bukak" huhuhu..sadis betul la....my baby masa tu tak nangis pun dalam hati dah risau...my hubby masa tu dah nak marah....lepas tu ada la sorang nurse tu kata "awak tunggu dulu nanti kitorang ambik peralatan jap"
kalau sorang je blah takpe la..ni dengan Dr. tu pun blah tinggal la me n hubby..tercengang2 kat situ...masa ni hubby dah merungut2 n marah2....
my baby still tak nangis lagi hati dah cuak....tanya hubby baby mana? hubby cakap ada kat situ lagi...pastu nurse n Dr. tu sekali ramai2 datang baru la dorang potong tali pusat then ambik my baby bungkus dgn kain...masa ni baru la my baby nangis....(later on baru me tahu kenapa my baby tak nangis masa lahir tu....coz dia lahir bersarung) hubby masa ni dah marah2 sebab takut jadi apa2 pada me n baby...masa ni dorang tak mandikan baby terus bagi kat hubby suruh azankan......
pastu lepas dah kuarkan uri semua...dorang bagitau kena gak masuk labour room kena buat sticthes sebab koyakkan tu besar...kat sini lagi sekali hubby bengang giler takde sorang pun nak tolakkan trolley ke labour room...terpaksa la hubby tolakkan....then orang dalam labour room dah kecoh pasal me dah bersalin kat ward....dorang tanya2 nape tak sempat hantar kat labour room....hubby merungut2 dia....me just diam je nak buat macamana takkan nak tahan2...baby nak kuar dah kan?
but satu yang buat me calm down bila sister kat labour room tu leh kata" takpe la dik kitorang tak kisah pun nak bersalin kat mana pun asal dah sampai maternity hospital...ada orang tu bersalin atas trolley ok je" huhuhu...lega skit bila me dengar dia cakap camtu.....the rest ok.....
apapun lepas ni me dah serik la.. nak bersalin lagi kat hospital tu..hehehe...macam la nak anak lagi pasni...hehehe...by the way this is the last baby in the family...cukup2 la...kan umur pun dah tua..hehehe...
the end....and the rest is history...hahahha

Thursday, December 17, 2009

pengalaman ngeri semasa melahirkan ahmad

huhuhu...tajuk tak boleh blah....
ngeri la sangat....
mana nak mula yek? ok la start from the day the constractions begin....
hari ahad 27/09/09 tu bangun pagi tu tengok2 ada darah keluar terus kejut hubby ajak gi hospital...hospital mana biarlah rahsia...chewah macam ct nurhaliza lak....cepat2 ambik beg barangan baby n me..yang dah disiapkan sebelum ni..
kitorang pun bergegas ke hospital..nasib la jalan tak jem...tapi rasa sakit takde sikit pun....sampai kat PAC nurse interview skit....bla...bla...bla...terus check bukaan..dapat lak Dr.M.O..katanya bukaan baru 3cm...so kena masuk ward...
sampai kat ward cam biasa la check denyutan jantung baby ok...
malam tu dah start sakit dah....dalam 1 jam sekali...
langsung tak boleh tidur.....
dalam pukul 5.00 sakit dah makin kerap n darah pun keluar lagi bagitau nurse....diorang kata "ala kak biasa la tu...itu salah satu tandanya" nurse tu suruh pegi depan check bukaan lagi sekali...M.O gak yang check kata bukaan baru 3 cm...hish takkan la rasa macam dah kerap sangat dah sakit ni....dalam hati menyumpah macam la me tak tahu...camner rasa nak bersalin...anak dah 4 kan....so balik kat katil me telefon hubby suruh dia datang cepat sebab rasa sakit dah ni....pukul 6.00 hubby sampai gi sembahyang subuh dulu..masa ni ada nurse datang check perut dia kata akak ni gesaan tu tak kerap lagi...lambat lagi ni nak bersalin...lagipun akak dah lama tak bersalin tu sebab susah...hiii....taktau la apa nak cakap...kita tau la kita dah nak bersalin ni..lagi cakap macam tu...pastu..mintak hubby tolong buatkan air susu...nak makan roti sikit...rasa lapar sangat....tengah2 makan tu sakit datang lagi kali ni dgn rasa nak meneran dah panggil nurse sorang pun tak datang....then air ketuban pun pecah...suruh lagi hubby gi panggil nurse sebab me biasa kalau air ketuban pecah terus je bersalin...tak lama tu ada la sorang nurse datang...dia boleh tanya "akak boleh tak berjalan pergi labour room" apa punya bangang punya soalan daaa...orang dah nak beranak ni...kepala baby pun dah kuar...me cepat-cepat naik atas katil takut baby jatuh atas lantai lak.....bila me naik je katil terus baby kuar.....masa tu dah la pakai seluar dalam......bila baby dah kuar je nurse yg sorang tu cepat2 panggil Dr. M.O. tadi..semua berkumpul kat katil nak tengok....masa ni me suruh hubby tanggalkan seluar sebab baby dah tersepit kat dalam tu.....
uiihh panjang lagi cite nih...
to be continued......

Wednesday, December 16, 2009

dragon ball

son goku ni me lukis masa ada battle kat pergh.com....siap colour pakai photoshop lagi...sakit jugak nak menyudahkan colouring ni..maklumlah dah lama tak guna photoshop untuk buat colouring drawing...selama ni asyik guna untuk edit gambar je...haaa...sekali kena buat colouring naik pitam kepala ni dibuatnya....apa daa...melalut je..layan.....

BEFORE



AFTER

Monday, December 14, 2009

i'm back


i'm back after 2 month confinement period......banyak kisah suka duka pengalaman delivered my 5th child ni...huhuhu..kalau ingat2kan ngeri pun ada....nanti la ada masa akan diceritakan jugak kat sini....
and for the time being...taddaaaaaa.......
here's my second artwork...buat ni pun sekadar suka-suka je bukan apa sekadar mengisi keperluan mental....ada ke orang nak tengok? layankan je la....

klik ni juga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails