jom klik-klik nuffnang

anak-anak

anak-anak

Friday, March 12, 2010

muffin coklat chips

dah lama dak aina request suruh buat muffin sebab dia nak bawak bekal gi sekolah agama...nak makan dengan kawan2 katanya.....tapi 2,3 ari ni badan rasa tak sihat je....tekak perit...hidung plak asyik berair je...kepala berat...pukul 9.30 abis cite panda man kat 8tv terus ajak si kecik tu tido....ok lah berbalik kepada muffin tadi..(chewah dah macam chef lak ni)
semalam buat jugak la tak sampai ati tengok muka monyok kak aina tuh....sian dia sampai sekolah dah nak cuti baru mak buatkan....
sampai pukul 12 malam baru siap membakarnya...
kali ni gambar disertakan sekali resipi supaya tak tertanya2 pembaca blog sekalian..hehehhe....
resipi ni main salin je dari internet dah tak ingat resipi sape...harap tuan resipi halalkan ya kita publish kat sini.....

ni dah simpan dalam bekas dapatlah dalam 22 biji...cup saiz medium tu...

seperti yang dijanjikan ini lah dia resipinya...

Muffin coklat chips

Bahan2

250 gm tepung gandum
2 s/b serbuk koko
160 g gula halus
1/2 s/t soda bikarbonat
2 s/t baking powder
1 biji telur gred A
1 s/k esen vanilla
90 ml minyak sayur
250 ml susu segar
100 gm coklat chips

Cara2
Ayak bahan-bahan kering iaitu tepung, serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder.
Campurkan bahan yang diayak tadi bersama gula.
Didalam bekas berasingan campurkan minyak sayur, susu segar, esen vanilla dan telur. Kacau sebati, kemudian masukkan bahan kering tadi kedalam campuran bahan basah.
Kacau sebati, kemudian masukkan coklat chips. (Tinggalkan sedikit coklat chips untuk hiasan)
Gaul sebati.
Alas acuan muffin dengan cawan kertas.
Kemudian boleh lah masukkan adunan muffin kedalam cawan kertas tadi sehingga 3/4 penuh.
Tabur sedikit coklat chips diatas untuk hiasan.
Panaskan oven selama 10 minit.
Kemudian boleh lah dibakar muffin tadi dengan suhu 160C selama 20-22 minit bergantung kepada oven.

sekian....selamat mencuba..hehehehe

4 comments:

  1. bestnya... kalau ada lebih hantarlah 2 biji kat kakchik ni, tengah lapar ni.

    ReplyDelete
  2. rajinnn layan prmintaan anak..best2 :)

    psstt..seumo idup sy xpenah wat muffin *cover malu*

    ReplyDelete
  3. layan je la...tak sampai hati tak buatkan takut kempunan nanti nyesal tak sudah...hanie

    ReplyDelete

klik ni juga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails