jom klik-klik nuffnang

anak-anak

anak-anak

Thursday, September 30, 2010

Gambar kek dan sambutan birthday Ahmad!!!

Sebenarnya takde sambutan apapun kami just beli kek dan sedikit sebanyak makanan untuk celebrate birthday boy tu.....
beli kek dekat C4 sebab nak carik kek upin dan ipin.....rupanya takde la pulak
soo inilah gambar2 kek n bujang kecik yang skang nih bukan main susah nak ambik gambar dia...
hadiah dah bagi awal2 set playing gym n train set dari ayah......
ini gambar kek black forest.....takde upin ipin taruk gambar teletubbies heheehe


 ni ada 2,3 keping gambar birthday boy......susah nya nak ambik gambar dia sekarang.....sampai menangis-nangis huhuhu





Wednesday, September 29, 2010

Birthday Card dari achik Atie

Terima kasih untuk Atie atas ingatan kat Ahmad....dan doa jugak...siap buat entry lagik untuk Birthday Ahmad kat blog dia tu huhuhu (boleh view kat sini)...terharu nih...
Ahmad memang suka kat Pooh....kalau nampak je patung Pooh terus melompat2 dia....Achik Atie macam tau2 je taste Ahmad...nanti kita post gambar2 masa birthday Ahmad....malam2 sikit ye...
Thanks again ya....

Tuesday, September 28, 2010

Selamat Hari Lahir Ahmad

Hari ni dah genap setahun Ahmad...kejap je dah besar anak mak...semoga Ahmad panjang umur murah rezeki...jadi anak yang soleh...Amin...
ni gambar Ahmad masa hari pertama dilahirkan...


ni gambar Ahmad masa bawak balik ke rumah

ni ahmad masa umur 6 bulan (1/2 tahun)

nak tengok gambar latest kena letak esok la masa sambutan birthday dia malam nanti...okey daa....

Saturday, September 18, 2010

Pelakon M.rajoli meninggal dunia

masa selak2 harian metro online nak tengok latest info pasal Datuk Sosi n the rest terbaca la pasal nih...Alfatihah untuk Arwah M.Rajoli dan juga untuk Datuk Sosi n the rest....semoga keluarga mereka tabah...
ini ada me copy dari harian metro pasal berita ni....
kredit to harian metro online n bernama

gambar dari mr google
KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon terkenal M. Rajoli meninggal dunia di Hospital Ampang di sini, pada pukul 10.55 malam ini akibat penyakit kelenjar kanser otak.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik berkata, Allahyarham dirawat di hospital itu sejak tengah malam semalam setelah mengalami komplikasi penyakit itu.
"Allahyarham meninggal akibat penyakit lamanya itu dan dijangka akan disembahyang dan dikebumi di Keramat petang esok," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata hampir keseluruhan anggota keluarga Allahyarham berada bersamanya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya.

Harun berkata, pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar kepada industri perfileman negara kerana Allahyarham adalah 'bintang yang sentiasa menyinar'. M Rajoli atau nama penuhnya Mohd Rajoli @ Mohd Rajab Mohamed, 64, menghidap penyakit kelenjar kanser otak sejak 2007 dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Beliau dimasukkan ke HKL pada 10 Oktober 2007 dan dibedah pada keesokannya apabila doktor mendapati komplikasi penyakit di otaknya.

Selepas tiga minggu berada di Unit Neurologi, HKL, beliau dipindahkan ke Hospital Ampang pada 1 November 2007 untuk menjalani rawatan susulan kimoterapi dan fisioterapi sebelum dimasukkan ke HKL semula untuk rawatan radioterapi kerana keadaan jantungnya yang lemah.

Allahyarham terkenal dengan lakonan versatilnya dan pernah membintangi pelbagai drama dan filem antaranya Congkak dan Lembing Awang Pulang ke Dayang.-Bernama

Tuesday, September 14, 2010

Selamat hari raya

selamat hariraya diucapkan kepada semua pengunjung my blog nih
baru nih nak update sebab kesuntukkan masa hehehe....tahun ni gambar raya pun takde lor....
ni gambar kuih raya ke 4 dan ke 5....
ni biskut tat gulung hehehe


iklan sat....
penat sungguh anak bujang kenit menolong buat biskut raya sampai tertido ternganga-nganga hahaha
ni lak biskut dahlia..anak dara buat nih hehehe
ni sebelum bakar cantik je.....
ni lepas bakar semua leper je hahaha jadi la rasa sedap........
tu je la ya...nak taruk gambar raya takde huhuhu sedih sibuk2 lupa nak ambik gambar...

Sunday, September 5, 2010

Biskut raya ke-3 (Almond Cookies/Biskut Badam)

biskut ni senang je nak buat bahan2 pun tak banyak uli2 then terap sapu kuning telur taruk almong nibs kat atas then bakar senang je...
ni sebelum dibakar
 ni selepas dibakar dan dah dimasukkan dalam balang hehehe.tak kira lak berapa banyak yang dapat....


ni pulak resipinya pada sesiapa yang nak mencuba.....tapi kita tambah cornflake kisar sikit sebab sayang lebih buat biskut almond london hehehe.lupa pulak ambik kat mana resipi nih..pada yang empunya resipi thanks a lot...mohon kongsi kat sini ye...

ALMOND COOKIES

Bahan:
120gm butter
80gm gula
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
60gm badam kisar
180gm tepung gandum
sedikit cornflakes kisar halus

badam flakes dan kuning telur untuk hiasan

Cara2:
Gaul butter dan gula hingga sebati dan lembut
Masukkan kuning telur dan esen vanilla.gaul lagi
Masukkan badam kisar, cornflakes dan tepung gandum
Gaul sebati
Canai dan ratakan adunan
Terap menggunakan acuan yang dikehendaki
Hias dengan badam flakes dan sapu dengan kuning telur
Bakar selama 15 minit dengan suhu oven 180 C

suhu dan waktu membakar bergantung kepada oven

klik ni juga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails