jom klik-klik nuffnang

anak-anak

anak-anak

Friday, October 29, 2010

Mayat berlipat dalam beg

sedihnya bila tengok buletin utama malam tadi..pasal kes remaja mati disumbat dalam beg nih...tapi tak dengar betul2 ingatkan remaja belasan tahun rupanya remaja awal belasan.....12 atau 13 tahun...huhuhu sedihnya sebaya dengan anak kita kan...kenapa lah ada manusia yang kejam macam nih kat dunia nih....

kredit to harian metro online
AMPANG: Mayat seorang remaja perempuan dipercayai dibunuh ditemui dalam beg pakaian berwarna hitam dengan tubuh dan kakinya dilipat bersama-sama sejumlah pakaian, semalam.
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Ahmad Tajol Ansar Ibrahim am@hmetro.com.my Beg berisi mayat itu ditemui pekerja bengkel berhampiran kawasan semak di tepi parit tidak jauh dari tanah rizab Jabatan Bomba dan Penyelamat di Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang, kira-kira jam 3.30 petang.

Kejadian menyayat hati itu hampir mengulangi insiden sama pada 17 September 2007 lalu apabila mayat Nurin Jazlin Jazimin, 8, turut ditemui mati dibunuh dalam beg pakaian sebelum dibuang di Petaling Jaya.

Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan yang ditemui di lokasi kejadian turut tidak menolak kemungkinan mangsa diculik sebelum dibunuh kejam.

Walaupun tiada sebarang laporan polis berhubung kehilangan remaja perempuan di daerah Ampang, beliau percaya kemungkinan mangsa dibawa dari luar daerah ini sebelum mayatnya dibuang di kawasan berkenaan.

“Oleh itu orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta segera membuat laporan polis,” katanya

Difahamkan, pekerja bengkel terbabit menemui beg berisi mayat itu ketika dia melalui kawasan berkenaan yang terletak tidak jauh dari Rumah Bakti Hulu Klang.

Pekerja terbabit dikatakan menunggang motosikal melintasi jambatan berhampiran sebelum melihat satu beg hitam mencurigakan dibuang di kawasan itu.

Sifat ingin tahu menyebabkan lelaki terbabit cuba mengangkat beg berkenaan, namun mendapati ia terlalu berat dan menyangka beg berkenaan mengandungi wang tunai.

Bagaimanapun, apabila dibuka, dia ternampak kaki manusia terjulur dalam beg berkenaan, menyebabkan dia bertempiaran lari dan membuat laporan polis.

Abdul Jalil berkata, bertindak atas laporan diterima sepasukan anggota unit ronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang segera dihantar ke lokasi kejadian.

“Pemerhatian awal mendapati mangsa remaja perempuan berusia lingkungan 12 hingga 13 tahun. Ketika ditemui mangsa memakai gaun biru dan ditutupi baju lusuh yang turut disumbatkan ke dalam beg itu.

“Pemeriksaan turut mendapati terdapat kesan darah pada pakaian dipakai mangsa,” katanya. Menurutnya, mangsa yang berkulit sawo matang dan berambut lurus paras bahu dipercayai baru dibunuh dan dibuang ke kawasan itu.

“Besar kemungkinan remaja perempuan itu rakyat tempatan, namun siasatan lebih terperinci masih dilakukan. Polis percaya mangsa dibunuh dalam tempoh kurang 24 jam berikutan tubuhnya masih dalam keadaan baik,” katanya.

Menurut Abdul Jalil, siasatan awal unit forensik polis mendapati terdapat kesan lebam pada leher mangsa, namun belum dipastikan sama ada ia kesan cekik atau jerutan.

“Selain itu polis turut menemui satu beg tangan mengandungi nama lelaki, mungkin warga Indonesia berserta nombor telefon. Polis akan menjejak lelaki itu untuk mengetahui kaitannya dengan mangsa,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Ditanya sama ada mangsa turut diperkosa sebelum dibunuh, Abdul Jalil berkata, pihaknya belum dapat memastikannya sehinggalah bedah siasat dijalankan.

“Tiada sebarang dokumen atau pengenalan diri ditemui pada tubuh mangsa. keadaan ini sedikit sebanyak menyukarkan polis untuk menyiasat identiti mangsa berkenaan,” katanya.

p/s Alfatihah untuk mangsa jika dia seorang muslim...semoga Allah melindungi anak2 kita dari manusia kejam seperti ini Aminn..

Monday, October 25, 2010

"Sape nak hadiah free dari Paris"

Salam pagi isnin yang mendung hehehe....monday blues le nih....bukak -bukak blog pagi nih tengok ada message dari atie kena tag la pulok...hehehe...
sebenarnya give away nih dianjurkan oleh bloggers ni...nadiafarahida.....dah terjah blog dia dan dah tengok orangnya yang cantik manis hehehe....takpe la layan je la tag nih ye......ni dia punya gambar aka logo aka...what do you call this ah?blur je nih...hehehe....syarat 1 dah buat dah nih kat bawah
'Eiffel Tower Giveaway'

syarat kedua
letakkan gambar ni skali kat side bar blog
dan link kan terus ke entry ni ye. klu pic besau sngt, korg tlg kecikkan ye.

syarat ketiga
mnjadi follower blog nadia - done

syarat ke empat
tag 3 org blogger lain - done
1. kina -
http://mamaadam09.blogspot.com/
2. ija -
http://kurniaanmu.blogspot.com/
3. ummihanie
http://ummi-hanie.blogspot.com/
dan pastikan dorg tahu bahawa mereka telah ditag!

syarat ke lima
jgn lupe tinggalkan name dan link entry penyertaan korg kat
kotak komen entry "Sape nk hadiah free dari Paris? =)" ni ye.

Hadiah menarik gak nih dari paris....
5 souveniors made in paris...pos pun dari paris..huhuhu
mungkin akan di up kan lagi bilangan hadiah.
mkin ramai, makin banyak hadiah.

Pemenang
akan dipilih berdasarkan beberapa calculation buatan sendri....kalau nak tau lebih lanjut pasal calculationnya leh jenguk blog nadia hehehehe....

Tarikh Tutup:
20.11.2010, 12.00 PM - lama lagi nih...mesti ramai nak masuk

disediakan juga 1 hadiah dari Malaysia+1 hadiah dari France utk entry paling kreatif.
so jangan copy n paste je...buat entry yang unik2 skit supaya leh menang hadiah berganda hahaha... good luck.....semua yang ditag...hehehehe

Friday, October 15, 2010

CONTEST GAMBAR KENANGAN OPEN HOUSE AIDILFITRI 2010 (RUMAH TERBUKA)

Dah lama kak ina buat contest nih sebenarnya dan dah lama gak teringin nak join tapi skang nih bz huhuhu....ari nih baru la tertunai hasrat dihati chewaahh.....jangan marah kak ambik tagline akak ni promote2 untung2 menang lagi wakaka.......
Inilah gambar yang dipertaruhkan
gambar ni diambil masa open house jabatan.......tempat kat bilik member.....pada jumaat minggu lepas hehehe...yang me makan tuh nasik briyani dengan ayam masak merah...menu lain sate hehehe.........
ni nak cerita sikit pasal blog kak ina....sebagai syarat utama....
blog kak ina nih memang penuh dengan masakan...kekadang rasa lapar perut bila datang blog dia lelebih lagi kalau kak ina buat masak lemak ikan keli salai huh meleleh air liur dibuatnya....rasa nak jilat2 laptop ni hah.hehehe.....
kenal blog kak ina ni dah lama.......dah dekat setahun gak la jadik silent reader....selalu komen kat shoutbox je....kak ina tak pernah balas hehehe.jangan marah ye kak.....(pastu baru la tau....setelah ditunjukajar oleh sifu (kak ina la sape lagi)kalau nak beramah mesra tinggal la komen dekat entry baru kak ina layan) hehehe.....
pastu dapat lak jumpa dia kat event nuffnang (gatsby street fair) itulah kali pertama jumpa....sebenarnya kak ina peramah orangnya tak padan dengan mukanya yang garang skit.....hehehe jangan marah kak kutuk skit nih..tapi alhamdulillah kali kedua berjumpa masa me menang contest kak ina yang dulu tu...me dah kenal serba sedikit hati budi kak ina.....kami pot pet pot pet sampai tak sedar dah pukul 2 lebih...time to go back to work bye bye kak ina.....ada masa jumpa lagi ye....
selalunya entry dia kat blog tuh berkenaan masakan, anak2, suami dan ada gak pengalaman dia masa muda2 yang boleh kita jadikan panduan...itulah serba sedikit tentang blog dan tuan punya blog...aka kak ina......kalau nak tau lebih lanjut leh gi kat sini ye
http://www.kakinakl.com/
ni pulak kalau nak join contest nih.ni linknya.....leh tengok hadiah2 yang menarik untuk dimenangi hehehe
http://www.kakinakl.com/2010/09/contest-gambar-kenangan-open-house.html

Contest- Gambar  Kenangan Open House Aidil Fitri 2010 (Rumah Terbuka)  adalah anjuran bersama eyriqazz , beautifulnara, nurazzah dan  darkbatman.

Thursday, October 7, 2010

Raja Azura suami berpisah

bukak2 metro pagi ni tengok ada berita pasal perceraian Raja Azura@kak engku.......tumpang simpati sebab dulu ada dia buat PC pasal nih...waktu tu dia menafikan rumah tangga nya sedang bergolak kan.....dia jugak dah cuba hadir sessi kaunseling dgn mahkamah....apa nak buat dah takat tu je jodoh...terima lah takdirnya....sian anak-anak...
ini berita penuh yang diceduk dari harian metro online

credit to harian metro

KUALA LUMPUR: Pelakon, pengacara dan penyampai radio popular, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 38, disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Adzmin Tan Sri Osman, 37, pada 28 September lalu.
Sumber memberitahu Harian Metro semalam, Raja Azura atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Engku (KE) bercerai di sebuah mahkamah syariah di Selangor, pada tarikh berkenaan dan ia dilaksanakan dalam prosiding tertutup atas permintaan pasangan itu.

“Raja Azura mahupun Adzmin tidak mahu kecoh-kecoh dengan perceraian mereka. Rumah tangga mereka sudah gagal diselamatkan selepas masing-masing cuba mendapatkan khidmat kaunseling bagi menyelesaikan kemelut yang melanda sejak beberapa lama itu. Namun, mereka bercerai secara baik dan menerima hakikat tiada lagi jodoh,” kata sumber itu.

Pada 6 Ogos lalu, pengacara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) itu mengadakan sidang media tergempar untuk menjelaskan khabar angin menyatakan rumah tangganya bergolak, sekali gus memberitahu sebab kunjungannya bersama Adzmin ke Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, pada 3 Ogos lalu.

Pada sidang media itu, Raja Azura menegaskan kunjungan mereka ke mahkamah tiada kena mengena isu memfailkan permohonan cerai seperti yang hangat diperkatakan, sebaliknya bagi mendapatkan khidmat kaunseling demi menyelesaikan kemelut yang melanda.

Raja Azura berkahwin dengan Adzmin yang juga anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof, pada 10 Mac 2001. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Hakim, 7, serta Puteri Mia Maizurah, 4.

Sumber itu berkata, walaupun Raja Azura amat bersedih dengan perceraian itu, dia masih meneruskan tugas rutinnya seperti biasa iaitu sebagai penyampai radio Sinar FM dan pengacara beberapa program TV serta majlis rasmi.

Ketika ditanya sama ada punca perceraian itu disebabkan orang ketiga, sumber itu enggan mengesahkannya.

“Itu tidak dapat dipastikan dan biar perkara itu wartawan bertanya kepada Raja Azura. Hakikat ini kerana selama ini dia tidak pernah bercakap mengenai hal rumah tangga mahupun suaminya kepada orang lain. Dia (Raja Azura) tidak akan sekali-kali mendedahkan aib sesiapa termasuk suaminya,” katanya.

Harian Metro cuba mendapatkan komen Raja Azura berhubung perceraian itu semalam, namun difahamkan dia berada di Genting Highlands, Pahang, kerana terbabit rakaman program Kedek-Kedek Drypers, sekali gus menutup talian telefon bimbitnya.

Raja Azura dalam kenyataan sebelum ini mengaku dia dan Adzmin berkahwin atas dasar cinta sama cinta. Kali terakhir mereka dilihat bersama ialah ketika pulang beraya di Alor Setar, Kedah, pada 10 September lalu.

Monday, October 4, 2010

1st GA dari Atie

tadi jalan2 ke rumah atie nak tengok entry baru...rupanya ada GA lak huhuhu nak join...nak join.....
hadiah2 nya menarik...sesape yang nak join sila2 kan lah ye......
mari kita tengok hadiah2 nya...hehehehe

Hadiah tempat yang pertama...piring kuih 3 tingkat..yg cantik menawan!
Tempat yg ke dua...piring kuih 3 tingkat yg amat memikat!
Hadiah tempat yang ketiga(3)..piring kuih 2 tingkat..!!
 
dan syarat2 nya lak

1.Tuliskan komen korang dibawah n3 ini SAHAJA!..klu komen di box tidak akan diambil kira(Ingat tue...) dah komen dah kat n3...
2.Jadi FOLLOWWER di blog 'azatiesayang.blogspot'. dah lama dah jadi follower hehehe....
3.Tiada paksaan tuk membuat n3 ttg GA atie nie di blog korang...jika ada,atie amat menghargainya..makasih! pun dah buat dan tiada paksaan hehehehe
4.Tarikh TUTUP GA pada 18/10/2010 pada pukul 12 tengahmalam!!
5.Cabutan tuk menentukn pemenang2 akan dilakukan oleh ANAK LELAKI/ANAK PEREMPUAN atie.Keputusan adalah MUKTAMAD!
6.GA trbuka kpd yang tinggal di MALAYSIA sahaja!
kalau nak tengok entry atie leh pergi kat sini ye.....

klik ni juga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails