jom klik-klik nuffnang

anak-anak

anak-anak

Sunday, January 2, 2011

pelakon tiramisu-faizal yusof meninggal dunia

terkejut baca berita metro ahad pagi ni....aktor tiramisu meninggal dunia akibat serangan jantung.....muda lagi baru 33 tahun.....berbakat besar..suka tengok lakonan dia dalam Adamaya dan yang terbaru Tiramisu.....lepas nih dah takde la lakonan dia yang selamber tuh........mesti pelakon tiramisu tuh teringatkan Arwah kan...sebab berlakon buat kali terakhir bersama arwah...apapun alfatihah buat arwah semoga ditempatkan dikalangan orang beriman Amin...sedih bila baca bab dia pesan dengan anak dia rayyan supaya jangan nakal2 dan jaga mama baik2......mungkin arwah masih ada perasaan sayang pada siti nordiana kan...sedih juga bila dengar isteri baru arwah tengah pregnant huhuhu......
sumber metro ahad
KUALA LUMPUR: “Ketika di hospital, Faizal berkali-kali cuba bangun dan berdiri tetapi saya menghalangnya. Kemudian, keadaannya menjadi semakin kritikal hinggalah dia menghembuskan nafas terakhir beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital,” kata Saiful Yusof, 35, abang kepada pelakon popular, Faizal Mohd Yusof, 33, yang meninggal dunia akibat serang jantung di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), jam 1.45 tengah hari tadi.
Pelakon yang popular dengan drama Tiramisu dan Adamaya itu dihantar ke hospital oleh Saiful dan isterinya, Rosmunira Rashid, 27, pagi semalam ketika aktor berkenaan rebah di dalam bilik air di rumahnya selepas mengadu sakit dada.

Dia yang kemudian dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sempat menemui anak pertamanya, Muhammad Rayyan Hakhaie yang berusia dua tahun hasil perkongsian hidup dengan bekas isterinya, Siti Nordiana Alias, 25, sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisi Rosmunira.

Menurut Saiful, doktor mengesahkan arwah mengalami masalah jantung apabila satu saluran pada jantungnya tersumbat.


Sementara itu, Siti Nordiana atau Nana yang ditemui berkata, Faizal menghubunginya beberapa hari lalu untuk bercakap dengan anak mereka, Muhammad Rayyan Nakhaie, 2.
“Saya memasang pembesar suara dan mendengar perbualan mereka. Malah, arwah ada menyebut kepada anak saya supaya jangan nakal dan menyuruhnya menjaga saya.

“Mulanya, saya terfikir akan jadi sesuatu. Namun saya menolak pelbagai perkara negatif kerana tidak mahu menyangka yang bukan-bukan. Namun, Allah lebih menyayanginya,” katanya ketika ditemui di hospital, semalam.

Selepas berpisah dengan Nana, Faizal mendirikan rumah tangga dengan Rosmunira yang kini mengandung lima bulan pada awal tahun lalu.

Turut kelihatan menziarahi Allahyarham di hospital, pelakon Amyza Aznan, Zulkifli Ariffin, Pierre Andre, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Liyana Jasmay dan Tania Hudson.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, Selangor kira-kira jam 10 pagi ini.

5 comments:

  1. takziah dan al-fatihah! info tentang serangan jantung di SIHAT SELALU - Bagaimana Serangan Jantung Terjadi

    ReplyDelete
  2. al fatihah buat arwah.

    oookesiannya kalau camtu..setiap penyakit ada ubatnya dan semuga beliau cepat sembuh

    ReplyDelete
  3. al-fatihah untuk arwah...

    berita ni memang mengejutkan, dan khabarnya arwah adalah sepupu kepada kat zuriana (geng kongsi resepi)....

    ReplyDelete

klik ni juga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails