gambar thanks to infogallery
sedihnya bila tengok berita malam tadi.....huhuhu...kanak2 umur 3 tahun mati akibat 73 kesan kecederaan di muka tangan dan badan akibat didera.......tak nak ulas panjang sebab sedih bila baca kat utusan online.....terimakasih to utusan online....
Kanak-kanak 3 tahun mati didera
|
|
JOHOR BAHRU 10 Jan. – Sukar untuk digambarkan betapa seksanya penderitaan ditanggung seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang menjadi mangsa dera di Kampung Sungai Tiram di sini.
Hampir keseluruhan tubuhnya penuh dengan 73 kesan lebam dan luka.
Hanya mereka yang tidak berperikemanusiaan sahaja sanggup melakukan kekejaman terhadap kanak-kanak kecil yang tidak berdosa itu.
Berikutan kecederaan itu, kanak- kanak tersebut, Nordiana Qistina Nurafizan, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9 pagi semalam di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.
Bukan hanya Nordiana Qistina, malah adiknya, Danish Irsyad berusia setahun, turut menjadi mangsa kekejaman yang dipercayai dilakukan oleh ibu tirinya. Kanak-kanak itu ini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.
Mangsa merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan tinggal bersama bapanya, Nurafizan Ludin, 29, seorang pekerja kilang manakala ibu tirinya pula seorang suri rumah.
Ibu kandung mangsa, Nor Aquilla Razali, 27, menetap di Pasir Gudang dan bercerai dengan Norafizan sejak setahun lalu.
Nor Aquilla ketika ditemui memberitahu, bekas suaminya itu menghubunginya untuk memaklumkan kematian Nordiana Qistina kira-kira pukul 11 pagi ini.
Wanita itu yang tidak dapat menahan perasaan setelah melihat keadaan mayat anaknya di Bilik Mayat HSI pengsan tiga kali.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat pendarahan dalaman yang serius.
“Punca kematian Nordiana Qistina adalah kerana 73 kesan penderaan di seluruh tubuhnya.
“Melalui bedah siasat, organ dalaman mangsa rosak teruk dan berdarah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Roslan berkata, mangsa dihantar oleh bapanya ke HSI kira-kira pukul 8.25 pagi semalam namun disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Beliau memberitahu, ibu tiri mangsa sedang dicari dan dia berkemungkinan akan ditahan dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Utusan Malaysia difahamkan, bapa mangsa membuat laporan polis mengatakan anaknya itu meninggal dunia kerana lemas ketika mandi dalam sebuah besen di rumahnya.
Jenazah Nordiana Qistina selamat dikebumikan di kampung datuknya di Felda Tenggaroh, Mersing, kira-kira pukul 5 petang tadi.
Ya Allah!!! mmg setan la pompuan tu! ai rasa kan kak..bapak arwah ni pon sama bersetongkol. seksa budak tu :(
ReplyDeletesedih, sebak dan rasa nak nangessss...
ReplyDeletemoga arwah lebih tenang diSana...
hopefully ibu tiri yang tak berperikemanusiaan tu mendapat balasan yang setimpal...
huhu sgt sedih..sebak tgk budak tu kaku jek..kesian dia..harap2 gantung mak tiri dia smpai mati lg bagus
ReplyDeletekecian kan..tulah pasal mak nak bela ayah tak kasi..kena dgn ibu tiri kena seksa lah pulak.semuga sape yang bersalah akan di hukum dengan seberat-beratnya
ReplyDeletebapa budak tu buat apa? sayang bini anak yg menderita..
ReplyDeleteThis is so sad. Imagine how much pain the little gal would have gone through. Mak tiri, I wish she's sentenced to death!
ReplyDeleteSometimes parents separation could make a child's life miserable!
Wish the gal rest in peace. :(
thanks kongsi crita dgn saya pengalaman keguguran.
ReplyDeletebila baca entry ni,rasa sungguh kejam kan..sanggup seorang wanita menganiaya budak kecil ini..wpun bkn ibu kandung.
betapa besarnya pengorbanan ibu tuk melahirkan....