jom klik-klik nuffnang

anak-anak

anak-anak

Friday, November 25, 2011

Gelagat orang terlepas dari kurungan

Tengok la gelagat si Ahmad ni masa mula2 keluar dari ward hari tu...kesian dia terkurung je kat ward 4 hari 3 malam....sampai menangis2 hari2....agaknya dah bosan duduk dekat ward tu.....kalau boleh keluar memang nak bawak dia keluar jalan2...tapi sebab tangan bercucuk sana-sini...kang tercabut lak jarumkan...itu pun dah banyak kali cucuk sebab asyik tercabut je jarumnya....Ahmad ni walau pun sakit atau demam tapi dia tetap lasak jugak macam selalu kecuali kalau time lelah tu melepek jela kan...takleh nak buat apa......so ni la jadinya bila terlepas dari kurungan hehehe......takmau turun pulak dari kereta mainan nih...huhuhu...layan jelah gambar dia ni.......





Tuesday, November 22, 2011

Malaysia menang pingat emas

Memang best tengok bola malam tadi.....banyak gak adegan2 yang suspen untuk dilihat buat orang tension pun ado.....kalau orang ada sakit jantung mau kejung dah huhuhu maklum la goal semua sipi2 je....
tapi akhirnya Malaysia juara seperti diramalkan...
geram tengok pemain Indonesia yang banyak bantai kaki pemain Malaysia huhuhu....sakit kaki si fakhri dan Kapten si badrul asyik kena rembat je
Apapun tahniah kepada pasukan Malaysia......Anda lah juara....

Friday, November 18, 2011

My Nuffnang story

Hari ni nak cerita pasal macamana mula2 kenal dengan Nuffnang......bila pergi blog kawan2 blogger semua ada advertisement nih...so rasa teruja juga nak letak dekat blog......satu hari tu masa jalan2 ke blog Ceeramoon...tengok-tengok dia ada buat tutorial pasal nih...me pun pergilah usha dekat website Nuffnang.....
Bila dah pasang Nuffnang nih dekat blog memang teruja je rasanya nak dapat first cheque dari mereka.....
event pertama yang me join ialah event "Gatsby Deodorant Street Fair"...nih..



 memang best sebab dapat jumpa banyak bloggers yang dah famous salah seorang yang me jumpa masa tu ialah kakinakl
memang la teruja bila dapat jumpa blogger yang famous amous macam dia....
Memula segan jugak nak tegur last2 tegur jugak la kan kalau tak bila lagi nak jumpa dia…….ada juga jumpa Hanalovenest…….tapi just tegur je tak ambik gambar pun sebab masing2 teruja nak main games yang disediakan……memang best sebab dapat banyak hadiah dan goodies dari Gatsby….huhuhu………

Masa event ni jugak dapat sijil sebab perhimpunan bloggers terbesar…..so masa nak ambik sijil nih memang teruja sangat sebab tak pernah pergi office Nuffnang nih…so dengan bertemankan anak bujang dan anak dara…kami pun try la carik sendiri…..malangnya tak jumpa…..so sms kak intan mintak no hp kakina…sebab dia biasa pergi office Nuffnang ni…..so call kakina lak tak dapat mula2…pastu sms dia…dia tak balas mungkin busy kot…then try la cari atlast jumpa jugak……boleh baca cerita lanjut kat
sini….


Kemudian ada jugak join peraduan2 anjuran Nuffnang nih..boleh lihat kat sini...
kat sini juga....hehehe...dan kat sini..malangnya tak pernah lagi dapat hadiah….hehehe….mungkin belum rezeki kot…mana tau nanti ada rezeki leh dapat tiket yang kat bawah nih...
 and boleh pergi ke award nih....glamour la kau kalau dapat gi sini hehehe....

Buat entry pun dah last minute......kau ada hati nak gi ke Award nih……
Apapun kalau korang nak join boleh lah ke sini…….
Come 16 December 2011, 500 bloggers from around the Asia-Pacific region will flock to Kuala Lumpur, Malaysia for the Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011 in Putrajaya Marriott. The Awards aims to not only honour the region's best bloggers, but also to bring together blogger communities from across Asia-Pacific. The Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards is brought to you by Volkswagen Malaysia and Putrajaya Marriott.
Mesti best kan dapat jumpa ramai kawan2 bloggers dari Malaysia dan dari luar juga…..boleh la mintak tips macamana nak tingkatkan traffic blog hahaha…..


Wednesday, November 16, 2011

wordless wednesday #10

rindunya saat-saat nih........



Monday, November 14, 2011

Selamat menduduki peperiksaan Abang Firdaus

 abang yang pakai baju gelap....masa hari graduasi kat sekolah


Dia seorang yang manja...dulu2 masa kecik2 marah sikit nangis...pukul sikit nangis...walaupun macam tu dia memang nakal sikit...tak sangka budak nakal nih dah besar dah nak habis sekolah dah......huhuhu
Selamat menduduki peperiksaan buat anakanda sulung Muhammad Firdaus....semoga beroleh kejayaan yang cemerlang didalam SPM.....mak sentiasa doakan.....

Friday, November 11, 2011

11.11.11

Apa ada pada tarikh ini.....tarikh ahmad discharge from HKL....Alhamdulillah....

Wednesday, November 2, 2011

Selamat Hari Lahir untuk Aina Aqilla pula

Selamat harilahir untuk Nur Aina Aqilla semoga panjang umur murah rezeki jadik anak yang baik dan solehah...semoga Allah sentiasa melindungi Aina dimana sahaja berada....
Mak sentiasa doakan........
ermmmm...pagi tadi dah bagi hadiah kat dia....nampak happy je dengan hadiah tu...maknanya suka la tu.....tak sempat lagi nak buat kek untuk dia tengok la nanti mungkin sambut sekali dengan birthday maknya semalam dan birthday kakak Alia on 9th November....beli kek besar sikit hehehe........


Tuesday, November 1, 2011

Selamat Hari Lahir for me!!!!


 photo kredit to karangkraf

Selamat ulangtahun yang ke.......for myself...semoga dengan bertambahnya umur makin bertambah matang dan sabar dalam menharungi kehidupan.....
Pagi2 tadi anak dara2 n anak teruna2 dah ucapkan Happy birthday untuk maknya......anak dara2 dah bagi hadiah tapi anak teruna2 belum lagi hik hik hik......
Mr.H pun belum bagi hadiah lagi...sebab belum jumpa dia lagi....kena tunggu petang la baru dapat hadiah kot....
anak teruna nun jauh dimata...dah ucap Selamat Hari lahir awal pagi tadi pukul 1.40...huhuhu....tak tido agaknya sebab study untuk exam SPM...lagi 2 minggu...hmmm...tak ada apa nak wish...semoga kebahagiaan sentiasa bersama kami......Amin......

klik ni juga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails