jom klik-klik nuffnang

anak-anak

anak-anak

Friday, March 11, 2011

Muffin coklat chips

Hari Isnin lepas.....anak dara kecik nih sibuk suruh buat kek...nak bawak n hadiahkan pada kawan baik dia sempena birthday kawan dia tuh......so oleh kerana mak dia malas nak bukak n basuh mixer....so mak dia yang malas ni pun offer la nak buat muffin je untuk dia........so nasib baik la minah tu setuju kalau tak malas betul la nak mengadun kek tetengah malam.....berapa banyak so daa......
Dengan bantuan chef kecik maka jadilah muffin coklat chips nih......suka la hati dia.....dapat abang amin bawak bekal...huhuhu.....


yang ni dah letak dalam bekas untuk anak dara kecik bawak gi sekolah.....teruja dia nak bagi kawan2 dia rasa....



tengoklah pembantu chef nih sampai tertido dibuatnya menunggu muffinnya masak hahaha

ini pulak bagi yang nakkan resipinya..sumber dah tak ingat kat mana sebab main salin je dulu...terimakasih pada yang empunya resipi....

Muffin Coklat Chips

Bahan-bahan ( lebih 20biji..ikut size cup )

  • 250gm tepung
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 175gm gula
  • 150gm coklat cip
  • 250ml susu segar
  • 90ml minyak
  • 1 biji telur A
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara

  1. gaul semua bahan kering dalam satu mangkuk.
  2. gaul bahan basah dalam mangkuk lain n masukkan campuran bahan kering tadi. gaul rata, masukkan coklat cip, gaul lagi.
  3. letak dalam papercup, tabur coklat cip lagi jika suka . bakar selama 20min.

1 comment:

klik ni juga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails