jom klik-klik nuffnang

anak-anak

anak-anak

Thursday, May 19, 2011

Apam gula hangus

Pagi ni buat Apam gula hangus untuk  sarapan....dah lama dah nak cuba nih tapi asyik bertangguh je....sebenarnya malas tuh nak buat hahaha...bila belek2 resipi semalam...macam senang la pulak nak buat....so cuba jela kan leh jugak bebudak nih ha bawak bekal gi sekolah huhuhu......
takde bekas nak kukus letak je kat dalam acuan tart shell nih...ok jugak cuma nipis sikit lorr...lain kali kena beli acuan apam yang macam mangkuk kecik2 tu kan baru cun.....
ni masih kat dalam pengukus lagik nih baru masak...panas2....

ni lak dah dikeluarkan dari kukus tunggu sejuk dulu baru nak keluarkan dari acuan

ni yang dah dikeluarkan dari acuan...bersedia untuk diletakkan dalam bekas untuk bawak bekal hehehe....


resipi senang je....ambik kat my resipi kalau tak salah laa.......credit to myresipi

APAM GULA HANGUS

Bahan-bahan ( untuk sekeluarga. )

  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 sudu teh soda bikarbonat.
  • 1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara-cara

  1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
  2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
  3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
  5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
  6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.
  7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

3 comments:

  1. salam shiori..mggu lps ada gak buat apam nie tapi malas nk snap.mmg sedapkan..lembut jer...

    ReplyDelete
  2. apam oh apam dah lama tak buat apam...mandi kat sg kemensah ker...air kat situ tak brp dalam kan

    ReplyDelete

klik ni juga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails