jom klik-klik nuffnang

anak-anak

anak-anak

Wednesday, June 29, 2011

Pizza...

Kali ni buat pizza guna resipi dari ros kat sini....terimakasih ye ros...akak mohon CnP kat sini ye......memang sedap lebih lembut rotinya dah lama pun masih lembut lagi...so better stick to this one lain kali....
layan gambar........
dan ini pulak resipinya.....tadaaa......

Pizza
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

*Untuk Doh*
250gram tepung roti
1/3 sudu kecil garam
1 sudu besar skim milk@susu tepung
1 sudu besar gula
1/2 biji telur
1 sudu besar marjerin ( boleh ganti denga butter atau shortening)
110ml susu segar ( atau air suam)
1 1/2 sudu kecil yis

*untuk filling*
sosej yang telah direbus dan dihiris nipis
sedikit lada benggala, nenas dan tomato yang dihiris dadu
sedikit taburan oregano@ dry pasley

* Untuk Toping* - mix cheese@mayonis+sos cili@tomato

Caranya.

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada dua bahagian dan bentukkan bulat seperti base pizza, cucukkan dengan garpu dan biarkan naik sedikit, masa yang diperlukan lebih kurang 30 minit.

5. Sapukan setiap base pizza dengan sos tomato, ratakan ke seluruh doh, tabur kan lada benggala hijau, nenas, tomato dan sosej serta toppingkan dengan mozarela cheese.

6. Akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 16 ke 18 minit atau sehingga permukaan pizza perang., sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, Sesuai untuk sarapan dan hidangan minum petang. Selamat Mencuba.

Friday, June 24, 2011

Bila si Isteri berblog.....si suami dan anak?????

selalu je gi jengok blog si handsome n famous si Ben Ashaari nih..tapi macam malu-malu kucing lak nak join dia punya segmen....sebab kekadang takde idea nak catat...tapi kali ni nak join jugak segmen dia di sini ...nak join jugak tak kira sebab benda nih memang kena dengan me hahahah.....sebelum tu nak ucap salam perkenalan kat blogger famous Ben nih...salam perkenalan Ben silalah baca post akak yang ntah hapa-hapa nih...tidak ada yang benar melainkan yang benar belaka.......

berdasarkan pengalaman sendiri.......
Bila si isteri berblog.....si suami dan anak.......hehehe si suami bekerja dan si anak dah tidur semua......tapi sebenarnya memang banyak cabaran untuk berblog nih bila dah ada suami dan anak.......lagi la kalau nak join event2 yang jauh2 sikit anjuran blogger susah weh.....
sebab tu kekadang berhari-hari jugak blog tak ber"update" maklum lah ada anak kecik....bila kita nak menaip je dia pun sibuk sama mengetuk keyboard nih....maka merudum la mood untuk mengupdate blog hahaha......taknak bohong la kan memang banyak cabarannya.....baru nak bega-bega gambar kang ada la yang sibuk nak beriba lah.....nak susu la....nak minum la.....nak makan la......
tapi cik abang biasanya lebih sporting kalau dia ada kat rumah dia tak kisah pun nak mengadap internet asalkan makan minum pakai tersedia n kerja rumah dah habis........
lagi-lagi wanita berkerjaya macam akak nih mana nak pergi keje nak balik rumah nak kemas nak masak waaaa....penyudahnya masa yang paling afdal untuk update blog ialah tengah malam bila semua dah tido....tapi time tuh mestilah cik abang keje malam hahahah....
itu jelah kot suka duka akak seorang isteri dan seorang blogger..........hehehe..

Makaroni Bakar

Dah lama buat makaroni ni sebenarnya tapi hari ni baru nak taruk gambar hahaha........memang sedap.tambah2 kalau letak cheese banyak lagi la sedapnya....
gambar sebelum bakar dan selepas bakar......ermm..ingat nak wordless friday tapi gambar ada 2-3 keping je so cancel........hahaha ada ke orang buat wordless friday.......ada gak buat kegemaran anak2 kalau2 takut derang tak gemar makaroni bakar nih....biasa la ayam panggang madu......
ingatkan ahli rumah nih tak gemar rupanya hidang je licin.......huhuhu check it out....





Wednesday, June 22, 2011

Big M dihari bapa

Assalamualaikum.......kepada blog yang dikasihi dan teman2 maya..semua.
huhuhu dah lama betul tak update blog.....memang rindu tapi entahlah...macam mood untuk update blog merudum seketika........tapi lepas nih insya'Allah semoga semangat untuk menulis dan update blog terus ada.......
hari ahad lepas sempena hari bapa.....me ada masak2 skitjust buat chicken chop dengan salad dan kentang goreng......teringin plak bila tengok KFC dok tayang chicken chop dia tu huhuhu....
memang laris sampai kak Aina duk mintak mak buat lagi minggu depannya hehehe
jom layan gambar orang malas hahahaa....



resipi usahlah ditanya cincai je nih....yang lain2 kentang goreng yang segera je hehehe dasar big M......cuma buat salad dan kuah cendawan jah......

klik ni juga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails