jom klik-klik nuffnang

anak-anak

anak-anak

Wednesday, March 30, 2011

His dream comes true!!!!!!

Hari tu ada la jalan2 then gi makan dekat C4 wangsa maju....tengah2 makan tetiba bujang kecik nih excited giler terus nak keluar dari kids chair tuh..melompat2.....ingatkan apa? rupanya dia nampak 2 orang maskot..tengah berjalan kat depan dia......kak aina pun excited..cepat2 la makan nak gi mengekor kemana 2 orang budak comel pergi hahaha......
ni la dia yang buatkan si bujang kecik melompat2 bagai nak rak..it's like a dream comes true for him.....la....

memula ingat takleh ambik gambar so ambik ler gambar sipi2 je.....pastu rupanya boleh ambik gambar but masa tu bateri handphone dah kong huhuhu.......sebenarnya kalau beli susu S26 dapat ler putar roda impian...then dapat la barang2 edisi terhad upin dan ipin....but sebab si bujang kecik tak minum susu tu it's not worth to buy just to spin the wheels kan......
petangnya pulak buat nih.roti arab cicah sambal sardin


Monday, March 28, 2011

Mesyuarat PIBG sekolah

Hari Sabtu pagi2 lagi dah bangun untuk ke mesyuarat PIBG sekolah kakak...teruja la nak pergi maklum lah ini kali pertama hadir ke sini untuk bersama2 ibu2 dan bapa2 yang lain.....walaupun mesyuarat ini bertindih dengan mesyuarat PIBG sekolah abang amin dan kak aina.....oleh kerana Mr. Hubby takleh nak hadir terpaksa la pilih salah satunya......inilah antara gambar2 yang dapat diambil.....

orang dah sampai baru lah terhegeh-hegeh nak pasang skirting kat meja AJK PIBG........hmmm


ini pulak penceramah undangan Encik Idzhar bin Jumali dari kumpulan nasyid Nowseeheart.....memang tak nampak mukanya kan sebab kamera cikai je hahaha......

 
memang best ceramah dia yang bertajuk "anak cemerlang peranan siapa?".....sebab selama ni semua salah menyalahkan antara satu sama lain.......dia mengambil iktibar dari kisah nabi Sulaiman.....memang banyak pengajaran yang dapat.......ermm pemilihan Ajk PIBG..macam biasa la tahun lepas punya orang daaaa....
perut dah lapar...tekak dah dahaga.....nasib baik la ada sponsor nasi minyak dengan ayam masak merah...ada sikit acar timun je pun huhuhu...dengan air mineral....jadi la rezeki...ermmm

Thursday, March 17, 2011

Donut Cakcibur

Me tahu dah ramai yang cuba buat donut nih...dan semuanya menjadi kan......sebelum nih takut nak try memana resipi donut sebab kalau me buat mesti tak jadi lembut macam yang dikehendakki.....so dengan perasaan teruja me pun cuba la buat..dan hasilnya tadaaaa....memang lembut dan gebusss..puas hati sangat.terimakasih bebanyak pada tuan punya resipi iaitu cakcibur.......
Tapi donut nih tergaring sikit but still sedap huhuhu..me topping dengan coklat masakan lepas tu tabur dengan gula2 warna-warni.....si bujang kenit sibuk nak curik gula2 nya saja....
so layan......




ni pulak resipinya dari cakcibur......thanks again ye..mintak copy kat sini untuk rujukan akan datang..hmmm..


Bahan-bahan ( 20 - 30 biji bergantung pada saiz )

  • 1 biji ubi kentang sederhana besar
  • 5 gm yis kering @ 1/2 paket mauri pan
  • 1/3 cawan @ 73 gm minyak masak
  • 1/3 cawan @ 73 gm air suam
  • 1/4 tin @ 126 gm susu pekat manis
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
  • 500 gm gandum

Cara-cara

  1. Rebus kentang sehingga empuk dan kisar kentang bersama 1 cawan air suam.
  2. Satukan yis, gula, air suam, minyak, susu, garam dan kentang kisar.
  3. Masukkan tepung sedikit dan kacau dengan hujung jari.
  4. Masukkan baki tepung dan uli sehingga menjadi doh. Doh ni memamg lembik sedikit tapi tak pe.
  5. Ambil doh dan bulat-bulatkan ikut saiz kesukaan. Susun doh dalam dulang dan biar naik 2 kali ganda
  6. Panaskan minyak dan buat lubang ditengah-tengah. Goreng hingga masak.

Friday, March 11, 2011

Muffin coklat chips

Hari Isnin lepas.....anak dara kecik nih sibuk suruh buat kek...nak bawak n hadiahkan pada kawan baik dia sempena birthday kawan dia tuh......so oleh kerana mak dia malas nak bukak n basuh mixer....so mak dia yang malas ni pun offer la nak buat muffin je untuk dia........so nasib baik la minah tu setuju kalau tak malas betul la nak mengadun kek tetengah malam.....berapa banyak so daa......
Dengan bantuan chef kecik maka jadilah muffin coklat chips nih......suka la hati dia.....dapat abang amin bawak bekal...huhuhu.....


yang ni dah letak dalam bekas untuk anak dara kecik bawak gi sekolah.....teruja dia nak bagi kawan2 dia rasa....



tengoklah pembantu chef nih sampai tertido dibuatnya menunggu muffinnya masak hahaha

ini pulak bagi yang nakkan resipinya..sumber dah tak ingat kat mana sebab main salin je dulu...terimakasih pada yang empunya resipi....

Muffin Coklat Chips

Bahan-bahan ( lebih 20biji..ikut size cup )

  • 250gm tepung
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 175gm gula
  • 150gm coklat cip
  • 250ml susu segar
  • 90ml minyak
  • 1 biji telur A
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara

  1. gaul semua bahan kering dalam satu mangkuk.
  2. gaul bahan basah dalam mangkuk lain n masukkan campuran bahan kering tadi. gaul rata, masukkan coklat cip, gaul lagi.
  3. letak dalam papercup, tabur coklat cip lagi jika suka . bakar selama 20min.

Tuesday, March 8, 2011

Happy women's day!!!!

Terbaca status member kat facebook.....betul ke hari ni hari wanita......so kalau betul la....me nak ucapkan..Selamat Hari Wanita kepada semua wanita tak kira yang bergelar ibu atau anak atau nenek...hehehe
kalau lah di hari wanita ni menjadi cuti umum buat semua wanita kan best...boleh la kita wanita2 sedunia merehatkan diri dari bebanan kerja di rumah...bergelumang dengan kain baju tak berbasuh dan bergosok dan berjemur dan.....dan....dan.....yang takkan berkesudahan...kalau lah hari ni me dapat melepak sakan tanpa perlu memikirkan nak masak apa untuk sarapan pagi...nak masak apa untuk tengahari...nak masak apa untuk malam...huhuhu...migraine makcik....
Anyway.....hentikan celoteh.....tingkatkan prestasi....Happy Women's Day...untuk semua yang bergelar wanita.....
nak masak inikah????

atau inikah????


atau inikah????

Peningnya menjadi wanita berkerjaya...hahahaha

Thursday, March 3, 2011

15 tahun menunggu.....akhirnya dia tiba juga!!!!!!

15 tahun bukan masa yang singkat penuh dengan dugaan dan cabaran tapi itulah kata orang sudah tersurat sejak azali apa yang ditakdirkan sudah tertulis kan.......tentunya semua pembaca tertanya2 apa yang berlaku sebenarnya.....apa yang ditunggu......jeng...jeng.jeng....
Ya sebelum tu nak ucapkan tahniah kepada kakak dan abang ipar dengan kelahiran bayi sulung mereka hari isnin lepas melalui pembedahan.......
Untuk pengetahuan semua dah 15 tahun mereka kahwin dan baru inilah dikurniakan cahayamata......begitu lama masa yang diambil......begitu banyak dugaan dan bermacam2 cakap2 orang yang terpaksa ditelan...almaklumlah kan kalau perempuan ni kahwin dah lama tak mengandung2 macam2 la orang mengata...terutamanya dikalangan saudara-mara......tapi takpe lah penantian tu 1 penyiksaan kan......kesabaran itu ada hikmahnya.......Allah menguji orang2 yang sabar.....semoga dengan kelahiran baby ni dapat menepis segala cacian yang diterima selama ini......
Dan inilah dia baby yang bertuah itu.......baby girl yang cute.........nama belum tahu huhuhu.......

Tuesday, March 1, 2011

Bubur nasi dan nasik ayam

Hari sabtu lepas teringin nak makan bubur nasik so pagi2 dah tenggek periuk kat atas dapur...maklumlah bubur kan lama nak masak......so kelebek2 dalam peti ais..taktau nak buat lauk apa.....yang ada cuma paru.....so apa lagi terus la goreng paru dengan lada merah....goreng pulak telur dadar untuk minah kenit dgn bujang kecik tuh.....so apa lagi tertunai lah hasrat nak makan bubur...


layan.....
tengaharinya pulak masak nasik ayam.....nasiknya tak sempat nak enterframe dah lapo belaka umat kat rumah nih....hehehe...


 dessert lak buat dadih perisa oren......nikmatnya makan sejuk2...huhuhu.....

klik ni juga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails