jom klik-klik nuffnang

anak-anak

anak-anak

Thursday, December 30, 2010

PIALA AFF SUZUKI DALAM RANGKULAN!!!!!!

eche che.....bukan main lagi tajuk tak bleh blah.....piala AFF Suzuki memang menjadi idaman Malaysia kan....Piala yang sebelum ini dikenali sebagai piala tiger....barulah akhirnya berada didalam rangkulan.....
Gigih la malam tadi nak nengok fenomena TsuFahmi kat TV1...memang berbaloi la kan menontonnya semalam...akhirnya Malaysia menang jugak dengan aggregate 4-2...walaupun kalah di Stadium Bung Karno tapi sesungguhnya bukan lah memalukan sangat sebab kalah pun dekat sedikit mata sahaja 2-1.....
.....oooh btw hari tu jalan2 ke blog blogger cum model yang famous tuh.....siapa lagi kalau bukan si Hanis Zalikha anak dan maknya sama2 lawa...uuhh lupakan hari tu jalan2 ke blog Hanis Zalikha terjumpa lak blog awek si Khairul Fahmi Che Mat......si jejari runcing yang cute mute tuh.....memang padan la dorang 2 orang tuh macam pinang dibelah 2..hehehe...semoga jodoh berkekalan hingga ke anak cucu...suka gak baca blog awek dia nih....sweet je.....kalau nak terjah sila ke sini ye...http://jejariruncing.blogspot.com/
disini ada sedikit ulasan yang di copy dari harian metro.

Sejarah tercipta


DETIK KERAMAT...Safiq Rahim  (kanan) menjulang   Piala Suzuki AFF 2010 selepas  mengalahkan Indonesia  di Stadium Gelora Bung Karno, semalam.
DETIK KERAMAT...Safiq Rahim (kanan) menjulang Piala Suzuki AFF 2010 selepas mengalahkan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, semalam.
CEKAP...penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan kubunya daripada ditembusi penyerang Indonesia, semalam.
CEKAP...penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan kubunya daripada ditembusi penyerang Indonesia, semalam.

MALAYSIA mengesahkan status sebagai ‘Raja Asia Tenggara’ apabila dinobatkan juara baru Piala Suzuki AFF edisi kelapan apabila menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam.

Kejayaan ini membolehkan Malaysia mencipta sejarah meraih kejuaraan kali pertama Piala AFF Suzuki sepanjang 14 tahun kejohanan ini mula dilangsungkan serta menjadi pasukan keempat bergelar juara selepas Thailand, Singapura dan Vietnam.

Skuad Harimau Malaya yang turun dengan bekalan tiga gol pada aksi perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno nyata tidak gentar dengan sorakan kira-kira 95,000 penyokong Sang Garuda di dalam stadium.

Mereka sebaliknya turun dengan penuh bersemangat dan bijak mengawal permainan bagi mengekalkan kelebihan tiga gol yang dimiliki hasil kemenangan di perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional, Ahad lalu.


Separuh masa pertama memang mendebarkan untuk jutaan rakyat Malaysia apabila Indonesia yang turun untuk mencari jaringan besar melancarkan serangan sejak minit pertama perlawanan lagi dengan sokongan kira-kira 200,000 penyokong di luar dan di dalam stadium.

Gandingan Cristian Gonzales dan Irfan Haarys Bachdim nyata menggugat apabila gandingan dua ''pemain asing' itu kerap kali menguji gawang Malaysia yang dikawal rapi Khairul Fahmi Che Mat.

Serangan bertali arus Indonesia itu akhirnya membuahkan hasil dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil dari Australia, Peter Daniel Green selepas pemain pertahanan kanan, Mohd Sabre Mat Abu tersentuh bola di dalam kotak penalti.
Namun kecemerlangan Khairul Fahmi menafikan gol apabila menangkap kemas sepakan kapten Indonesia, Firman Utina.

Malah penjaga gol dari Kelantan itu berjaya menggagalkan beberapa percubaan lawan di separuh masa kedua walaupun 'diserang dengan laser' oleh penyokong Indonesia ketika bersedia untuk menghadapi sepakan sudut dan percuma pada 10 minit pertama.

Malaysia, turun dengan jersi biru dan berseluar hitam bagaimanapun berjaya bertahan sepanjang 45 minit pertama walaupun hampir keseluruhan permainan dikuasai lawan yang tidak mengenal erti putus asa menyerang Malaysia dengan sekurang-kurang 10 percubaan berbahaya dilancarkan ke kubu negara.

Ia bagaimanapun dinafikan dengan kecekapan Khairul Fahmi serta persefahaman yang tinggi dikalangan pemain pertahanan yang diketuai oleh dua pemain muda, Mohd Muslim Ahmad dan Mohd Fadhli Shas.

Bersambung babak kedua, anak-anak buah Alfred Riedl terus mengasak namun usaha mereka itu memakan diri apabila melalui satu serangan balas Malaysia menjaringkan gol melalui rembatan kencang Mohd Safee Sali pada minit ke-53 untuk gol kelimanya pada kejohanan ini untuk menceriakan kira-kira 500 penyokong Harimau Malaya yang hadir di Jakarta.

Gol itu juga mengesahkan kedudukannya sebagai penjaring terbanyak dengan lima gol meninggalkan ayam tambatan Indonesia Gonzales yang hanya mampu menjaringkan tiga gol.

Semakin terdesak untuk menjaringkan gol, Indonesia melakukan dua pertukaran serentak dengan mengeluarkan pemain berdarah kacukan Indonesia-Belanda, Irfan Haarys Bachdim dengan memasukkan bekas penyerang Selangor, Bambang Pamungkas dan Eka Ramdani yang menggantikan kapten pasukan, Firman Utina.

Ketua jurulatih kebangsaan, K Rajagobal bertindak balas dengan segera apabila mengeluarkan pemain tengah, Amar Rohidan untuk digantikan dengan pemain pertahanan, Mohd Razman Roslan. untuk menambahkan kesukaran Sang Garuda yang perlu mencari sekurang-kurangnya lima gol.

Namun usaha tidak mengenal putus asa akhirnya membuahkan hasil apabila percubaan pemain pertahanan, Mohammad Nasuha pada minit ke-71 menewaskan Khairul Fahmi untuk menggamatkan stadium. dengan sorakan penyokong Sang Garuda serta letusan bom asap.

Muhammad Ridwan menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-87 untuk keputusan 2-1 itu dan kekal sehingga wisel penamat ditiup bagi menobatkan Malaysia sebagai juara baru Piala AFF Suzuki 2010.



credit to harian metro...

Tuesday, December 28, 2010

Masak2 ayam panggang

Hari ahad lepas selepas lama dah tak buat ayam panggang.....ini lah hasilnya....huhuhu macam hangus la sikit...ermm...takpe la janji sedap and habis licin dowh.....
saksikan posing yang sedikit censored dari ayam ku hahaha.....



buat jugak kawan untuk temankan ayam nih kat dalam pinggan.....goreng potato wedges n buat coleslaw...buat jugak gravy untuk ayam nih....tapi tak sempat nak ambik gambar set lengkap.....huhuhu licin....puas hati dah dapat makan ayam panggang....dessert hari tu banana split....juga tiada didalam gambar.....
ni lak gambar bujang kenit yang dah kena botak kepala sebab rimas tengok asyik dok garu kepala je gatal agaknya....so sekarang dah ok.....ni je time leh ambik gambar...time tido
 abaikan katil yang berselerak hahaha..
 kalau time jaga ambik gambar....jadi la macam ni gambarnya..huhuhu...daaaa.
budak comot.....

Friday, December 24, 2010

musim kutip award dan jawap tag je!!!

Award nih dapat dari Atiesayang....terima kasih ye atie sudi bagi award kat me....selalu je bagi award...tak pernah lupa.....
ni bukan sesaje award tau ada keje rumah jugak yang mengiringi.....ada soklan maut dowh....
so sila2 la rajinkan diri membuat keje rumah kalau tak, tak dapat A1 hahaha....ni dia soklannya....

Haiwan Kesukaan dan 3 Sebab-sebabnya

a) kucing - sebab haiwan kesayangan nabi.....suka bela masa kecik2 dulu sampai menangis2 bila sekor2 kucing mati.....tapi skang takleh bela lak sebab sikecik kan lelah....waaa...

b) burung - terutama yang warna-warni.....suka tengok sebab boleh terbang bebas.


c) koala - hehehe cute sangat peluk batang pokok melekap je hehehe....

dah siap sila semak ye cikgu atie.....
so malas nak tag orang lain...me tamatkan kat sini je la ye...hehehe

thanks anyway....atie..

Friday, December 17, 2010

Award dari atie

dapat award nih dah lama dah tapi baru hari ni nak tepek kat blog....award nih dari atie...best blog tapi taktau la samada blog me nih best ke tak....hehehe...dah la sejak 2 menjak nih sunyi je...dapat penyakit M besar...hehehe....terimakasih atie ye....sempena hari jadi atie 2 hari lepas...nak ucapkan selamat harilahir...semoga panjang umur murah rezeki...bahagia dunia akhirat.... Amin

Tuesday, December 7, 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432

Salam Maal Hijrah dan selamat tahun baru hijrah buat semua pembaca blog dan teman2 blog yang dihargai....tanpa anda semua siapalah saya......chewah dah macam artis buat ucapan masa menang award je....
hehehe gurau2 juga tapi azam apa tahun nih ye...
Apapun semoga segala yang dihajati dan azam tahun baru ni tercapai.....Amin

Sunday, December 5, 2010

welcome to maha 2010

hari jumaat lepas kami berpeluang menjengah ke maha 2010.....lepas je habis ceramah dengan Datuk Dr. Fadzillah Kamsah kami bergegas kesana.....memang tak pernah sampai lagi kat sini.....this was the first time...
so check it out....tak semua hall sempat kami masuk sebab kesuntukkan masa....cuma beli marshmallow halal untuk bebudak kat rumah......mak budak beli mangga je hehehe....layan jela gambar ye.....

ni dekat hall yang memula sekali...just 2 hall je masuk tak larat dah nak jalan penat..ada pameran orkid

oops silap gambar lak tu bukan gambar orkid.....ni hah baru betul hehehee..cantik2 orkid yang jadik johan nih....


ni lak gambar buah tembikai 4 segi yang leh jumpa kat hall no.2...

gambar ni kat gerai buah-buahan memang ramai orang beli buah kat sini memang murah gila...huhuhu
ni dah tentu lah kat gerai orkid...cantik2 tapi sebab tak reti nak jaga maka pendamkan je la hasrat dihati...huhuhu
my friend beli 2 pokok...yang ni....
ni antara orkid yang dijual.....cantik2 kan



ok tu je gambar yang diambil sebab lepas tu kena bergegas balik kl....lagipun bateri kamera kong..hahaha

Thursday, December 2, 2010

"salam perkenalan from ibusyiranina"

join giveaway nih sebab di tag oleh cik atie sayang...hehehe...join je la kan rasanya ada lagi satu tag yang atie buat hari tuh tak tertunai...yang tu nanti la ye atie sebab yang ni kena kejar date hehehe...so here it is....



jom kite tengok apa syarat-syaratnya:-

1) mesti jd myfollower (tak paksa tapi wajib heheheh :))maybe ade hadiah untuk follower tertentu. - dah follow

DAN juga mesti follow blog miezaniera.blogspot.com as penaja hadiah.
- dah follow gak

2) buat entry about this giveaway tajuknya ialah ( salam perkenalan from ibusyiranina) - tengah buat done

3) sila tag kat kawan2 anda tak kira berapa orang lagi ramai lagi bagus...(pastikan mereka tahu yek)
nak tag :-
1) aizahkaman-ai
2) cikmin -cikmin
3) ummihanie- hanie

4) last sila tinggalkan entry anda disini....kalau tak tinggal camno den nak cari kan...done

5) jgn lupa masukkan banner ibusyiranina di side bar anda yekkk dan masukkan juga link blog ibusyiranina di dalam entry anda. done

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 dec 2010.Pemenang akan dipilih berdasarkan lucky draw 3 pemenang utama & 3 hadiah saguhati. (bergantung kepada keadaan)
kalau nak tengok entry nih sila la ke blog tuan punya giveaway kat sini ye http://qaisarahanina.blogspot.com/

mungkin akan berubah dari semasa ke semasa.kalau banyak penyertaan kite akan tambahkan hadiah.

Di antara hadiahnya ialah Barangan dari :



dan wang tunai untuk saguhati....
so apa tunggu lagi...jom jom jom
jom heboh-heboh!!!

Wednesday, December 1, 2010

SELAMAT HARI LAHIR ABANG AMIN!!!!!

Selamat hari lahir yang ke 10 buat abang Amin...semoga dipanjangkan umur...dimurahkan rezeki....jadi anak yang baik dan soleh di dunia dan akhirat......Amin...

ni je gambar Abang Amin masa kecik...dengan kak alia....gambar ni kat taman tasik titiwangsa masa umur dia 4 tahun....hehehe cute tak....gambar2 lain dah takde atas2 sebab2 yang tak dapat dielakkan.....
ni gambar abang Amin masa umur 8 tahun

ni gambar abang Amin sekarang la...hmmm
ada perbezaaan tak huhuhu....takde sangat kot kan tapi tambah kurus dan tinggi hehehe...still manja cam dulu...semoga amin berjaya dunia dan akhirat....amin

klik ni juga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails