jom klik-klik nuffnang

anak-anak

anak-anak

Wednesday, March 31, 2010

Puding Roti berkismis

semalam merealisasikan permintaan anak dara sorang tu kak alia...dah lama dia mintak dari minggu lepas lagi nak bawak bekal pegi sekolah.....
baru semalam sempat nak buat...sebenarnya senang je kan nak buat "bread pudding" nih...tapi masa je takde...maklumlah sejak2 ada dak tecik nih...tak sempat nak menjalankan projek masak memasak yang remeh temeh...semalam sebab dia tido awal sempat la buat...reason jarang buat puding2 nih sebab hubby tak berapa minat........
pagi nih senyum je anak dara tuh leh la kongsi2 makan dengan kawan2....
bread pudding nih me ambik resipi dari kak hanieliza....chef tersohor tuh...terimakasih kak memang sedap menepati citarasa cuma me kurangkan gula skit sebab nak letak kismis macam permintaan anak dara tuh....dan me jugak tak buat kuah kastardnya sebab budak2 tak suka....so enjoy...

dan ini lah dia resipinya

Puding Roti

Bahan2

A

8 keping roti
500 ml susu segar

B

4 s/b gula halus
2 s/b mentega
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
1 s/b tepung jagung

cara2
1. carik-carikkan roti dan rendam didalam susu segar selama 1/2 jam.
2.kacau dan gaul rata bahan B
3.campurkan adunan 1 dan 2 dan masukkan kismis jika suka.
4.bakar dalam oven bersuhu 180C selama 30 minit atau hingga masak.

p/s masa membakar dan suhu bergantung kepada oven...me punya oven guna suhu 170C masak selama 50 minit.

terimakasih kepada kak liza......
selamat mencuba

Monday, March 29, 2010

Aktiviti Pagi Sabtu

Hari Satu lepas ada mesyuarat PIBG di SKWM (1)....dari memula anak2 sekolah memang tak lepas dari menghadiri mesyuarat nih...memula dulu je tak pegi sebab dedulu hari sabtu keje so tak berpeluang lah nak hadiri mesyuarat agung nih.....sekarang tak pernah miss la walaupun bosan tapi bagus juga kita hadir sekurang-kurangnya kita tahu apa perkembangan sekolah, apa aktiviti yang dijalankan dan yang pentingnya kita tahu kemana duit PIBG rm15 yang kita bayar tu digunakan hehehehe...ini penting supaya tak sia-sia kita menderma kan.....
Mesyuarat start pukul 9.00 pagi sekali dengan pendaftaran..lupa pulak nak ambik aturcara tu masukkan kat sini supaya kita dapat sama-sama tengok....tapi macam biasa la kata je start pukul 9.00...pukul 9.40 baru la start sebab menunggu kedatangan YBhg. Dato' Ahmad Fauzi Zahari...untuk merasmikan mesyuarat agung kali ini....YBhg. Dato' ni kalau tak salah Naib Ketua Umno bahagian Setiawangsa...kalau salah info nih maaf la...sebab dengar pengacara majlis umumkan macam tu..Dato' ni jugak merangkap Ahli Panel Penasihat DBKL....
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa...ucapan gurubesar, ucapan YDP PIBG dan ucapan YBhg. Dato'.
ini ada la me snap beberapa keping gambar sepanjang majlis berlangsung...nak snap dekat2 cam segan la pulak so inilah hasilnya.
gambar ni ambik masa semua orang belum datang lagi...tengok semua kerusi pun masih kosong je hehehe...

gambar ni pulak masa YBhg Dato' tengah berucap...lawak je Dato' ni.....dimajlis ni juga beliau mendermakan RM3000 untuk PIBG dan menaja jamuan untuk mesyuarat nih...terimakasih Dato' semoga murah rezeki

ini pulak masa penyampaian sijil, hadiah dan saguhati untuk pelajar cemerlang UPSR

dan sepanjang majlis berlangsung ada cabutan bertuah dan me dapat ni hamper untuk ibu2...sebab apa me panggil hamper untuk ibu2 hehehe tengok la sendiri....semua barang keperluan rumah bukan makanan macam hamper2 biasa kita terima...wakakaka...tapi kira ok la dari pulang dengan tangan kosong hehehe...disertakan juga keychain yang tertulis SKWM (1) ni tiap2 tahun dapat.....

nombor bertuahnya ialah 155...hehehe...dan mesyuarat berakhir pada pukul 2.00 petang....

Saturday, March 27, 2010

Earth Hour


baru terdengar pasal nih dekat hot fm pagi tadi masa dalam perjalanan ke ofis....bila bukak lama web harian metro baru la perasan benda nih dah lama ada je advertise dekat situ...pastu gi pulak melawat kat blog kina nampak pulak posting dia pasal nih.....terpanggil untuk sama2 menyokong "earth hour" nih...
tahun lepas ada je kami bergelap tapi lupa lak nak ambik gambar...tahun nih cuba la kot2 nampak tengah gelap2 tu kan hehehe...tapi kena gak pasang lilin sebab nanti budak tecik nangis hehehehe...best je nampak klcc padam lampu satu2 tahun lepas tahun ni taktau la diorang support tak ...kita tengok la sama2 kalau leh ambik video ke gambar nanti kita try la ambik kay...
by the way mari lah sama2 support earth hour....
malam ni 27 march...bermula jam 8.30pm.....selama yang boleh la kan...macam tahun lepas 1 jam je kan...
jom.....moh ramai2 support..yeah!!!!!

Friday, March 26, 2010

Hujan lebat dan ribut petir

gambar ehsan harian metro

Masa balik kerja semalam hujan dan ribut petir...rasa macam takut la pulak walaupun semalam hubby jemput naik kereta....dah la hujan lebat pastu dengan kilat dan petir sabung-menyabung rasa gerun pun ada....
tengah jalan genting kelang air dah naik..kereta tak boleh lalu..terpaksa la semua kereta naik atas divider untuk mengelakkan dari enjin basah kena air kan....banyak jugak kereta yang tersadai kat tepi jalan sebab enjin mati...
lepas jemput bebudak balik sekolah terus heading ke rumah....memula nak ikut jalan depan jusco tengok2 jalan tutup ada kereta bomba bagai ingatkan ada apa...rupanya pokok tumbang...dah hempap 7-8 buah kereta rasanya tak nampak sangat la sebab hubby laju je nak sampai rumah.........apa pun berhati-hati la sekarang kan sebab hujan ribut tak kira masa....

Thursday, March 25, 2010

Resipi Brownies

semalam ada jugak yang bertanyakan resipi brownies yang me buat tuh...untuk pengetahuan resipi ni me ambik dekat website mana tak ingat dah tapi yang pastinya bukan original dari me lah....so far memang guna resipi nih untuk buat brownies...memang ok rasanya memang chocolatey...
inilah dia resipinya..boleh jugak kalau taknak lapis cheese tu...kosong punya atau kalau nak curah coklat masakan kat atas pun ok...nak tabur kismis..kacang...badam..or apa saja pun ok...

Resipi Brownies

Bahan2

untuk brownies

150 g butter
225 g coklat masakan
220 g gula perang
2 biji telur
1 s/k kecil esen vanilla
100 ml susu segar
220 g tepung gandum
40 g serbuk koko
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat

cara2

Cairkan coklat masakan dan butter didalam bekas secara double boiler, ketepikan.
Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat dalam bekas berasingan.
Pukul gula perang, telur dan esen vanilla menggunakan wisk didalam bekas lain, kemudian masukkan susu segar.(jangan pukul terlalu kuat cukup sekadar bercampur sahaja)
Masukkan pula coklat masakan yang telah dicairkan kedalam campuran telur, kacau sebati.
Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak tadi kedalam campuran coklat dan telur.
Gaul sekadar bercampur sahaja.(tinggalkan sedikit adunan untuk membuat corak diatas lapis cheese nanti.....lebih kurang 2 sudu besar)
Alas acuan 10 x 10 dengan kertas minyak atau kertas biasa yang telah disapu mentega.
Masukkan adunan tadi kedalam oven yang telah dipanaskan.
Bakar selama 55 minit atau sehingga masak.
Setelah masak sejukkan sebentar barulah diletak lapisan cheese.

Bahan2

untuk lapisan cheese

250 g cream cheese
4 s/b gula perang (kalau nak manis boleh tambah)
1 biji telur
1 s/b air perahan limau nipis
2 s/t tepung jagung

cara2

Pukul semua bahan hinggu gebu dan sebati.
Tuang keatas Brownies yang telah masak tadi.
Lorekkan dengan lebihan brownies tadi untuk mendapatkan corak batik.
Bakar selama 15 minit.

tadaaa...kepada hanie sila-sila la ambik resipi dan cuba ye.......semoga berjaya...

Wednesday, March 24, 2010

brownies lapis cheese

brownies nih buat atas keinginan sendiri sebab dah lama teringin nak makan brownies ni...lagipun dah lama tak buat sejak2 lepas bersalinkan budak kecik nih....

memang dah lama tak buat.......tengok la rupa brownies ku yang hodoh nih hehehe...
ni masa baru masak lum taruk lapis cheese lagi....togel je...tak menarik langsung kan

ni pulak masa dah taruk lapis cheese...baru keluar oven panas2 lagi nih

ni dah dikeluarkan dari acuan...tengok la herot2 je hodoh sungguh la....


ni pulak bila dah potong kecik2 sedia untuk dingap....huhuhu...sekali hadap terus habis...ingat nak simpan dalam peti ais..katanya makan sejuk2 la sedap...tapi tak merasa la...lain kali la buat lagi....


resipinya ambik kat mana dah tak ingat dah.....

Tuesday, March 23, 2010

"SEPULOH" OR "SEPULUH"

pic thanks to wikipedia
Gambar memang takde kena mengena dengan ini entry tapi sebab ada sepuluh jari ok la kot.....berkaitan gak la..hehehe
Huhuhuhu...sebelum nih tak pernah lagi kena tag nih tapi sebab kali ni me dah ditag oleh kinakoyu@mama adam jadi nak tak nak kena la buat gak...nasib baik la tag nih senang je nak jawab n ada sepuluh soalan je yang wajib dijawap buatnya ada 20 soalan sampai esok pagi tak siap lagi buat tag nih hehehe....
sebelum me jawap nak tanya sepuloh ke sepuluh? mana satu yang betul ejaan nih...hehehe confuse je...takpe la apa apa je la kan....
so kita teruskan dengan tag nih.....

Cara-cara: Copy Tajuk entry “sepuluh” dan paste di post anda..

Anda dikehendaki untuk menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan bahasa melayu sepenuhnya.

Sila jawab dengan jujur..

[#1] Siapakah diri anda di rumah?

Jawapan: huhuhu ni susah nak jawap sebab kena tanya orang yang duduk serumah dengan kita la kan...kekadang jadik maid..kekadang jadik doktor...kekadang jadik driver..hahahha

[#2] Siapakah diri anda disamping rakan?

Jawapan: ni pun susah nak jawap kena la tanya rakan2 kita...kalau tanya yang baik dengan kita mesti la dia kata kita ok kan...kalau tanya yang tak rapat lak mesti jawapan sebaliknya..hehehehe

[#3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai

Jawapan: Mengikut turutan

1. nak rumah yang besar sikit dari sekarang...takyah rumah banglo pun cukup la semi-D ke yang pasti kena ada 4 bilik n 1 stor.
2. Menunaikan haji dan umrah.
3. nak pakai MPV
4. Hutang dalam bank semua habis dibayar.
5. nak hidup bahagia dunia akhirat.hehehhe

[#4] Siapakah nama pasangan anda?

Jawapan: Shafiee bin Mohammed

[#5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda

Jawapan: Takkan 5 je...

1. Simple n cool - hohohoho
2. Kalau bab makan tak cerewet - masak sardin pun takpe...hahaha...senang keje bini dia.
3. Pandai melukis.
4. Kalau ajak pergi memana ikut je.
5. Suka buat kejutan - bebila dia nak bagi sesuatu benda tak cakap pun terus bagi je..hahahha...

[#6] Bila tarikh anda couple?

Jawapan: Tarikh couple pun tak ingat la....tapi kalau tak salah dalam bulan 4 sebab 6 bulan pastu terus kawin hehehe....

[#7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?

Jawapan: ermmm....ni rahsia kot...hohoho...tapi berlaku dalam masa terdekat..laa..

[#8] Lagu tema cinta anda?

Jawapan: takde kot....maklum la dah tua mana ada lagu cinta2 ni deh..hahaha

[#9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?

Jawapan: nak mintak dia kurangkan merokok boleh tak?

[#10] Tag 10 rakan ada yang lain

ermm...nak tag sape ye...taktau la...tak ramai kawan kat alam maya nih........

takpe la kita stopkan tag nih kat sini ye......maybe dorang yang kina tag tu boleh panjangkan kepada kengkawan yang lain....
tapi kalau ada sesape yang sudi boleh buat k...


fuhhhh lega dah siap tugasan buk guru...wakakaka!!!!!

Monday, March 22, 2010

masak masak sabtu lepas

pagi sabtu lepas teringin lagi nak buat roti jala.....so buat lagi la lagipun anak2 semua ada kat rumah sebab cuti sekolah......tapi gambar tak sempat nak ambik sebab dah lapar sangat..kali ni buat makan dengan kari ayam campur kentang...ingat tengahari nak makan kari ayam tu lagi sebab buat banyak...tengok2 dah licin laaa...kena la masak lauk lain lagi...
kali ni masak tomyam campur dengan telur bungkus....abaikan je la gambar yang blur tu ye.....and telur bungkus yang dah macam telur lipat je...sebab malas nak lipat wakakaka.....

petangnya pulak lepas suruh bebudak pergi mandi ingat nak bawak diorang gi PWTC kan ada pesta buku.....tetiba lak ada kes kecemasan...masa si abang siap mandi kaki dia terpijak kaca cermin yang pecah kat dalam bilik air....pagi tu masa kaca tu pecah dah buang..dah basuh bilik air tu ingat dah takde kacanya rupanya ada lagi terselit kat tepi pintu....
memula dia tunjuk tu ingat kan sikit aje lukanya....ambik minyak gamat je la sapu lepas tu tenguk kain lap dah penuh dgn darah dia pun dah jerit2 panggil mak kata darah banyak keluar apa lagi terus bergegas bawak dia gi A & E kat HKL.....pergi pukul 6....sampai pukul 9 baru la habis...check doktor...pegi x-ray..kemudian jahit luka....last2 abang kata lapar dah dia penat menunggu.....ingat nak ambik gambar kaki dia masuk blog dia segan lak hahahha.....dah nak malang kan nak buat camner.....so tak jadi la nak gi pesta buku...tengoklah minggu depan kalau ok kaki dia leh la pegi kalau tak...tak dapat la nak pegi.....doktor suruh datang check balik 30 haribulan nanti...doktor nak tetaskan jahitan tu la.....hmmmm

"I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair"

huhuhuhu...lama tak bukak gmail tetiba ada lak email dari nuffnang....walaupun dah terlewat entry nih tapi me nak buat jugak...kalau ada rezeki adalah kan...
by the way me tak pernah lagi join satu pun event dari nuffnang....menang hadiah pun tak pernah....... dapat duit pun tak pernah lagi...huhuhuhu...memang tak bertuah agaknya...hehehe...apapun kalau dapat join kali alangkah bestnya kan?
berdasarkan tajuk diatas kita dah dapat agak mesti seronok kan kalau dapat join....
senang je kalau anda semua nak join....

Gatsby Deodorant Street Fair nih...ni me sertakan tarikh, masa dan tempat ia akan diadakan...check it out

Date: 17th April 2010
Time: 10am till 5pm
Venue: Front Foyer, Ground Floor, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

ada lucky draw, ada macam gadget worth RM15000 untuk kita grab...best2 kan....

dan ada macam2 exciting games yang boleh kita sertai...salah satunya ialah...

Sumo Wrestling (in air bag suits!)

macamana lah agaknya nanti sumo wrestling ni eh.....huhuhu excited nih nak ke berjaya times square...

kalau nak maklumat lebih lanjut silalah ke laman web nih ye
so check it out...mana tau kita terpilih antara reramai nih untuk join event nih....nak gak rasa join event yang nuffnang anjurkan....huhuhu...

laman web nya ialah www.gatsby.com.my/streetfair

Friday, March 19, 2010

betul ke tak ni ek?

lately selalu dapat email macam nih...betul ke tak ni ek? nak percaya atau tak......cuba baca email dibawah nih...agaknya kalau menang kayo makcik hehehehe.....ragu2 gak nih...
me paste kan kat sini email yang me dapat nih...sesama la kita renungkan mana ada orang nak bagi duit bebanyak camni dalam ekonomi gawat nih kan....

let us read it together...

PEPSI BOTTLING COMPANY.
#14 Cruze Row London,
DX LDE 17 WC1R 4BU
United Kingdom.
TEL: 0044-8712379771
0044-8712379772

DATE: 11-03-2010
Ref: TYL /2651043017/09
Batch: 49/8319/IPL
Winning number:IPL/79788/90

Congratulations winner.

The Board of Directors and the International Promotion Department of Pepsi Bottling Company in conjunction with the Euromillones Intl wish to gladly inform you that your email Address won prize money of (EURO250,000.00) on our Online Monthly Lottery Email Address NCSP (NEWYEAR CRISIS SOLUTION PROMO) programmer.

This is a program aimed encourage you to patronize our products and also Help families with the current Global crisis allover (Europe, American, Asia
And Africa), hence no ticket sold.

To claim your winning prize you are to send the following information About yourself to the claims processing manager for verification & Direction.

Do contact the processing manager with the below contact Information;

******************************
*********************************

Name:Mr. Francise Jones/ James Mark

E-mail: 2010promo@i12.com

Tel: 0044-871-237-9773
Tel: 0044-871-237-5971

Claims Processing Manager,
Payment and Release order Department,

***************************************************************

1.FULL NAMES:

2.CONTACT ADDRESS:

3.AGE:

4.TELEPHONE NUMBER:

5.SEX:

6.OCCUPATION:

7.NATIONALITY:

8.COUNTRY:
9.YOUR WINNING NUMBER:
10.HOW DO YOU FEEL AS PEPSI LUCKY WINNER:

10.I____________________________ hereby declare that the above information is true and binding on me.If at any time it is discovered that I have given false information, I will forfeit my rights to my winnings.

Be further advised to maintain the strictest level of confidentiality until the end of proceedings to circumvent problems associated with fraudulent claims.

This is part of our precautionary measure to avoid double claiming and unwarranted abuse of this program.

Congratulations once again and kindly get back to us as soon as you contact your claim agent.

Mr.Thomas Smith
Pepsi Online Co-ordinator

Wednesday, March 17, 2010

ayam panggang madu lagi

huhuhu...dah lamanya tak buat entry..malas benar semenjak dua menjak nih...taktau la apa nak jadi...blog pun dah berabuk bersawang dah..
sejak2 tak sihat ari tu sampai la sekarang macam takde mood je nak update blog...ermm..pengunjung pun dah berkurang dan semakin berkurang la ni....lagi la malas rasa nak update...tapi takpe la...masukkan je la entry masak2 cuti sabtu ahad ari tu....kali ni buat ayam panggang madu lagi tapi guna sekor ayam.......so puas la makan bebudak yang kelaparan sentiasa masa cuti sekolah nih.....

makan dengan sos lada hitam
sesape yang rindu nak tengok muka budak tecik nih...ni la dia ahmad masa umur 5 bulan lebih..ehehe dah pandai main2 dengan abang2 and kakak2...dah pandai angkat bontot kalau orang agah dia...

Friday, March 12, 2010

muffin coklat chips

dah lama dak aina request suruh buat muffin sebab dia nak bawak bekal gi sekolah agama...nak makan dengan kawan2 katanya.....tapi 2,3 ari ni badan rasa tak sihat je....tekak perit...hidung plak asyik berair je...kepala berat...pukul 9.30 abis cite panda man kat 8tv terus ajak si kecik tu tido....ok lah berbalik kepada muffin tadi..(chewah dah macam chef lak ni)
semalam buat jugak la tak sampai ati tengok muka monyok kak aina tuh....sian dia sampai sekolah dah nak cuti baru mak buatkan....
sampai pukul 12 malam baru siap membakarnya...
kali ni gambar disertakan sekali resipi supaya tak tertanya2 pembaca blog sekalian..hehehhe....
resipi ni main salin je dari internet dah tak ingat resipi sape...harap tuan resipi halalkan ya kita publish kat sini.....

ni dah simpan dalam bekas dapatlah dalam 22 biji...cup saiz medium tu...

seperti yang dijanjikan ini lah dia resipinya...

Muffin coklat chips

Bahan2

250 gm tepung gandum
2 s/b serbuk koko
160 g gula halus
1/2 s/t soda bikarbonat
2 s/t baking powder
1 biji telur gred A
1 s/k esen vanilla
90 ml minyak sayur
250 ml susu segar
100 gm coklat chips

Cara2
Ayak bahan-bahan kering iaitu tepung, serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder.
Campurkan bahan yang diayak tadi bersama gula.
Didalam bekas berasingan campurkan minyak sayur, susu segar, esen vanilla dan telur. Kacau sebati, kemudian masukkan bahan kering tadi kedalam campuran bahan basah.
Kacau sebati, kemudian masukkan coklat chips. (Tinggalkan sedikit coklat chips untuk hiasan)
Gaul sebati.
Alas acuan muffin dengan cawan kertas.
Kemudian boleh lah masukkan adunan muffin kedalam cawan kertas tadi sehingga 3/4 penuh.
Tabur sedikit coklat chips diatas untuk hiasan.
Panaskan oven selama 10 minit.
Kemudian boleh lah dibakar muffin tadi dengan suhu 160C selama 20-22 minit bergantung kepada oven.

sekian....selamat mencuba..hehehehe

Thursday, March 11, 2010

drawing again

drawing ni buat saje-saje je.....tapi belum siap lagi nih maleh nak siapkan..so enjoy je lah yang ada ni ye.....nak tulis bebanyak pun cam takde mood je 2 - 3 ari ni nak post entry....mana nak carik mood ni taktau la...huhuhu


Monday, March 8, 2010

masak-masak hari ahad

hari sabtu lagi dah rancang nak masak mee bandung muar...tapi encik hubby lak request nak makan lontong, nasik impit n kuah kacang...so petang tu bergegas la pegi hero beli bahan-bahan nak buat lontong...
tercapai jugak la hasrat hati nak makan lontong pagi ahad tu...resipi tak payah la ye sebab biasa je....

puas la bebudak tu makan bertambah-tambah senang hati maknya tengok hehehe....

petangnya lak masak la jugak mee bandung muar sebab abang request nak makan mee bandung macam kat giant tuh...ari tuh tak puas makan sebab rasa sikit mak punya je....
dak aina pun makan bertambah-tambah dia...selalunya tak pernah selera macam tu sekali...hehehe sedap la tu agaknya....

Friday, March 5, 2010

Resipi Pizza

huhuhu...hari ni baru nak taruk resipi pizza nih...walhal janji dengan hafizsidah nak masukkan petang semalam...maaf la ye sebab bz skit semalam..tak sempat nak taip pepanjang..nak buat entry lelain pun tak sempat...seperti yang dijanjikan tadaaa...harap hafizsidah puas hati la ye...jangan serik datang blog akak...hehehe...selalu je malas nak masukkan resipi...

Pizza

Bahan-bahan

Kulit
500 g tepung gandum (kalau nak guna tepung roti leh jugak)
1 packet yeast mauripan
1 s/k gula
1 s/k garam
1 s/b margerin atau shortening
1 cawan air suam
1/2 cawan minyak

resipi ni untuk 2 keping pizza sederhana

cara-cara

gaul rata semua bahan hingga betul2 lembut
tudung adunan dengan kain lembab atau plastik hingga naik 2 kali ganda
tumbuk-tumbuk adunan untuk keluarkan angin
bahagi adunan kepada beberapa ketulan
bulatkan adunan dan leperkan mengikut besar yang dikehendaki
biar adunan naik sedikit (biar lebih kurang 15 minit)
bakar dalam oven yang telah dipanaskan 180'C selama 10 minit atau lebih
keluarkan dan tabur bahan inti dan topping
bakar lagi hingga keju cair

inti pizza

2 ketul dada ayam/250 g daging kisar
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji capsicum kecil
3 keping nenas
1 cawan cendawan butang (potong nipis)
2 biji tomato
100 g parutan keju mozarella
1 s/b minyak
3 s/b cili sos
1 cawan tomato sos
1 s/k serbuk daun oregano
sedikit garam

cara-cara

potong dadu semua bahan
tumis bawang yang telah dimayang sehingga layu
masukkan ayam dan garam serta daun oregano
masukkan pula cili sos dan tomato sos
kacau hingga pekat
ratakan inti atas kulit pizza
tabur tomato, nenas, capsicum, cendawan dan keju diatas inti tadi
bakar hingga masak

Thursday, March 4, 2010

Resipi Biskut Coklat Chips

seperti yang dijanjikan inilah dia resipi biskut coklat chips...khas untuk hafizsidah dan eyra yang mintak me letakkan disini..
baru ingat resipi ni ambik dari blog kak hanieliza...chef yang terkenal tu...mintak halal ye kak...tapi me dah edit sikit untuk dapatkan bentuk bulat....dan dah tambah benda lain sebagai ganti nestum tuh...kalau nak tengok resipi asli leh tengok kat blog kak hanieliza ye...

Biskut Coklat Chips

Bahan-bahan

250 g butter
160 g gula perang
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla

Bahan B (gaul rata)

230 g tepung gandum (akak tambah sikit supaya senang dibulatkan)
20 g serbuk koko (ayakkan bersama tepung gandum supaya sebati)
100 g coklat chips
50 g coklat chips putih
50 g badam cincang (bakar atau sangai)
50 g cornflakes (dikisar)

Cara-cara

1. Gaul butter dan gula hingga sebati (jangan gaul terlampau lama nanti biskut kembang sangat)
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla...kacau rata.
3. Masukkan bahan B dengan perlahan...gaul sebati dengan senduk kayu.
4. Bulatkan adunan menjadi sebesar guli dan leperkan sedikit.
5. Letakkan adunan didalam loyang dan bakar pada suhu 170'C selama 20-25 minit didalam oven yang telah dipanaskan.
6. Sejukkan kemudian boleh lah disimpan didalam balang kedap udara.

p/s akak letak coklat chips kat atas sebab anak-anak suka macam tu...
suhu dan masa membakar bergantung kepada oven dan oven hendaklah dipanaskan selama 10 minit sebelum mula membakar biskut...

Wednesday, March 3, 2010

gali-gali contest

hehehe...dengar tajuk cam lucu je...terus teringat lagu salleh yaakob dedulu....gali lubang tutup lubang pinjam uwang bayar hutang......
tujuan entry nih bukan nak cite pasal lagu salleh yaakob tuh...ni tajuk contest terbaru kat blog popular tuh..kasehabadi.blogspot.com...
me terpanggil untuk join sesaje la mana tau bak kata tuan empunya blog merasa me pakai telekong mahal sape tau kan...huhuhu...
ni dia syarat2 contest tersebut.....
me copy n paste je dari blognya...


Kasehabadi.blogspot.com kini menganjurkan contest yang diberi nama Gali-Gali Contest.Anda cuma perlu baca dan tinggalkan komen disetiap entry baru.kalau tiada entry baru..makanya anda perlu la gali menggali entry-entry yang lama.Tak perlu jadi followerkalau jadi pun bagus jugak cuma buat entry menggunakan tajuk Gali-Gali Contest dan lekatkan banner diatas beserta backlink contest ini disidebar blog anda bertujuan untuk promosi.Senang kan? mari kita lihat syarat-syarat penyertaan:-

1.Terbuka kepada semua blogger lelaki/perempuan.
2.Mestilah mempunyai blog sendiri dan blog mestilah melebihi usia 1minggu.
3.Setiap Komen mestilah tidak kurang dari 30 patah perkataan.
4.Hanya 1 komen pada setiap Entry(pada yg pernah komen di entry sebelum ni,masih boleh komen kali ke-2)
5.Contest ini bermula dari 03/03/10 dan berakhir pada 31/03/10 pukul 11.59pm.
6.Hadiah akan diberikan kepada 3 Pengkomen paling banyak dan jika penyertaan mendapat sambutan hadiah akan ditambah.
7.Hadiah untuk Gali-Gali Contest ini diterbangkan khas dari Jakarta Indonesia-Telekung Cotton Paris.

Apa tunggu lagi..mai la Gali-Gali !

haa oleh itu apa tunggu lagi mai la kita sesama menggali-gali di blog cikmin....mana tau gali-gali jumpa telekong cotton paris tuh...hehehe

PINK MUSLIMAH GIVE AWAY CONTEST

baca pasal contest nih kat blog ummi hanie.....so terpanggil la untuk join cara-caranya mudah je.....scroll ke bawah ye....
hadiahnya sehelai kaftan....green huhuhu i loike...green hehehe....memang menawan dah tengok dah hadiahnya...mari la cepat-cepat join mana tau nasib baik dapat la kaftan yang menarik hati tu..boleh la bergaya depan cik abang hehehe......
ni dia syarat-syaratnya......

me copy n paste je dari blog pink muslimah ye.....

Greetings & Salaam All Gorgeous People !

PINK MUSLIMAH proudly announcing its very FIRST FREEBIES or GIVEAWAY !! YEAYYY !! (^_^)



The T&Cs are very EASY .
Don't worry i won't bother you with a long-list T&Cs ok . :p
  1. Be a PINK MUSLIMAH STORE Follower . Reason : So that u will not miss any updates from me . (dah jadik follower)
  2. Put this giveaway banner together with baclink on your sidebar where i can detect it easily .(dah tepek dah kat side bar)
  3. Make the SIMPLEST entry about this giveaway/freebies .(dah buat entry dah)
  4. Don't forget to leave your entry' s link BELOW (in the comment box) .(sudah jugak)
  5. Winner will be chosen via RANDOM.ORG .
Damn easy rite?

This GIVEAWAY will be held starting 1st of March '10 till 7th March '10 . Only 1 WEEK !

So what is the FREEBIES ??

Of coz this beautiful EMERALD GREEN kaftan !!





the other view of Emerald Green kaftan ...

FREE NI TAKKAN TAK MAU ??? : p

ANDDD ...

I also decide to give the number 2 & 3 winners prize too .

What are the prizes ??

A RM10 VOUCHER to shop in PINK MUSLIMAH STORE .



ini adalah baucer SAMPLE sahaja yer !

Opssss .... baucer sebenar tak boleh dipaparkan di sini ... Hanya PEMENANG2 BERTUAH sahaja yang berhak melihat dan menggunakannya . : p . Jangan mara aaa ...

So hurry up ! Don't miss this FREEBIES ! And don't forget to tell ALL your friends too !

so dah lengkap dah syarat2nya.....apa tunggu lagi kawan2...jom ramai2 join ini contest daaa...


Tuesday, March 2, 2010

buat biskut coklat chips

hari ni cuti sebab hantar dak ahmad gi klinik untuk 5 bulan.....sempat la buat biskut coklat chips....cuma taruk coklat chips putih n coklat chips biasa je....lain kali kalau nak buat lagi nak taruk badam cincang sikit la baru best kan.....

ini dah letak dalam balang
dapat la 2 balang kecik.....

sekarang ahmad dah pandai meniarap dah....dah pandai alihkan tangan kalau meniarap....dah fully ok la bila meniarap tak macam sebelum ni bila meniarap je jatuh balik n tak reti nak alihkan tangan dia..

resipi nanti la ye tak ingat dah resipi sape guna nih...main salin je dulu...

Monday, March 1, 2010

kenduri kahwin

ari sabtu sempat la pegi kenduri kawin anak pak sedara sepupu dekat bentong....sampai2 je makanan dah nak abis....memula ingat taknak pegi sebab dak ahmad tak sihat tapi mengenangkan orang dah beria-ria mengajak pegi la jugak sudahnya sampai orang dah nak abis dah...jadi la...dapat la...gift ni je....

dalam beg kertas tu ada ni...

benda nih ingat apa rupanya frame gambar kecik hahaha....

ini la satu2nya gambar kat kenduri kawin tu kakak alia dgn ahmad

balik dari kenduri tu ingat nak terus ke raub....rumah bapak tapi bapak lak berjalan2 ke mempaga...so kami pun terus kan perjalanan balik......sebelum tu sempat la singgah kat hutan lipur lentang sebab bebudak nak mandi2...dah bawak sesiap baju dari rumah tu..kalau tak singgah kang ada yang muncung je muka sampai besok pagi kekdahnya...layankan jela...tapi lipur lentang skang air dia dah tak bersih cam dulu la....
ini kat dalam tandas bersih la


ini lak gambar ahmad yang teruja nengok kakak2 n abang2 nya mandi

ini gambar2 kat sekitar situ

bye bye nanti kami datang lagi terima kasih

klik ni juga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails