jom klik-klik nuffnang

anak-anak

anak-anak

Saturday, September 18, 2010

Pelakon M.rajoli meninggal dunia

masa selak2 harian metro online nak tengok latest info pasal Datuk Sosi n the rest terbaca la pasal nih...Alfatihah untuk Arwah M.Rajoli dan juga untuk Datuk Sosi n the rest....semoga keluarga mereka tabah...
ini ada me copy dari harian metro pasal berita ni....
kredit to harian metro online n bernama

gambar dari mr google
KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon terkenal M. Rajoli meninggal dunia di Hospital Ampang di sini, pada pukul 10.55 malam ini akibat penyakit kelenjar kanser otak.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik berkata, Allahyarham dirawat di hospital itu sejak tengah malam semalam setelah mengalami komplikasi penyakit itu.
"Allahyarham meninggal akibat penyakit lamanya itu dan dijangka akan disembahyang dan dikebumi di Keramat petang esok," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata hampir keseluruhan anggota keluarga Allahyarham berada bersamanya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya.

Harun berkata, pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar kepada industri perfileman negara kerana Allahyarham adalah 'bintang yang sentiasa menyinar'. M Rajoli atau nama penuhnya Mohd Rajoli @ Mohd Rajab Mohamed, 64, menghidap penyakit kelenjar kanser otak sejak 2007 dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Beliau dimasukkan ke HKL pada 10 Oktober 2007 dan dibedah pada keesokannya apabila doktor mendapati komplikasi penyakit di otaknya.

Selepas tiga minggu berada di Unit Neurologi, HKL, beliau dipindahkan ke Hospital Ampang pada 1 November 2007 untuk menjalani rawatan susulan kimoterapi dan fisioterapi sebelum dimasukkan ke HKL semula untuk rawatan radioterapi kerana keadaan jantungnya yang lemah.

Allahyarham terkenal dengan lakonan versatilnya dan pernah membintangi pelbagai drama dan filem antaranya Congkak dan Lembing Awang Pulang ke Dayang.-Bernama

4 comments:

  1. semoga rohnya dicucuri rahmat...

    P/s :dijemput join
    My Raya Moments Contest

    ReplyDelete
  2. salam...syarat dah diubah..takde twitterpun ble join..mana2 ada je..

    ReplyDelete
  3. salam dan selamat hari raya..wah dah pandai cari trafik ek..

    tak per..jangan tension bila anak dpt result percubaan camtu..akak pun gak rasa cam tu..nak buat camner..tu ajer kemampuan dia kan

    ReplyDelete
  4. dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali..

    ReplyDelete

klik ni juga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails