biskut ni senang je nak buat bahan2 pun tak banyak uli2 then terap sapu kuning telur taruk almong nibs kat atas then bakar senang je...
ni sebelum dibakar
ni selepas dibakar dan dah dimasukkan dalam balang hehehe.tak kira lak berapa banyak yang dapat....
ni pulak resipinya pada sesiapa yang nak mencuba.....tapi kita tambah cornflake kisar sikit sebab sayang lebih buat biskut almond london hehehe.lupa pulak ambik kat mana resipi nih..pada yang empunya resipi thanks a lot...mohon kongsi kat sini ye...
ALMOND COOKIES
Bahan:
120gm butter
80gm gula
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
60gm badam kisar
180gm tepung gandum
sedikit cornflakes kisar halus
badam flakes dan kuning telur untuk hiasan
Cara2:
Gaul butter dan gula hingga sebati dan lembut
Masukkan kuning telur dan esen vanilla.gaul lagi
Masukkan badam kisar, cornflakes dan tepung gandum
Gaul sebati
Canai dan ratakan adunan
Terap menggunakan acuan yang dikehendaki
Hias dengan badam flakes dan sapu dengan kuning telur
Bakar selama 15 minit dengan suhu oven 180 C
suhu dan waktu membakar bergantung kepada oven
Jual Biskut Raya Ke.? Raya Dah Habis Dah...
ReplyDelete