jom klik-klik nuffnang

anak-anak

anak-anak

Monday, May 3, 2010

Cerpen Pautan : Aku Anak Derhaka

siri 1 - http://www.gnesop.com/

Masih teringat lagi ketika aku berumur 7 tahun yang mana aku teringin sangat untuk memiliki basikal. Aku terpaksa merayu kepada ibuku untuk membelikan sebuah basikal. Apabila ibu menyatakan kami tidak berkemampuan, aku telah mogok dengan tidak mahu makan dan minum. Malam tersebut aku tidur dengan perut kosong kerana aku amat marah kepada ibu dan ayah yang tidak mengikut kemahuan aku. Aku rasakan ibu dan ayah tidak sayangkan aku.
Pagi esoknya perut aku sakit dan memulas-mulas, ibu memasakkan makanan yang aku gemari semata-mata untuk memujuk aku makan...namun aku tetap meneruskan protes ku. Sehinggalah aku dimasukkan ke hospital kerana sakit perut. Balik sahaja dari hospital aku lihat di halaman rumah ada sebuah basikal baru yang cantik. Aku melompat-lompat kegirangan melihat basikal tersebut, tak sabar-sabar aku terus mencuba basikal tersebut.

"Ibu mana ayah dapat duit beli basikal baru nih?" soal ku pada ibu.

Dengan tersenyum ibu menjawap "Ayah dapat kutip buah kelapa banyak hari ni dan jual pada tauke china tu"

"Oooo...."

Inilah gambar basikal idaman aku tu..yang akhirnya menjadi milikku...


Malamnya sebelum aku tidur, aku terdengar perbualan ayah dan ibu. Rupa-rupanya ibu sanggup mengadaikan rantai dan cincin perkahwinan ibu dan ayah semata-mata untuk menunaikan kehendak ku itu. Waktu itu aku tak peduli dari mana ibu dan ayah mendapatkan wang untuk membeli basikal tersebut asalkan kehendak ku di penuhi. Aku malu dengan kawan-kawan sekelas ku yang semuanya ada basikal untuk di bawa ke sekolah.

Masih ku ingat lagi ketika aku di tingkatan 3, dimana aku sanggup keluar dari rumah dan tidur di rumah kawan ku semata-mata kerana merajuk dengan tindakan ayah yang tak menunaikan kehendakku supaya ayah belikan sebuah motosikal untuk ku tunggang ke sekolah. Akhirnya niat itu dikabulkan juga setelah berminggu-minggu aku tak pulang ke rumah. Entah lah dari mana mereka mendapatkan duit, itu aku tak mahu tahu yang penting hasrat hati aku tertunai.

bersambung - http://secretwhisper.net/

7 comments:

  1. hah.. okeh2, nnt malam saya sambung ye kak... tq for the tag :)

    ReplyDelete
  2. hehehe;
    thanks wawa...bedal je nih...salam kenal...selamat menulis

    ReplyDelete
  3. wah.. dpt motor plak..
    agak2 wawa dapat apa pulak nanti yek..
    agaknya dari mana duit ibubapa kimie dapat yek? tunggu versi Wawa..
    tahniah..

    ReplyDelete
  4. hehehe...syukri...hentam saja la labu...bidan terjun je nih...ok ke tak....tak tau la

    ReplyDelete
  5. hohoho..sampai kat kachang terus hancus cerita ni.miahahaa..nampak sangat spm kantoi.erkk..

    ReplyDelete
  6. hehehe...apa apa aje la kacang janji menarik dowh

    ReplyDelete

klik ni juga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails