jom klik-klik nuffnang

anak-anak

anak-anak

Monday, August 29, 2011

biskut raya ketiga dan puding karamel

Semalam buat biskut raya yang ketiga untuk tahun nih.....rasanya dah takde kot biskut raya hahaha....malam ni cuma nak buat cornflakes madu je dengan anak dara....hmmmm
semalam buat biskut dahlia ni dengan anak bujang sulung dengan anak dara besar...macam2 bentuk dah jadinya...ada yang comel ada yang cute ada yang gemuk ada yang kurus.....hahaha jadi lah ada gak orang tolong kalau tak tak larat nak abiskan 2 adunan tuh....yang penting biskutnya sedap....resipi ambik kat dalam majalah wanita edisi khas syawal.....nanti tepek kemudian....layannn....



pastu untuk berbuka buat puding karamel versi kak nanirostam yang easy peasy tuh...senang je main kacau2 je....resipi dah pernah tepek dulu kat sini.....


Wednesday, August 24, 2011

Tuesday, August 23, 2011

biskut raya kedua

Semalam sambil2 cuti sebab jaga si Ahmad dapat attack lagi...kena la sedut gas...hari ni nampak dah ok sikit...harap2 Ahmad sihat sebelum hari raya kesian dia.....
so semalam sambil2 tu buat ler biskut raya kegemaran ramai kat rumah nih biskut coklat chips.....buat 2 adunan terus nasib baik senang je buat biskut nih...just gaul2 dah jadik...then sudukan je kat atas dulang dah jadik...dapat la 4 botol kecik...sebotol dah habis...tinggal ler 3 botol untuk raya...layannnn....








resipi ni macam biasa guna resipi chef Hanieliza...thanks akak for the marvelous resipi....dan jugak majalah keluarga keluaran terbaru ni...resipi sebijik cam ka liza punya hehehe.....

Thursday, August 18, 2011

biskut raya pertama

Hari sabtu lepas sempat la menggulung tart dengan anak dara......mak tekan dia gulung...dapat la 2 bekas ni....jem dah buat siap2 masa hari ketiga puasa..hehehe......skang tart ni dah tinggal sebekas je lagi....kena buat lagi la nampaknya....jem pun ada lagi.....layannnnn







Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday

sebelum


ketika kejadian


duduk diam je bila orang nak potong rambut...good boy...


selepas
dapat gula-gula




Tuesday, August 9, 2011

Yeah Yeah Duit Raya!!!!

Akhirnya dapat gak duit bonus setelah bertahun-tahun tak dapek.....jadi la 1/2 bulan gaji pun kan....Alhamdulillah dapat gak simpan buat belanjan sekolah anak awal tahun depan.......
kredit to harian metro online dan bernama

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

“Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan, semalam.
Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas itu dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri.

“Ini menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan,” kata Najib.

Katanya, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. - Bernama


Thursday, August 4, 2011

klik ni juga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails